Followers

My Wattpad

29 Dec 2019

Buku Baru Acik Mira!

29 Disember 2019 (Ahad).

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk update blog tersayang ni meskipun tak berapa rajin. haha.

Malam ni, Acik Mira nak story tentang satu lagi karya terbaharu dan terakhir bagi tahun 2019 ini. Gituh.

Pada 17 Disember 2019, buku baharu Acik Mira telah selamat dilahirkan. Tahniah dan jutaan terima kasih Acik Mira ucapkan kepada tuan editor, tuan Arif, dan tim yang terlibat. Jujur, Acik Mira tersangatlah gembira apabila menerima kiriman mesej tuan editor pada hari tersebut.

Tajuknya adalah...

Jeng..

Jeng...

Jeng...


K-POP GIRL : MONBEBE YANG TAASUB!

Yeay!! Acik Mira lompat bintang!

Manuskrip ini Acik Mira tulis awal bulan Ogos tempoh hari dan hantar sebelum Acik Mira berangkat menunaikan umrah. Haaaa, Acik Mira tak update ya tentang perjalanan umrah di blog ni? Hurm, kena ada satu sesi lainlah gitu ye. haha

Berbalik kisah buku ini, tuan editor, tuan Zaki Zainol, ada tanya sama ada Acik Mira ni minat K-Pop ke? Ya Tuhan, Acik Mira nampak sahaja sopan ayu begini, tapi memang suka gila-gila K-Pop, drama Korea dan segala macam tentang Korea. Setelah berbicang, Acik Mira pun hantar draf pertama sinopsis. Kemudian selepas dapat green light barulah Acik Mira mula menukang cerita.

K-POP Girl ini mengisahkan seorang remaja perempuan, Nura, yang mempunyai obesesi terhadap satu kumpulan penyanyi lelaki Korea iaitu Monsta-X. Dia sedaya upaya akan berusaha untuk memberikan aura positif akan Monsta-X pada semua. Malah, dia juga ada kawan imaginasi yang diberi nama Jooheon (salah seorang ahli Monsta-X). Namun, obsesi dia ni lama-kelamaan memudaratkan dirinya. Dia dijadikan bahan ejekan di sekolah. Berbekalkan semangat & sokongan yang diberikan Jooheon, Nura mahu membuktikan pada semua bahawa obsesi dia itu memberikan impak yang baik pada dirinya juga sekalian Monbebe!

Monbebe ni apa? Haaa, ia adalah nama bagi fandom (peminat tegar) kumpulan Monsta-X. Seperti BTS, peminat mereka dipanggil Army. Jika EXO, peminatnya pula Exol & seterusnya. Kalau Acik Mira senaraikan, mungkin akan terbit satu ensiklopedia fandom pula nanti. haha

Asalnya, Acik Mira nak letak kumpulan SS501 sebab itulah kumpulan pertama yang jadikan Acik Mira suka K-Pop ni. Pelakon Korea pula adalah Lee Jun Ki dari drama My Girl. Kalau tak kerana mereka ni, Acik Mira mungkin tak jadi gila Korea sangat. Haha

Tapi, memandangkan kumpulan tersebut agak senior, maka, Acik Mira tukar haluan dan semak semula senarai boy-band yang Acik Mira ada ni. Gituh, ada senarai band pilihan. Akhirnya Acik Mira memilih Monsta-X kerana Acik Mira sendiri rasakan kumpulan terbabit ada keunikan mereka sendiri.

Acik Mira ada post di FB Group Monbebe tentang buku ni. Alhamdulillah, dapat sokongan positif daripada Monbebe yang lain. Rentetan itu juga, ia diuar-uarkan di IG & Twitter oleh salah seorang Monbebe. Terima kasih sangat-sangat atas sokongan semua. Acik Mira benar terharu.





Tak kurang juga yang memberikan komen negatif kerana ternampak perkataan 'obses' serta 'taasub'. Acik Mira okey je dengan komen yang diberikan. Tapi Acik Mira harap, cubalah baca buku itu dahulu, kemudian barulah komen. haha. Insya-Allah ada manfaat dan pengajarannya. 

Adik-adik di IG ada yang DM Acik Mira kata mereka pun ada kawan imaginasi mereka sendiri. Acik Mira harap karya ini dapat memberikan sesuatu kepada adik-adik ini kerana Acik Mira juga pernah menjadi seperti mereka suatu masa dulu.

Apa-apa pun, ini adalah karya penutup tahun 2019 Acik Mira. Apa adanya tahun ini, Acik Mira bersyukur sentiasa kerana diberikan kekuatan untuk menulis. Harapnya, akan terus menulis untuk tahun-tahun mendatang.

Acik Mira menyimpan impian yang besar dalam dunia penulisan ni meskipun dunia buku kini agak sendu. Acik Mira sentiasa harapkan yang terbaik, terbaik, dan terbaik!

Akhir kata, jangan lupa untuk dapatkan buku K-POP GIRL, tau! hahahha.

Till then,
Much love,

Acik Mira.

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design