Followers

My Wattpad

13 Jan 2019

G2C Writing Challenge 2018

Alhamdulillah, bi-iznillah. Akhirnya, hari ini rajin sikit nak update blog ni. Acik Mira nak update tentang perkembangan penulisan Acik Mira sendiri. Perkembangan kerja dan diri tu, kita akan update lain masa, insya-Allah. Bab tu pun banyak juga nak cerita ni. haha.

Hari ini, 13 Januari 2019, memberikan sedikit kegembiraan buat Acik Mira. Bulan 12 tahun lepas, Acik Mira ada sertai satu cabaran menulis yang dinamakan G2C Writing Challenge 2018. Acik Mira dah lupa maksud di sebalik nama G2C tu. Sebenarnya, selama ni, G2C dibuka untuk penulis-penulis di Wattpad. Namun, tahun lepas 2018, pihak penganjur telah buka penyertaan untuk geng-geng penulis di FB pula. Acik Mira pun gatal-gatal nak sertai. Tujuan utamanya untuk melatih diri untuk lebih rajin menulis dan menulis. haha.




Tema untuk tahun 2018 adalah genre fantasi. Tahun sebelumnya adalah zombie. haha. Menarik kan? Acik Mira tak pernah menulis genre fantasi ni, tu yang nak cuba tu. Setelah senarai peserta yang sertai confirm, barulah kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Acik Mira cerita ni untuk geng FB sahaja ya, walaupun prosesnya sama untuk geng Wattpad, tapi Acik Mira fokus satu je untuk update blog ini.

Kami dibahagikan kepada empat (4) kumpulan : Dragon (3 orang peserta), Unicorn (3 orang peserta), Mermaid (2 orang peserta), Pheonix (3 orang peserta). Keseluruhan peserta FB adalah 11 orang. 

Mengikut kumpulan masing-masing, kami perlu hasilkan satu cerpen (pusingan pertama) panjangnya 1500 patah perkataan tentang apa sahaja asalkan genrenya fantasi. SATU KEMESTIAN untuk kami gunakan ikon kumpulan kami sendiri. Maksudnya, macam Acik Mira kumpulan Dragon. Jadi, Acik Mira perlu hadirkan naga tu dalam cerpen Acik Mira, tidak kiralah naga tu watak utama atau tidak, ia sebagai hiasan di dinding atau hanya sebagai corak selimut. Tak kisah macam mana pun asalkan ada naga tu. Begitu jugalah untuk ahli kumpulan yang lain.

Untuk pusingan pertama ni, cerpen kami perlu tergantung ceritanya. Hantar pada tarikh yang ditetapkan kemudian sambung untuk pusingan kedua iaitu penamat  cerita. Pemilihan peserta ke pusingan akhir (battle) dilakukan dengan dua (2) cara; Merit dan Pilihan Khas Juri.

Kaedah merit ni; peserta yang dapat markah tinggi dalam kumpulan mereka. Markah diberikan oleh 4 juri profesional. Kami peserta tak tahu siapa jurinya. haha. Entiti rahsia. haha

 Pilihan Juri Khas pula adalah hasil pembaca-pembaca yang rajin berikan komen, like, share cerpen-cerpen peserta.

Untuk pusingan battle, pihak penganjur akan sediakan cerpen pemula diberi tajuk Ratu Malum. Peserta yang terpilih untuk pusingan ini kena sambung cerpen tu dan ikut syarat yang diberikan. Antara syaratnya :

1. Dragon kena berlawan dengan Mermaid
2. Pheonix kena berlawan dengan Unicorn
3. Kena kejam

Alhamdulillah, Acik Mira berjaya ke peringkat battle dan berjaya menang cabaran tu. Alhamdulillah. Terima kasih buat pihak penganjur, juri, dan pembaca sekalian. Alhamdulillah, terima kasih semua. 






Tahniah juga Acik Mira ucapkan kepada semua peserta yang menyertai cabaran ini, baik di FB atau Wattpad. Kita patut bangga kerana menyertainya. Kita semua adalah pemenang bagi diri kita sendiri. Korang pun banyak tegur dan nasihati Acik Mira ni. Terima kasih tau.

Insya-Allah segala kekurangan akan diperbaiki lagi. Terima kasih juga buat tuan editor Acik Mira. Acik Mira banyak juga belajar dari dia. Kalaulah dia baca cerpen-cerpen cabaran ni, mesti dia gelak guling-guling. hahaha. Harap dia tak bacalah. hahaha

Jadi, Acik Mira kongsikan link untuk semua boleh baca cerpen-cerpen Acik Mira tu. Nak baca cerpen yang lain pun boleh. Acik Mira tempekkan sekali sini.

Acik Mira asingkan ikut kumpulan. Klik gambar untuk dibawa ke pautan cerpen pusingan pertama dan sambungan.









Bawah ni pula pautan ke cerpen Acik Mira. Acik Mira pilih tajuk PUTEH sebab Acik Mira suka nama tu. haha. Kalau perasan, Antologi Cerpen Negeri pun nama Puteh juga. Buku baru yang bakal diterbit nanti pun Puteh juga namanya. hahaha.






Yang bawah ini pula kumpulan cerpen pusingan battle.










Acik Mira tempekkan sekali komen juri ya. haha.

PUSINGAN AWAL


PUSINGAN BATTLE


Jika dianjurkan lagi, insya-Allah Acik Mira akan sertai lagi. Tak sabar nak tunggu surprise pihak penganjur. haha.

Terima kasih juga buat pembaca yang berikan galakan kepada Acik Mira. Terharu ada yang suka cerpen Acik Mira. haha. Terima kasih semua!

Baiklah, nanti Acik Mira update lagi ya. Pergilah baca dulu semua-semua tu. haha.



Till then,
Much love,
Acik Mira.

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design