Followers

My Wattpad

25 Sep 2010

buka buku

Comel tak?
Ada macam saya ni?
Hahaha...

Hari ni saya nak jiwang sikit. Ehem2..
Entry ni saya tujukan wat sesiapa sahaja.. diri saya juga.
workey.. First thing first.. [wa.. cam lagu SS501 la..hehehe...]


Ada benda yang boleh kita deny, ada benda yang tak boleh kita deny. Benar?
Saya teringat satu dialog sahabat saya time kami makan kat Bunga Raya ni..
[edit mengedit telah dilakukan..]
"Time-time ginilah kita selalu fikir nak kahwin kan. Kalau dah masuk umur 25 tahun dah tak fikir dah semua tu, kirenye redha aje,"

Apa pula cik nurafaz nak bicara kali ni?
Benar apa yang dikatakan tu.
Kalau kat Bunga Raya ni, jangan cakap ar kan, demand nye melebih sikit... orang Malaysia tak nak, nak juga orang Korea, sehinggakan orang Malaysia tercabar, apa kekurangan mereka sebenarnya.. hahaha..

Menafikan atau membenarkan?
Menafikan sesuatu dan membenarkan sesuatu adalah dua perkara yang berbeza.
Bila bicara soal hati dan perasaan, ada yang menafikannya dan ada yang membenarkannya,
itu adalah hak individu itu sendiri. Kita juga ada hak bukan..

"Mana ada! Ak single tau.. just not available.."

Salah ke?
Mempunyai perasaan adalah fitrah. Menzahirkan perasaan adalah kebahagiaan. Memeliharanya dengan baik daripada kekotoran adalah perjuangan. Seorang insan yang menyimpan perasaan pada insan yang lain pastinya tidak mendatangkan sebarang kesalahan, tapi bagaimana gayanya kita mempamerkan perasaan itu, ada kalanya membawa kepada jalan kemusnahan.

Oleh sebab itulah..ada sesetengah mengatakan SALAH menyukai seseorang. TAK BOLEH!! 
Apalah dayanya kita untuk menolak fitrah ini daripada mengetuk pintu hati kita. Pilihan sebenarnya ada di tangan kita. Akal menentukan kematangan sesuatu tindakan. Namun keimanan memagari hati daripada tersalah jerat.

Aku, dia dan masa depan
Masih ada segelintir yang menganggap perhubungan yang terjalin adalah sesuatu permainan. Suka benar berada dalam permainan sedemikian. Pastu mulalah menderita. Sedangkan perhubungan yang terjalin sebenarnya landasan untuk masa depan. Adanya dia, adanya diri kita adalah untuk membina mahligai, bukannya hari ni orang lain, esok lain pula. 

Dari sudut nurafaz
Hidup tidak pernah sunyi daripada ujianNya. Benar?
Sebaik mana kita, sejahat mana kita, hidup kita tidak akan pernah sunyi daripada semua itu.
Bezanya, saya mempunyai corak ujian saya sendiri, dan kalian mempunyai corak ujian kalian sendiri.
Corak ujian kita tidak pernah nak sama. Begitu juga dalam soal hati dan perasaan ni.

Untuk membina sesuatu yang kita rasakan 'perfect',  kita tidak akan menempuhnya dengan mudah. 
Kerana apa?
Kerana DIA mahu kita bergantung harap padaNya. Hidup kita, mati kita, adalah untuk diriNya.
Dan janganlah kerna kekurangan yang ada pada diri kita, kita menafikan fitrah suci ini.
Ini tidak adil buat diri kita. Tetapi mohonlah padaNya agar apa sahaja yang kita lakukan, diterimaNya,
dipermudahkanNya, baik untuk diri kita juga untuk pasangan kita.

Saya berbicara secara umum. 
Allah mengatur hidup manusia sangat indah. Ingat tu. Biar seteruk mana pun kita telah lalui, sebenarnya itu adalah yang terbaik untuk kita. Saya pegang kenyataan itu sehingga ke hari ni. 

Andai kita mahu sesuatu itu, minta padaNya. Bersuaralah dengan suaraNya. Cari waktu untuk diriNya.
InsyaAllah, DIA Maha Mendengar. DIA sentiasa mendengar keluhan kita, doa kita, kata-kata kita, semuanya.

Andai kita benar serius dengan seseorang itu, minta juga padaNya, agar DIA memudahkan segalanya.
Ingatlah..DIA Maha Berkuasa. 

Pada masa kini, kita mungkin fikir...
"Aku tak mungkin pergi jauh..."

Tapi kuasaNya tiada siapa yang akan ketahui. Oleh itu.. sekali lagi saya katakan..
jangan pernah putus asa.

Entry ni bukanlah mengajak semua untuk meluahkan perasaan masing-masing. Tapi harapnya dapat membuka sedikit pintu hati sesiapa yang masih terkunci. Believe in Allah is the best way to make your dream come true, coz HE will always guide you no matter what.

Oleh itu... tiada salah untuk menyimpan perasaan selagi kita mampu mengawalnya dengan sempurna sehingga ke jinjang pelamin.

Buat sahabat2 yang saya kasihi. 
Biar dengan sesiapa pun kalian pilih, semoga kalian bahagia.
Tolak semua prasangka buruk yang ada pada diri, kerna Allah tidak pernah memberikan kita jalan mati untuk sesuatu perkara. ^^,

Saya harap apa yang saya ingin sampaikan, telah saya sampaikan. Maaf...panjang lak kali ni nye entry..hahaha.... [itu memang saya]..

p/s : kuasa hati yg ada pd diri menyebabkan saya jadi begini. Tuhan..ini kelebihan atau sebaliknya? 


Jika mereka sibuk mencari cinta,
Biarlah kita sibuk mencari iman,
Jika mereka sibuk mencari pasangan,
Biarlah kita sibuk mencari keredhaan,
Jika mereka menangis kerana kecewa bercinta,
Biarlah kita menangis kerana mengenangkan dosa,
Jika mereka mencari cinta manusia,
Biarlah kita mencari cinta Allah,
Cintailah Ilahi..
[quote from a friend]

2 comments:

Edy Zaidi said...

panjangnye entry...jenuh baca..huhu...

pilih biar betul...biar cukup 4 syarat seperti yang nabi sarankan..

..: nurish :.. said...

hahaha..
maap la ye cik edy..
teman ni memang suke mengarang panjang-panjang..
susah nk wat shortcut.. hehe..

benar..pilih biar betul ^^,

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design