Followers

My Wattpad

10 Dec 2008

Bidor 3

Kisah Bidor 3.. dan bahagian terakhir sebelum diriku melabuhkan tirai aidiladha.

Bidor 3 ini bererti, saya sudah berada di MMU. Setelah kami cuti betul-betul, tibalah masanya untuk meneruskan perjuangan kami yang masih belum selesai. Tambah pula dengan kerja yang masih lagi belum diselesaikan. Biasalah...assignment, mid-term yang tak habis lagi, iyu lagi, ini lagi. Sedikit sebanyak meragut ketenangan diri saya. Tapi bila difikirkan semula, ada baiknya saya disibukkan dengan perkara sedemikian, daripada saya membazirkan masa tak tentu hala.

Alhamdulillah, jam 11 sebentar tadi, saya berjaya menyiapkan assignment saya, dan nak hantar pagi nanti. Alhamdulillah sangat-sangat. Satu kerja dah selesai. Fikirkan pula summary untuk presentation minggu ni. Tambah lagi, mid-term English Sabtu ni. Ditambah lagi dengan percutian ke rumah 'Adilah kat KL sempena kakak dia kahwin. Tahniah!! Saya, Nadiah, dan Aishah akan turun nanti. Wah, tiap-tiap minggu asyik berjalan!!!

Actually, bila difikirkan semula, amat seronok..hehehe..seronok dibebani dengan tugasan?? Ya, seronok, at least saya dapat lupakan sebentar perkara yang tak sepatutnya menerjah ke benak fikiran saya ni...

Jadi, itulah dia kisah Bidor 3 saya...Kisah mulanya minggu sibuk buat diri ini. Dan kepada sesiapa di luar sana yang turt sama sibuk, jangan tension-tension. Steady je eh..

Saya nak berkongsi satu artikel ni, biarlah sesibuk mana pun kita, renungilah bersama..

Kenapa aku diuji?????
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
~Surah Al-Ankabut (2-3) ~

Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?????
"Boleh jadi kamu membendi sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, dan Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
~Surah Al-Baqarah ( 216) ~

Kenapa ujian seberat ini?????
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."
~Surah Al-Baqarah (286) ~

Rasa Frust?????
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
~ Surah Al-Imran (139) ~

Bagaimana harus aku hdapinya?????
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu ( menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih baik daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
~Surag Al-Imran (200) ~

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali orang-orang khusyuk."
~Surah Al-Baqarah (45) ~

Apa yang aku dapat dari semua ini?????
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..."
~Surah At-Taubah (111) ~

Kepada siapa aku berharap?????
"Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal."
~Surah At-Taubah (129) ~

Aku dah tak dapat bertahan lagi!!!!!
"...janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
~Surah Yusuf (12) ~

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design