Followers

My Wattpad

7 Jul 2020

Just One Day - BTS

Tengah termenung tadi, ada satu lagu berkemundang dalam playlist Youtube.



Acik Mira jatuh hati pula dengan lagu tersebut. Ia memberikan satu makna lain pada diri.

Buku Baru : HASAD

Alhamdulillah, tahun ni ada satu buku baru yang telah selamat diterbitkan. 

Rancangan asal, ia diterbitkan pada PBAKL 2020 bulan Mac lepas, tapi memandangkan pada waktu itu kita didatangi dengan wabak pandemik, semua aktiviti perbukuan dibekukan seketika. 

Tapi, alhamdulillah, selamat diterbitkan.

Kali ini, ia diterbitkan di bawah penerbitan Komrad Buku. 

15 cerita gabungan 4 penulis wanita.

Acik Mira menyumbang 4 buah cerpen dalam buku kali ini. Semuanya bertemakan 'hasad'.




"AKU NAK DIA JATUH MISKIN!
AKU NAK DIA JATUH SAKIT!
AKU NAK SEMUA ORANG BENCI DIA!
AKU NAK DIA TUNDUK PADA AKU!
AKU NAK ANAK DIA MATI!

APABILA MANUSIA MULA HILANG KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN, APABILA HATI MULAI HITAM, APABILA KEWARASAN MULA HILANG DAN APABILA EGO MENGUASAI DIRI.

MEREKA MULA MENJADIKAN 'AKU' SEBAGAI SAHABAT.



Smart kan cover buku ni?

Rakan penulis yang ada pun adalah rakan penulis puaka juga. Mereka hebat-hebat orangnya. Cerita mereka pun terbaik. Acik Mira pun cuba lakukan kelainan sikit dalam karya kali ini. Cuba untuk menulis seram-komedi. Harapnya jalan cerita yang dihidangkan dapat diterima serta memberikan manfaat kepada semua pembaca.

Kawan-kawan yang berminat boleh dapatkan buku ini di akaun Shopee Mustread atau hubungi Acik Mira terus pun boleh.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang sudah dapatkan buku ini. Sudi-sudilah berikan komen kalian ya!

Selamat membaca semua!

Selasa, 7 Julai 2020

Selasa, 7 Julai 2020

Alhamdulillah syukur ke hadrat-Nya kerana masih dikurniakan kudrat bagi menjalani kehidupan ini. Kawan-kawan apa khabar? Bagaimana dengan PKP kalian?

Sekarang, kita sudah pun masuk ke fasa PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) yang bermula 10 Jun 2020 lepas. Sudah semakin banyak sektor perindustrian telah dibenarkan beroperasi sepenuhnya. Malah, sekolah pun sudah mula dibuka secara berperingkat. 

Walau bagaimanapun, semua SOP dan kawalan kendiri seperti pemakaian pelitup muka, hand sanitizer, kebersihan diri serta penjarakan sosial perlulah sentiasa diamalkan ketika berada di luar rumah. Kita sendiri yang kena jaga diri kita. Kitalah barisan hadapan negara sekarang. Jadi, stay safe everyone!

Kali ni saja nak update tentang perjalanan Proposal Defense Acik Mira yang dah lepas 22 Jun 2020. Such a horrible and memorable journey.

20 Apr 2020

PKP Hari ke-34 : Sembang K-Drama K-Movie

Isnin, 20 April 2020.

Alhamdulillah, segala pujian selayaknya pada Tuhan Semesta Alam atas pemberian kudrat dan kekuatan sehingga ke waktu ini. 

Semoga rakan-rakan yang lain juga berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. 

Hari ini, website kajian kita bermasalah, jadi, terasa nak update blog pulalah. haha.

Entri hari ini berkaitan K-Drama & K-Movie yang sudah, sedang, dan tidak akan dilayan sepanjang PKP ini. hehe. Disebabkan kita sudah langgan Netflix & VIU, kenalah gunakan platform ini dengan baik. Kalau tak, rugilah! haha

Sebenarnya, tak banyak pun drama yang ditonton. Malah, ada ditonton semula seperti drama Goblin, program realiti Running Man, siri Big Bang Theory (bukan Korea ni tau. haha). 

Jadi, Acik Mira akan ceritakan dahulu yang telah selamat ditonton. Kemudian, sedang ditonton. Seterusnya, drama yang mungkin tidak akan ditonton. haha

*semua gambar di bawah ini hasil carian di Google*

14 Apr 2020

PKP HARI KE-28 : Buat apa tu?

14 April 2020 (Selasa)

Hari ini adalah hari ke-28 (Fasa 2) Pergerakan Kawalan Pergerakan di Malaysia. Esok akan bermula Fasa 3 pula. 

Kawan-kawan macam mana di rumah tu? Semua okey? Semoga terus bertahan hendaknya. Insya-Allah, semoga terus diberikan kekuatan buat diri kita semua. 

Setelah 28 hari PKP, barulah nak update ni blog. hahaha. Sekurang-kurangnya ada juga satu hantaran dalam waktu PKP begini. 

Acik Mira nak throwback sikit perjalanan dan pengalaman PKP yang telah Acik Mira lalui sepanjang Fasa 1 & Fasa 2. Jika tak silap, Fasa 1 PKP dikuatkuasa pada 18 Mac 2020 (Rabu). Waktu tu, kebanyakan rakyat Malaysia masih belum sepenuhnya menyedari betapa bahayanya virus ini, termasuklah Acik Mira sendiri. Acik Mira masih ke mall, ke sana, ke sini, seminggu sebelum PKP dikuatkuasakan.

25 Feb 2020

Warkah buat diri

25 Februari 2020

Selasa

Entri kedua. Hari ni rasa nak menulis saja. Haha

Acik Mira teringat akan kata-kata guru Acik Mira : "Orang yang bawa jalan kerohanian ini memiliki jiwa dan badan yang rosak."

Pertama kali dengar rasa macam, what?! Tapi apabila sudah berada dalam jalan tersebut, baru nampak dan faham tentang kebenarannya. Kerana jiwa dan badan yang rosak inilah didorong untuk menuju ke jalan tersebut. Tanyalah pada sesiapa pun, jawapan mereka pastinya sama. Kerohanian ini membawa maksud berbeza-beza baik bagi pengamal serta yang tidak. Antaranya :

Master bukan FYP

25 Februari 2020.

Selasa.

Sudah nak masuk dua bulan Acik Mira dengan perjalanan 2020 ni. 

Hari ini, baru Acik Mira betul-betul faham akan perjalanan master ni. Hahaha, kenapalah baru nak tahu ni?!

Ceritanya bermula Jumaat minggu lepas. Sebaik sahaja Acik Mira habis test programming yang tak berapa nak test tu. Acik Mira dah macam kecewakan SV Acik Mira sendiri. Sangat tak motivated sepanjang hari tapi masih survive gitu. haha.

SV suruh Acik Mira load kan data sets dan nak test sama ada Acik Mira boleh extract serta manipulate data tersebut. Pertamanya, Acik Mira blur. Mana nak dapat data sets? Selama ni buat latihan dengan load simple text file sahaja.  SV google sebelah. Dia berikan satu laman web untuk data science dapatkan data sets.

Okey, waktu itulah Acik Mira nak buat akaun baru serta download. Makan masa dan rasa urrghhh. Kedua, Acik Mira tersalah ejaan dan coding tak jalan. Nak load file pun tak lepas. Apa ni? Buat latihan banyak-banyak, still tak perform.
Image result for sedih icon

28 Jan 2020

Perjalanan 2020

28 Januari 2020 

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dan kudrat meneruskan hidup ini. Kabare semua? Wes makang? hehe

Hari ni, Acik Mira nak tulis tentang perjalanan baharu Acik Mira bagi tahun 2020 ini. Ya, kita pun dah berada di penghujung Januari ni. Bagaimana dengan azam 2020 kalian? Okey? Harap semuanya okeylah ye. Walaupun tiada azam yang baharu, tak apa, teruskan sahaja hidup ini dengan azam-azam yang lepas. Selagi masih ada hala tujuan dalam hidup, maka itulah azam  kita sebenarnya. Carry on sahaja okey?

Tahun 2020 ni Acik Mira nak fokus tiga perkara : 
(1) Kerja+belajar 
(2) Penulisan
(3) Kerohanian

17 Jan 2020

Puisi (1) : Naif Sang Pentas Hati


Tajuk :  Naif Sang Pentas Hati

Langit kian membiru cerah
Fajar kizib tadi halus merisik khabar
Hai, Sang Pentas Hati, wartakanlah rasamu
Tengkarapkanlah tekad pedih semalam itu untuk sang pelangi yang telah sirna
Benar perjalanan ini melelahkan
Mahu harungi juga likunya peritnya meski tidak terdaya
Menunggumu sejak kelahiran ini amat memenatkan
Mencarimu juga hasilnya tidak kelihatan
Nanah telinga menelan persoalan rencah hidup yang dianggap maknawi
Bentak jiwa dalam cuba pamerkan belah baiknya rencah itu
Kau, tetap tidak kutemu.

Bukankah aku watak utama dalam pentas hidup ini?
Bukankah watak utama itu harusnya gah di mata dunia bersama kekasihnya?
Kau, tetap tidak kutemu.

Selak lembaran kitab mencari dasar baharu untuk jiwa
Cengki, tidak semua watak utama perlukan kekasih untuk tiba ke hujung cerita
Termangu sendirian itu tidak melanggar hukum Pemilik Abadi, lalu diri bukanlah pendosa hakiki
Cengki, diri tidak bersalah sama sekali andai kau tidak kutemu
Kerna, jalan setiap kita tidak sama.

Meski penat, meski dicerca kerana sendiri
Aku akan terus melangkah
Satu harapan tipis diri
Andai diizin Pemilik Abadi untuk kita ketemu di atas jalan ini
Pinanglah aku dengan sir mu.

Mira Ishak
17 Januari 2020
Selangor.

Puisi 2020 : Pengenalan

17 Januari 2020 (Jumaat)

Alhamdulillah, ketemu lagi pada tahun 2020 ini. Syukur atas segala nikmat yang diberikan kepada diri ini.

Sempena hari Jumaat ni, Acik Mira nak terbitkan satu segmen baharu di blog & Wattpad & FB, iaitu segmen Puisi.

Jujurnya, Acik Mira tak berapa sangat nak menulis puisi ni, tapi pagi tadi terasa macam nak tulis satu. Instead  nak hantar ke mana-mana, ada baiknya letak di medium sendiri dahulu. 

Kita pun bukannya handal sangat pun. Untuk entri yang ini, kita buat pengenalan sahaja dahulu. Sebarang komen atau pandangan serta kritikan membangun amatlah dialukan ya. Ini saja nak buat latihan gitu. Itu pun belum tentu akan rajin atau tidak untuk hasilkan seberapa banyak yang boleh.

Sekurang-kurangnya, kita cuba, ya?

Hehe.

Selamat maju jaya untuk diriku sendiri.

hehe.
 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design