Followers

My Wattpad

25 Feb 2020

Warkah buat diri

25 Februari 2020

Selasa

Entri kedua. Hari ni rasa nak menulis saja. Haha

Acik Mira teringat akan kata-kata guru Acik Mira : "Orang yang bawa jalan kerohanian ini memiliki jiwa dan badan yang rosak."

Pertama kali dengar rasa macam, what?! Tapi apabila sudah berada dalam jalan tersebut, baru nampak dan faham tentang kebenarannya. Kerana jiwa dan badan yang rosak inilah didorong untuk menuju ke jalan tersebut. Tanyalah pada sesiapa pun, jawapan mereka pastinya sama. Kerohanian ini membawa maksud berbeza-beza baik bagi pengamal serta yang tidak. Antaranya :

(1) Ada yang mengatakan jalan kerohanian ini adalah jalan menuju Tuhan. Jalan mencari serta mendekati diri dengan Tuhan. Bagaimana caranya? Dengan beramal. Apa amalannya? Zikrullah, solat serta amalan sunat yang lain. 

(2) Ada juga yang mengatakan jalan kerohanian adalah jalan syariat, hakikat, tarekat dan makrifat. Jalan-jalan yang berperingkat. Amalan dan kefahaman juga berperingkat. Tujuannya juga sama, mencari dan mendekati diri pada Tuhan.

Tidak kisahlah apa jua kefahaman yang dibawa serta dipegang oleh seseorang, itu adalah pegangan dan pendirian masing-masing. Yang penting, diri tahu apa yang dipegang dan dipelajari. Bergurulah dengan sebenar-sebenarnya guru. 

Acik Mira pun bukan arif dan bukanlah ahlinya. Acik Mira menulis ini berdasarkan pengalaman Acik Mira sendiri. Sehingga ke hari ni, dah terlalu banyak dilalui. Apabila direnung, setiap rentetan pengalaman tersebut memberi erti nya sendiri. Sehingga ke hari ini juga, masih belajar untuk kenali diri dan belajar jadi yang lebih baik.

Jalan yang diberikan untuk dilalui ini bukanlah sesuatu yang indah dan senang. Ia penuh dengan duka dan kesakitan. Cuma, tahap laluannya itu sahaja berubah mengikut kematangan diri sendiri. Sebagai contoh, kita lalui pengalaman jatuh basikal. Ternyata sakit kan? Apabila kita belajar dan matang, kita sudah mahir menunggang basikal dan tak jatuh dah. Kemudian, kita belajar pula naik motosikal dan kita jatuh juga. Itu pun sakit. Maka, kita tekun belajar serta semakin matang, sekali gus membawa kita mahir untuk menguasai ilmu motosikal pula. Begitulah ia berperingkat-peringkat namun tak ada senangnya.

Acik Mira pernah je rasa nak putus asa. Rasa putus asa ni bermula sejak selepas berhenti kerja dulu. Kemudian, apabila belajar ilmu merawat diri sendiri, sampai satu tahap, tetap rasa nak putus asa beserta heart broken. Terasa dalam hidup ini tidak akan ada orang yang boleh terima diri yang dulunya pernah sakit asbab sakit itu akan menjadi tempias pula pada orang lain. Waktu itu, memang waktu jatuh Acik Mira. Setiap kali ada orang nak berkenalan, Acik Mira bertukar menjadi jugdemental person. Macam-macam Acik Mira fikirkan dan yakin orang tersebut tak akan bertahan lama sebab Acik Mira kan ada banyak hantu! haha.

Sehinggalah satu saat, dibukakan hati untuk lalui satu jalan baru. Penyokong terbesar Acik Mira adalah keluarga sendiri. Mulai detik itu, tahulah Acik Mira, jalan tersebut perlu dilalui seorang diri berbekalkan semangat diri serta kekuatan rohani. Satu per satu hikmah dapat dipelajari sampailah ke hari ini.

Acik Mira tak tahu sebab apa Acik Mira nak tulis semua ni. Buat mereka yang asyik bertanya tentang jodoh ni. Acik Mira tak marah dan tak sedih pun. Tanyalah, cumanya, perjalanan jodoh ini bukanlah sesuatu perkara yang ringan untuk Acik Mira. Acik Mira mencari seseorang yang boleh bersama dalam jalan ini meskipun kami berjalan di atas laluan masing-masing. Dan untuk itu, Acik Mira perlu perbaiki dan terus perbaiki diri sendiri. 

Sesuatu perkara yang datang kepada kita tidak akan datang secara bergolek. Ia hadir kerana usaha, ikhtiar dan redha Tuhan. Allah tidak akan sesekali memberikan sesuatu begitu sahaja tanpa sebab musabab yang boleh kita pelajari daripanya.

Buat diri Acik Mira, andai satu hari nanti kita akan baca entri ni semula, ingatlah dua perkara yang berjaya difahami dan dipelajari atas pengalaman sendiri ini :

1. Apa yang dilakukan sekarang adalah pembaikan untuk jalan ke depan. Mungkin sebulan lagi atau enam bulan atau setahun baru tampak kesannya. Kita tidak pernah tahu. Teruskan jalan.

2. Harus sentiasa tenang dalam menghadapi masalah. Keadaan tenang membolehkan kita melihat secara menyeluruh sesuatu masalah dan menggali jalan penyelesaiannya. Jika tidak tenang, emosi/perasaan akan lebih menguasai diri. Masalah hanya akan dilihat sebagai masalah.

Serta, jangan sesekali berputus asa. Jika sampai juga saat itu, lihat kembali dalam diri dan carilah ketenangan untuk terus melangkah.

"Learn to trust the journey, even if you don't understand it."   

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design