Followers

My Wattpad

25 Feb 2020

Master bukan FYP

25 Februari 2020.

Selasa.

Sudah nak masuk dua bulan Acik Mira dengan perjalanan 2020 ni. 

Hari ini, baru Acik Mira betul-betul faham akan perjalanan master ni. Hahaha, kenapalah baru nak tahu ni?!

Ceritanya bermula Jumaat minggu lepas. Sebaik sahaja Acik Mira habis test programming yang tak berapa nak test tu. Acik Mira dah macam kecewakan SV Acik Mira sendiri. Sangat tak motivated sepanjang hari tapi masih survive gitu. haha.

SV suruh Acik Mira load kan data sets dan nak test sama ada Acik Mira boleh extract serta manipulate data tersebut. Pertamanya, Acik Mira blur. Mana nak dapat data sets? Selama ni buat latihan dengan load simple text file sahaja.  SV google sebelah. Dia berikan satu laman web untuk data science dapatkan data sets.

Okey, waktu itulah Acik Mira nak buat akaun baru serta download. Makan masa dan rasa urrghhh. Kedua, Acik Mira tersalah ejaan dan coding tak jalan. Nak load file pun tak lepas. Apa ni? Buat latihan banyak-banyak, still tak perform.
Image result for sedih icon
Akhirnya, SV kata sesi berikutnya perlu ada jawapan dah. SV pun tak boleh nak duduk lama-lama dalam lab untuk tunggu Acik Mira dapat jawapan semua tu. Okey, tak apa.

Esoknya (Sabtu), Acik Mira ditugaskan untuk jaga pelajar exam. Subjek programming juga tu, C++. Hahaha. Ada satu soalan tu Acik Mira ambil masa nak baca sehingga ketua invigilator terangkan dua tiga kali juga. Hahaa, buat malu je. 

Pelajar-pelajar tu semua macam Acik Mira dulu-dulu juga. Ada yang tak dapat jawab satu soalan pun, ada yang dapat jawab satu je dan ada juga yang dapat jawab semua. Kesian rasanya apabila Acik Mira datang ke meja nak semak jawapan, deme kata, "I can't answer anything, madam." Lepas tu, pamer wajah sedih. Alahai, Acik Mira pun bersedih sama. haha

Sewaktu jadi pemeriksa tu, Acik Mira ada sembang dengan ketua invigilator, merangkap ketua projek bagi master Acik Mira ni. Acik Mira cerita tentang test dan perbincangan dengan SV. Dari perbualan kami, Acik Mira baru tahu sikit-sikit yang memang kita kena buat semua sendiri. Acik Mira tak berapa nak faham sangat statement tu, tapi Acik Mira buat-buat faham je.

Hari ni, sedang nak sediakan draf awal proposal defense, barulah Acik Mira betul-betul faham. Perjalanan master ni bukannya seperti FYP dulu. Acik Mira buat research juga dulu. Tapi semuanya SV dah bagi. Kita just conduct experiment dan buat report. Data sets semuanya dah disediakan termasuklah pseudocode.

Master by research ni lain. Acik Mira selesaikan apa yang diberikan SV awal dulu. Chapter 1. Kemudian persediaan programming dan juga Literature Review supaya Acik Mira boleh lengkapkan proposal defense.

Tapi, Acik Mira silap sebenarnya. Memang kena cari data sets sendiri, coding sendiri, dan pembinaan report sendiri. Tapi semua tu perlu dapat concern dari SV. You have to be on your own. Rasa macam, bengongnya Acik Mira ni! Kenapa baru nak sedar ni?

Acik Mira dah lewat sebulan untuk timeline asal yang diberi SV.  Tapi timeline tu untuk programming part. Dan, sekarang ni juga Acik Mira baru faham apa nak kena buat. hahaha. Cuma, nak memahami lebih mendalam lagi tentang projek ni. Nak nangis rasanya sebab Acik Mira tunggu arahan SV dan ketua projek. Bila dah rasa ada tak kena, barulah Acik Mira refer SV. Itu pun, rasa nak berbalah je rasa. kah kah kah.

Acik Mira sedih ni tapi masih cool & steady. haha.

Pada kawan-kawan master by research yang lain, mesti kome pun akan gelakkan Acik Mira, kan. haha. Hubungan baik dengan SV kena jaga. Selalu refer dia. Dan, ini bukan lagi zaman FYP yang sudah berlalu 8 tahun lepas. You have to be on your own. Berbeza dengan rakan-rakan yang ramai-ramai buat satu projek. Mereka ada support system antara satu sama lain kalau tiba-tiba stuck tengah jalan.

Hurm, syukur jugalah dapat sedar awal, kan?

Well,  minggu ni ada satu lagi test. Acik Mira nervous tapi nak tak nak kena lalui juga.

Semoga perjalanan ini baik-baik sahaja hendaknya.

Terima kasih kawan-kawan semua!

Till then,
Much love,
Acik Mira.   

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design