Followers

My Wattpad

28 Jan 2020

Perjalanan 2020

28 Januari 2020 

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dan kudrat meneruskan hidup ini. Kabare semua? Wes makang? hehe

Hari ni, Acik Mira nak tulis tentang perjalanan baharu Acik Mira bagi tahun 2020 ini. Ya, kita pun dah berada di penghujung Januari ni. Bagaimana dengan azam 2020 kalian? Okey? Harap semuanya okeylah ye. Walaupun tiada azam yang baharu, tak apa, teruskan sahaja hidup ini dengan azam-azam yang lepas. Selagi masih ada hala tujuan dalam hidup, maka itulah azam  kita sebenarnya. Carry on sahaja okey?

Tahun 2020 ni Acik Mira nak fokus tiga perkara : 
(1) Kerja+belajar 
(2) Penulisan
(3) Kerohanian

Pertama : Kerja + belajar
Alhamdulillah, Acik Mira diizinkan untuk bekerja sebagai Graduate Research Assistant di universiti Acik Mira belajar dulu, cuma, kali ini bukan di Melaka. Hehe. Sebelum berangkat menunaikan umrah, Acik Mira dihubungi oleh seorang kenalan untuk position tersebut. Acik Mira ragu-ragu sebenarnya nak terima apabila mengenangkan Acik Mira tak pandai programming. Tapi rakan Acik Mira minta hantarkan juga CV dan terus dipanggil interview selepas balik umrah.

Dipendekkan cerita, Acik Mira diterima sebagai GRA pada hari tersebut dan terus buat persediaan untuk projek yang perlu dibuat ini. Syarat utama GRA, wajib sambung Master. Maka, sambil bekerja (admin work sikit) sambil belajar. Acik Mira masih risau ni, haha, minggu lepas ada test programming, tapi Acik Mira seakan gagal pula. haha. Waktu belajar (ikut video dan pautan yang diberi oleh supervisor) okey je tapi sewaktu ujian tu, hurm, ke laut semua yang telah dipelajari.

Tak apalah, kita cuba lagi, ya!

Apa tugas GRA? Bagaimana nak apply? 

Hurm, tugas GRA tu bergantung kepada projek itu sendiri. Secara umum, perlu selesaikan projek dengan sempurna dalam tempoh sepatutnya, di samping kerja-kerja admin yang diberikan oleh supervisor/ketua projek masing-masing. Wajib selesaikan Master/PhD by research dalam tempoh tersebut dan berjaya publish paper berkaitan projek yang telah diberikan. Mungkin juga perlu hadiri conference tapi ikutlah atas kehendak supervisor masing-masing.

Basically, kalian adalah seorang pelajar sepenuh masa sebenarnya. hehe. All by your own, ya. Nak apply tu, kena rajin tengok iklan di IPTA/IPTS yang ada. Pasti ada punya. Kalau tak GRA, ada RA (Research Assistant), RO (Research Officer), dan lain-lain. haha. Elaun akan diberikan juga. Untuk GRA, mungkin tak banyak, tapi okeylah.

Jadi, tahun 2020 ni, Acik Mira nak fokus study. Walaupun usia dah lanjut ni, tak apa, kita teruskan jalan kita ni. I really put a high expectation on myself dan harapnya dapatlah laksanakan tanggungjawab ini dengan baik. 

Kad Pelajar 2020
Ta-daa~~~ Jika nak dibandingkan kad pelajar sewaktu Foundation & Degree dulu, yang terkini ni lagi cantik cuma part wording je yang kurang sikit. Haha. Kad pelajar ni adalah kad pelajar kedua Master Acik Mira selepas UPM beberapa tahun lepas. Yang tu, separuh jalan sahaja. Kali ni, kita sempurnakan jalan tersebut, insya-Allah.

Kedua : Penulisan
Untuk tahun 2020, Acik Mira nak lebih bergiat menulis dan terbit buku. Seterusnya, mungkin akan pelajari penulisan skrip pula. Ada empat projek untuk tahun ini yang sudah masuk bucket list, dengan Bookiut, Penerbit X, Paluan Seni dan KOMRAD. hehe. 

Sambil-sambil tu, Acik Mira nak rajin menulis di blog juga puisi. Begitulah harapan Acik Mira! Oyeyeyeye~~~~~

Ketiga : Kerohanian
Fuh, seram pula apabila sebut tentang perkara ni. haha. Sejak dua tahun lepas, Acik Mira ada sertai satu kelas kerohanian. Kelas kedua setelah Acik Mira bawa diri dari kelas pertama. Ayoo, apa ayat ni? haha

Jadi, untuk tahun ni, Acik Mira nak sepenuhnya fokus dalam jalan yang baharu ni. Dalam kelas tu belajar apa? Belajar tentang kerohanianlah. Haha. Nak hurai, terlalu panjang. Maka, Acik Mira ringkaskan sahaja sampai sini.
.
.
.

Itulah 3 azam utama Acik Mira. Ada yang tanya, jodoh tak masuk sekali ke? Hurm, buat masa sekarang, belum ada lagi. Kalau ada, nanti Acik Mira update semula. Masih mencari tapi tidak begitu serius mencari. Kriteria yang penting adalah boleh toleransi dan faham akan jalan yang Acik Mira bawa. Kelas kerohanian tu adalah 'ME' time buat Acik Mira. Jadi, pasangan Acik Mira perlu faham serta izinkan Acik Mira lalui 'ME' time tersebut. Itu kriteria utama. 

Acik Mira ada pengalaman pahit yang terukir di minda super kolektif Acik Mira, yang mana pengalaman tu masih belum boleh dihapuskan sampai sekarang. Ia menjadikan Acik Mira seorang judgemental dalam soal jodoh ini.

Rasanya, cukup dahulu sampai sini. Nanti kita tulis lagi.

Kawan-kawan yang ada azam tu, jangan mengalah ya. Teruskan melangkah bagi menyempurnakannya!

Till then
Much love,
Acik Mira. 

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design