Followers

My Wattpad

28 Jan 2020

Perjalanan 2020

28 Januari 2020 

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dan kudrat meneruskan hidup ini. Kabare semua? Wes makang? hehe

Hari ni, Acik Mira nak tulis tentang perjalanan baharu Acik Mira bagi tahun 2020 ini. Ya, kita pun dah berada di penghujung Januari ni. Bagaimana dengan azam 2020 kalian? Okey? Harap semuanya okeylah ye. Walaupun tiada azam yang baharu, tak apa, teruskan sahaja hidup ini dengan azam-azam yang lepas. Selagi masih ada hala tujuan dalam hidup, maka itulah azam  kita sebenarnya. Carry on sahaja okey?

Tahun 2020 ni Acik Mira nak fokus tiga perkara : 
(1) Kerja+belajar 
(2) Penulisan
(3) Kerohanian

17 Jan 2020

Puisi (1) : Naif Sang Pentas Hati


Tajuk :  Naif Sang Pentas Hati

Langit kian membiru cerah
Fajar kizib tadi halus merisik khabar
Hai, Sang Pentas Hati, wartakanlah rasamu
Tengkarapkanlah tekad pedih semalam itu untuk sang pelangi yang telah sirna
Benar perjalanan ini melelahkan
Mahu harungi juga likunya peritnya meski tidak terdaya
Menunggumu sejak kelahiran ini amat memenatkan
Mencarimu juga hasilnya tidak kelihatan
Nanah telinga menelan persoalan rencah hidup yang dianggap maknawi
Bentak jiwa dalam cuba pamerkan belah baiknya rencah itu
Kau, tetap tidak kutemu.

Bukankah aku watak utama dalam pentas hidup ini?
Bukankah watak utama itu harusnya gah di mata dunia bersama kekasihnya?
Kau, tetap tidak kutemu.

Selak lembaran kitab mencari dasar baharu untuk jiwa
Cengki, tidak semua watak utama perlukan kekasih untuk tiba ke hujung cerita
Termangu sendirian itu tidak melanggar hukum Pemilik Abadi, lalu diri bukanlah pendosa hakiki
Cengki, diri tidak bersalah sama sekali andai kau tidak kutemu
Kerna, jalan setiap kita tidak sama.

Meski penat, meski dicerca kerana sendiri
Aku akan terus melangkah
Satu harapan tipis diri
Andai diizin Pemilik Abadi untuk kita ketemu di atas jalan ini
Pinanglah aku dengan sir mu.

Mira Ishak
17 Januari 2020
Selangor.

Puisi 2020 : Pengenalan

17 Januari 2020 (Jumaat)

Alhamdulillah, ketemu lagi pada tahun 2020 ini. Syukur atas segala nikmat yang diberikan kepada diri ini.

Sempena hari Jumaat ni, Acik Mira nak terbitkan satu segmen baharu di blog & Wattpad & FB, iaitu segmen Puisi.

Jujurnya, Acik Mira tak berapa sangat nak menulis puisi ni, tapi pagi tadi terasa macam nak tulis satu. Instead  nak hantar ke mana-mana, ada baiknya letak di medium sendiri dahulu. 

Kita pun bukannya handal sangat pun. Untuk entri yang ini, kita buat pengenalan sahaja dahulu. Sebarang komen atau pandangan serta kritikan membangun amatlah dialukan ya. Ini saja nak buat latihan gitu. Itu pun belum tentu akan rajin atau tidak untuk hasilkan seberapa banyak yang boleh.

Sekurang-kurangnya, kita cuba, ya?

Hehe.

Selamat maju jaya untuk diriku sendiri.

hehe.
 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design