Followers

My Wattpad

17 Aug 2019

Dialog : Dania-San (2-Tamat)

Sabtu, 17 Ogos 2019

"Kenapa Cik Dania nak jumpa saya?"

'Tanya dia. Macam mana dia boleh bekerja dengan Rashdan.'

"Iskandar, saya perhatikan awak terlalu muda untuk bekerja sebagai pemandu peribadi Rashdan. Saya tertanya-tanya kenapa awak nak kerja dengan dia?"

"Saya orang susah, Cik Dania. Pelajaran pun tak tinggi mana. Kebetulan saya ada ternampak iklan kerja kosong sewaktu lalu depan syarikat dulu. Saya cuba nasib sahajalah. Alhamdulillah dapat. Tuan Rashdan banyak bantu saya, siap biayai saya untuk dapatkan lesen memandu lagi. Saya tahu bawa kereta secara haram sahaja. Tapi, itu bukan penyebab Cik Dania panggil saya ke mari, kan?"

'Tiada apa yang percuma dalam dunia ni, Dania. Pasti ada give and take.'

"Iskandar, awak budak yang baik. Tidak pernah sekali saya lihat awak marah atau kena marah. Orang ofis pun selalu puji awak. Jangan biarkan sifat naif awak tu dikikis oleh Rashdan. Saya yakin awak bukan seperti orang lain yang apabila dihidangkan kesenangan depan mata, halal haram ditelan sahaja."

"Saya tak faham maksud Cik Dania. Dikikis oleh Tuan Rashdan? Sa... saya tak faham."

'Okey, now, straight to the point. He knows everything, Dania.'

"Iskandar, saya tahu awak ada simpan bukti-bukti yang menunjukkan saya teraniaya. Saya yakin awak tahu segala perancangan Rashdan."

"Eh, ap... apa maksud Cik Dania ni? Bukti apa? Rancangan apa?"

'Here we go! Drama!'

"Rashdan berikan segalanya pada awak, Iskandar. Itu ini dia berikan. Macam saya cakap. awak terlalu naif dan terlalu baik. Orang macam awak amat sesuai Rashdan jadikan umpan dan alat untuk kesenangan dia pula. Setiap apa yang dia hulurkan kepada awak, bayarannya, awak perlu taat kepadanya. Apabila dia berjaya hapuskan saya, dia akan hapuskan awak pula. Tapi, senaif-naif awak, saya dapat rasakan awak juga merancang sesuatu sebagai persediaan awak menghadapi saat tersebut, kan?"

"Cik Dania..."

'Cucuk dia lagi, Dania! Sikit lagi dia akan buka rahsia tu! Dan, kita menang!'

"Iskandar, awak mungkin tak berpelajaran tinggi tapi awak tak bodoh. Kenapa mesti yang berperwatakan syaitan yang menang di akhir cerita? Kenapa tidak kita yang teraniaya ni?"

"Siapa kata yang teraniaya tidak menang, Cik Dania?"

'Sudah masuk jarum, Dania! Ayuh, tamatkan semua ni! Kita dah nak menang!'

"San, diam!"

"San? Apa tu, Cik Dania?"

"Er, Dan. Rashdan. Bukan San. Saya mahu Rashdan diam. Maksudnya, kalah. Oh ya, saya tak kata yang teraniaya tak akan menang, tapi lambat dan perlu lalui perkara yang menyakitkan. Terlalu menyakitkan. Awak yakin ke yang awak akan ada peluang untuk bongkarkan sisi jahat Rashdan selepas ini? Rashdan licik orangnya."

"Apa yang Cik Dania nak tawarkan kepada saya?"

'Budak dahi licin ni diam-diam ubi berisi. Bijak.'

"Selamatkan saya. Jatuhkan Rashdan. Dan, buatlah apa yang Iskandar mahu. Nak jadi CEO pun boleh. Saya boleh bantu untuk itu."

"Pemandu peribadi tiba-tiba naik jadi CEO? Nampak sangat dramanya. Lagipun, saya bukan seorang yang terlalu gilakan pangkat dan kuasa. Saya terima 'buatlah apa yang Iskandar mahu' tu. Saya lebih suka yang itu. Saya pun penat diarah buat itu ini dalam keadaan terpaksa."

"Setuju. Cuma, saya nak tahu satu perkara lagi. Siapa yang tiru tandatangan saya tu?"

"Tiada siapa tiru. Memang Cik Dania sendiri yang tandatangan. Ingat tak surat perasmi yang saya minta Cik Dania semakkan tu? Saya ada letak colourless carbon paper di bawahnya. Dokumen hitam ada di bawah surat tersebut."

"Padanlah surat tu tebal semacam dan saya tak selak betul-betul semua helaian tu. Urgh! Saya ambil mudah sahaja."

"Cik Dania jadi begitu disebabkan Cik Dania mudah berikan kepercayaan kepada saya. Tapi, Cik Dania jangan risau. Saya akan tebus salah saya yang itu. Saya akan bersihkan nama Cik Dania dan bersihkan juga diri saya. Saya ada bukti yang cukup untuk semua ini."

'Aku dah agak dah! Budak Iskandar ni lain macam sikit. Dia baik tapi pendiam dan taat membabi buta. Orang yang pendiam ni, macam-macam rahsia mereka boleh simpan. Sebab tu aku suruh kau buka mata dan perhatikan orang sekeliling kau, Dania. Ini tak, asal marah je lupa semua benda. Ikutkan sangat nafsu amarah tu.'

"San, kan aku cakap, diam."

"Apa dia Cik Dania? Saya kurang dengar."

"Oh, saya ucapkan terima kasih sebab awak akhirnya terbuka hati untuk membantu."

"Tapi, macam mana Cik Dania boleh tahu saya ada segalanya tentang Tuan Rashdan?"

"Saya boleh baca fikiran dan gerak-geri awak hanya melalui renungan mata awak yang redup tapi tajam tu, Iskandar. Macam saya cakap sebelum ni, awak terlalu naif tapi bijak."

"Wah, hebat! Benarlah Tuan Rashdan selalu kata, Cik Dania seorang yang hebat dan berkaliber!"

'Hebat dan berkaliber konon! Kalau bukan disebabkan sifat Iblis dia yang inilah, tak adanya dia tahu macam-macam. Huh!'

'Dania! Memandangkan aku dah tolong kau ni, tukar nama aku! Aku tak nak jadi San (Sun = matahari) kau dah. Sebab tu aku sentiasa panas. Tukar nama aku ke Snow! Barulah sejuk je hati kau nanti.'

'Dania! Kau dengar tak ni? Dania! Jangan buat-buat tak nampak aku!'

'Dania!'  

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design