Followers

My Wattpad

17 Aug 2019

Dialog : Dania-San (2-Tamat)

Sabtu, 17 Ogos 2019

"Kenapa Cik Dania nak jumpa saya?"

'Tanya dia. Macam mana dia boleh bekerja dengan Rashdan.'

"Iskandar, saya perhatikan awak terlalu muda untuk bekerja sebagai pemandu peribadi Rashdan. Saya tertanya-tanya kenapa awak nak kerja dengan dia?"

"Saya orang susah, Cik Dania. Pelajaran pun tak tinggi mana. Kebetulan saya ada ternampak iklan kerja kosong sewaktu lalu depan syarikat dulu. Saya cuba nasib sahajalah. Alhamdulillah dapat. Tuan Rashdan banyak bantu saya, siap biayai saya untuk dapatkan lesen memandu lagi. Saya tahu bawa kereta secara haram sahaja. Tapi, itu bukan penyebab Cik Dania panggil saya ke mari, kan?"

Pada suatu hari : Dania-San (1)

Sabtu, 17 Ogos 2019

Pada suatu hari, Dania telah menerima satu panggilan daripada Rashdan. Panggilan pertama yang diterima setelah beberapa hari menghilangkan diri. 

Satu keluhan berat dilepaskan. Andai masa boleh diputar semula, pasti Dania tidak akan bersetuju untuk menjadi rakan kongsi Rashdan. Jika dia punyai kuasa untuk meramal masa hadapan, sudah tentu dia akan sehabis baik menjauhkan diri mengenali lelaki berjambang itu. 

16 Aug 2019

Hanbok!

Jumaat, 16 Ogos 2019

Pakaian tradisional yang menarik minat untuk digayakan?

Ia adalah Hanbok! 

Pakaian tradisional Korea. hehe...

Ihsan gambar : Google

Inilah pakaian tradisional yang telah menarik hati Acik Mira dari zaman belajar lagi, serta dari zaman Acik Mira berjinak-jinak menjadi peminat K-POP. Acik Mira suka dengan desain pakaian ini. Nampak sopan.

The Mentalist

Jumaat, 16 Ogos 2019

Apabila ditanya tentang siri TV kegemaran Acik Mira, terlalu banyak pula nak disenaraikan. Acik Mira ambil yang paling Acik Mira sukalah ya?

. THE MENTALIST.

Ihsan gambar : Google

2 Aug 2019

YIRUMA | ML STUDIO | AIMAN AZLAN

Jumaat, 2 Ogos 2019

Malam ni Acik Mira nak kongsikan tiga (3) YouTube Channel yang selalu Acik Mira tonton.
Kenapalah dalam banyak-banyak channel yang ada, Acik Mira pilih yang tiga tu ye? hehe.

Yang pertama :

YirumaVEVO

 

Acik Mira ikuti channel ini sejak di akhir-akhir zaman kolej, 8 tahun yang lepas. Yiruma adalah seorang pemain piano dari Korea. Nama asalnya adalah Lee Ru-Ma dan nama Yiruma itu adalah nama pentasnya. Kalau tak silap, Yiruma belajar bermain piano seawal umur 5 tahun dan beliau berpindah ke England pada usia 11 tahun. Beliau juga merupakan artis Korea pertama yang mendapat jemputan melakukan persembahan di 2002 MIDEM di Cannes, France. MIDEM ialah acara tahunan muzik antarabangsa yang mengumpulkan penggiat muzik seantero dunia, dalam 80-90 buah negara. Yiruma turut menghasilkan album dan soundtracks bagi muzikal, filem dan teater.

1 Aug 2019

A Beautiful Mind

Khamis, 1 Ogos 2019.

Jika ditanya filem apa yang menjadi kegemaran dari dulu hingga kini, jawapan Acik Mira tetap sama, iaitu 'A Beautiful Mind' (ABM). Meskipun telah banyak menonton filem berlainan genre, tetap, filem ABM ini mendapat tempat di hati. Malah, Acik Mira pernah buat review di blog 7-8 tahun yang lepas tentang filem ini.

Ihsan gambar : Google
Filem ABM ini diinspirasi dari sebuah buku biogarfi John Forbes Nash, Jr. bertajuk 'A Beautiful Mind'; karya Sylvia Nasar. John Forbes Nash, Jr. merupakan seorang genius matematik serta pemenang Hadiah Nobel Ekonomi pada tahun 1994.

Writing Prompts Ogos 2019

Bismillah.

A very quick update sebab nak gerak ke Batu Gajah sekejap lagi. haha. 

Bulan ni, Acik Mira nak cuba rajinkan diri dengan menyertai 'Writing Prompt Ogos 2019' yang dikendalikan oleh rakan penulis Norsa'adah Ahmad. Sesi menulis ni sudah mula sejak bulan lepas, tapi bulan ni baru Acik Mira tergerak hati nak sertai.

Yalah, dari dibiarkan blog ni bersawang, ada baiknya kita serikan dengan sesi menulis, ya dak? Dapat juga Acik Mira latih skil menulis ni hah. hehe

Pada rakan-rakan blog yang ingin turut serta, boleh klik gambar di bawah untuk ketahui lebih lanjut lagi.


Sumber Prompt : NORSA'ADAH AHMAD

Till then
Much love,
Acik Mira 
ヽ(⌐■_■)ノ♪♬ヽ(⌐■_■)ノ♪♬

25 Jul 2019

Ulasan Buku : Aku Nak Tidurlah! (Man Man)


 

Tajuk : Aku nak tidurlah!
Penulis : Man Man
Penerbit : Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd 
(Siri Novel Ringan Magic Bean)

Novel ringan yang diterjemahkan. Mengisahkan tentang seorang remaja lelaki yang mempunyai keupayaan berubah menjadi seekor kucing, bernama Gibran. Di sebuah sekolah, terdapat manusia-manusia yang unik seperi Gibran. Bukan sahaja kucing, bermacam jenis haiwan ada. Dan rahsia ini tidak diketahui umum kecuali kelompok mereka serta ahli keluarga sahaja. 

Ulasan Buku

Hari ini, Acik Mira nak kongsikan satu album yang ada di Page Acik Mira tentang ulasan bagi buku yang telah dibaca. Acik Mira letakkan ulasan ni hanya di page sahaja, tapi kali ini, Acik Mira aka letakkan di sini juga. 

Cuma, buku-buku yang sudah tersedia ada di Page, tidaklah lagi Acik Mira buat entri satu per satu di blog ini. Nanti berderet je entrinya. haha Oleh itu, Acik Mira akan kongsikan album sahaja.

Pautan ke album tersebut : ALBUM BUKU-BUKU

Senarai buku yang telah diulas sehingga ke tarikh ini seperti di bawah:

15 Feb 2019

Jumaat, 15 Februari 2019

Alhamdulillah bi-iznillah. Hari ini Acik Mira cuti dan bermusafir ke Kuala Lumpur. Esok Acik Mira ada kelas penulisan. Acik Mira tak tahu kenapa Acik Mira nak sertai tapi hati ni rasa nak sangat pergi. haha. Jadi, Acik Mira pergi. Insya-Allah, esok dari hotel ni Acik Mira akan berjalan kaki ke Menara DBP. :)

Kerja Acik Mira pun okey sahaja. Alhamdulillah. Sejak 1 Feb 2019, ada seorang kerani yang baru masuk. Selama dua bulan kiranya Acik Mira akan pantau dan latih dia sebelum Acik Mira berhenti kerja pada hujung bulan Mac nanti.

Acik Mira tak ada kerja baharu lagi ni. Hurm. Tak tahulah, tapi Acik Mira yakin akan ada sesuatu yang Acik Mira akan lakukan nanti. Insya-Allah.

13 Jan 2019

G2C Writing Challenge 2018

Alhamdulillah, bi-iznillah. Akhirnya, hari ini rajin sikit nak update blog ni. Acik Mira nak update tentang perkembangan penulisan Acik Mira sendiri. Perkembangan kerja dan diri tu, kita akan update lain masa, insya-Allah. Bab tu pun banyak juga nak cerita ni. haha.

Hari ini, 13 Januari 2019, memberikan sedikit kegembiraan buat Acik Mira. Bulan 12 tahun lepas, Acik Mira ada sertai satu cabaran menulis yang dinamakan G2C Writing Challenge 2018. Acik Mira dah lupa maksud di sebalik nama G2C tu. Sebenarnya, selama ni, G2C dibuka untuk penulis-penulis di Wattpad. Namun, tahun lepas 2018, pihak penganjur telah buka penyertaan untuk geng-geng penulis di FB pula. Acik Mira pun gatal-gatal nak sertai. Tujuan utamanya untuk melatih diri untuk lebih rajin menulis dan menulis. haha.


 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design