Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Saturday, May 26, 2018

Selamat berpuasa dan bekerja!

Image result for bismillah

Alhamdulillah bi-iznillah, syukur kepada Allah atas nikmat yang masih dikurniakan-Nya hingga kini. Masih dikurniakan kesempatan lagi untuk menaip di sini.

Dan, tidak terlambat juga lagi Acik Mira nak ucapkan SELAMAT BERPUASA buat semua. Semoga Ramadan tahun ini lebih baik dari sebelumnya. Kita pun dah masuk 10 Ramadan hari ini, sekejap je sudah lepas fasa pertama (10 hari) dalam bulan mulia ini.

Masih boleh membuat pecutan lagi ni. Jangan lupa tu. Jangan sia-siakan masa yang ada.

Baik......... apa Acik Mira nak celoteh hari ini ya?


Acik Mira tengah kerja ni. Haaaaaaaa...

Alhamdulillah, Acik Mira dapat panggilan telefon dari abang ipar Acik Mira Rabu lepas. Beliau minta Acik Mira attend satu temuduga ni. Jadi, dengan tidak bersedia apa-apanya, Acik Mira pun selamba pergi. Siap cakap kat diri sendiri di cermin, Acik Mira akan ditemuduga selama 5 minit sahaja. Hahaha

Kuasa Allah, memang hampir 5 minit je Acik Mira dalam bilik tu. Hahahaha. Acik Mira tak tahu tugas hakiki Acik Mira di sini. Nak tulis dalam borang permohonan kerja pun Acik Mira tak tahu apa jawatan yang Acik Mira nak ditemudugakan. hadoi! Adik-adik sekalian jangan jadi macam Acik Mira okey?

Hampir dua tahun tidak bekerja disertai perasaan sedih Tabung Haji reject permohonan Acik Mira, jadi, Acik Mira jadi macam tak berapa nak fokus. hhahaha. Semalamnya (Selasa), Acik Mira tolak satu permohonan sebabnya Acik Mira tak tahu tugas itu sebetulnya. Kuasa Allah, esoknya (Rabu) abang ipar telefon. Rasa macam, patut ke aku tolak lagi ni? Atau nak cuba je? Kalau tanya betul-betulnya, Acik Mira dah tak lalu nak attend temuduga lagi dah. Penat. Sebab itu juga Acik Mira doa 5 minit je. haha

Dipendekkan cerita, sewaktu menunggu keputusan tu, ibu dan abah ada heart to heart dengan Acik Mira. Ibu kata, kalau Acik Mira tak nak kerja dulu, jangan paksa diri, hanya yang berada dalam rumah ini sahaja tahu keadaan diri Mira macam mana. Jangan kerja disebabkan jirang-jiran ke, ibu abah ke. 

Acik Mira jadi sebaklah. hahaha. Jujurnya, hati Acik Mira seperti tiada perasaan. Acik Mira tak rasa apa-apa untuk kerja ini, rasa berat nak terima adalah. hahaha. Jumaat tu, Acik Mira dapat panggilan telefon yang Acik Mira diterima bekerja, mula Isnin. Acik Mira bersyukur pada Allah, walaupun dalam hati masih berkira-kira nak kerja ke tak.

Tugas hakiki Acik Mira adalah seorang kerani bagi satu syarikat kontaktor pekerja Ground Maintenance di hospital-hospital. Filing, surat dan segala macam halnya tentang syarikat itu tugas Acik Mira. Tugas sampingan adalah, menjadi seorang tea lady boss, fotostat, binding, laminate dan upah menaip bagi orang-orang kampung (sebab syarikat ini dalam kampung, client nya ramai orang kampung), cleaner ofis, dan segala apa yang bos suruh. Sebab bos ni orang kuat politik di sini juga orang kuat surau. haha. Jadi, kerja sampingan lagi banyak dari kerja hakiki. 

Alhamdulillah, semua yang diberi Acik Mira boleh lakukan cuma ada beberapa perkara yang buatkan Acik Mira down untuk satu hari kerana kerja hakiki Acik Mira tidak dapat nak buat dek timbunan kerja sampingan. huhuhu.

Itulah dia, dah masuk hari keenam hari ini bekerja, Acik Mira masih tidak berasa apa-apa. Kosong je je hati ni. Acik Mira azam nak berhenti 2 bulan lagi. hahaha. Acik Mira rindu nak bekam orang T_T.  Tapi tengoklah perancangan Allah macam mana nanti. Acik Mira just harap yang Acik Mira tabah untuk lalui semua ini. Bulan puasa ni. Acik Mira nak lakukan yang terbaik setakat yang Acik Mira boleh lakukan. 

Tolong doakan Acik Mira sekali, ya?

Acik Mira pun tengah tunggu seseorang ni. Lambat sangat kot dia nak sampai ke sini. Once dia sampai, Acik Mira nak fokus betul-betul penulisan dan bekam. Semoga Allah reda dengan pilihan Acik Mira ini.

Selama nak tunggu 2 bulan ni, haruslah diri bertabah sehabis baik. hahaha. Semoga bertabahlah! hahaha. Acik Mira ni konfiden je cakap 2 bulan. Tapi harapnya memang 2 bulan sahaja! Jom aminn kan ramai-ramai.

Tak sabar pula nak tunggu pukul 12 tengah hari nanti, boleh balik!!!! yeay!!!!! hahaa

Till then, 
Much love,
Acik Mira

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design