Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Thursday, May 31, 2018

Kisah pekerja GM

Image result for bismillah

Alhamdulillah bi-iznillah. Marilah kita sentiasa panjatkan kesyukuran kita kepada Allah, Yang Maha Segala.

Hari ni telah seminggu lebih Acik Mira kerja di Manjoi sini. Percayalah cakap Acik Mira, dalam seminggu lepas, Acik Mira memang nak berhenti kerja sangat-sangat. Bukan setakat bebanan kerja sampingan tetapi kebajikan pekerja pun terasa...ya Allah T_T. Haaa gitu.

Tapi, insya-Allah, Acik Mira cuba kuatkan diri Acik Mira dan Acik Mira terinspirasi dari kisah-kisah pekerja Ground Maintenance (GM) syarikat sini. 



Pekerja-pekerja GM sini semuanya berusia 40 ke atas. Kalau ada yang 20-30 lebih tu boleh kira dengan jari sahaja. Jadi, cuba bayangkan keadaan mereka yang bekerja macam mana. GM ni kerjanya mesin rumput, berkebun, dan apa-apa yang libat kemaskan landskap di hospital dan klinik sekitar Perak. Yang datang bekerja dan jumpa Acik Mira untuk urusan dokumen dan barang sumbangan, hampir kesemua mereka pak cik dan mak cik, serta, kesihatan mereka juga tidaklah begitu baik. Ada juga yang kelainan upaya (OKU). Jadi, Acik Mira terasa sayu dan sedih sama. 

Lihat pak cik ni berjalan, dan bertanyakan duit pinjaman, buatkan Acik Mira lagi sayu. Hari ini, ada pemberian sumbangan beras, gula dan kordial kepada semua pekerja GM ni. Apabila ada yang baru mula bekerja tak dapat, hati Acik Mira sayu sangat. Dahlah dia tengok je Acik Mira agihkan barang. Acik Mira tak lalu nak bertentang mata dengan dia. Tapi, alhamdulillah, atas arahan bos, yang baru bekerja pun dapat. Apabila Acik Mira agih kepada pak cik ni, muka dia seronok sangat. Ya Allah, lagi sayu.

Walaupun Acik Mira tahu masalah-masalah displin mereka dan ada yang beberapa kali berhenti kemudian bekerja semula, tapi tetap Acik Mira tak berapa kuat nak hadap situasi begini. Allah...

Dari situlah Acik Mira terinspirasi untuk teruskan. haha. Acik Mira cuba bertahan lagi. Susahnya mereka yang nak cari rezeki tu, Acik Mira yang dah ada ni, tak akan nak tolak je? Hal-hal kebajikan tu, Acik Mira hanya mampu berdoa agar Allah bukakan pintu hati bos Acik Mira. Semoga Allah perkenankan, nak-nak bulan puasa ni kan. Tension juga sebenarnya, tapi tak apalah, kita usaha mana yang termampu.

Acik Mira doakan semua kita sentiasa berada dalam jagaan dan lindungan Allah. Kebelakangan ini, Acik Mira dihadirkan mimpi yang pelik-pelik. Belum ketemu jawapan dan ilham lagi. Semoga semuanya baik-baik sahaja :).

Semoga semua kita dikurniakan rezeki yang mencurah-curah, rezeki yang penuh reda Allah. Acik Mira sayang kamu semua. Jazakumullah khairon kasiro kerana mendoakan Acik Mira. Semoga dikembalikan semua buat kalian berganda-ganda oleh Allah.

Okeylah, hujan lebat ni. Acik Mira harap tak banjir ofis ni. hahaha.

Till then,
Much love,
Acik Mira. 

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design