Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
💫Juru bekam💫Penulis & penterjemah💫Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee 💫Kaki Travel (◕‿◕✿)

Sunday, March 11, 2018

Antologi baharu : Puaka Pejabat

Image result for bismillah

Salam hari Ahad buat semua pembaca :D.
Kabare? Wes mangan?
Alhamdulillah bi-iznillah, Acik Mira sihat sejahtera dan baik-baik sahaja. Adalah juga waktunya turun naik itu terjadi, tapi tetap perlu hadapinya juga dan terus bersemangat semula.

Buat apa hujung minggu begini? :D
Minggu ni Acik Mira lebih masanya buat keluarga. Sama-sama doakan kakak ipar Acik Mira dikurniakan kesembuhan yang pantas. Kakak ipar baharu lepas operation dan sekarang ni diberi rehat selama 3 minggu untuk pulih. Semoga yang baik-baik sahaja buatnya sekeluarga, aaminn allahumma aaminn.

Baiklah, kali ini, Acik Mira nak update tentang antologi terbaharu Acik Mira yang dibukukan. Ini yang kedua. Alhamdulillah.



Acik Mira hantar 2 cerpen untuk 2 tema berbeza. Ingat lagi betapa Acik Mira betul-betul fokus untuk siapkan cerpen ni dalam masa 3 hari, dan selama itu Acik Mira tak keluar rumah langsung. Hanya keluar untuk beli makanan sahaja. hahaha. Selebihnya, adik Acik Mira yang selesaikan tugasan rumah.

Masalah Acik Mira apabila karang cerpen adalah, Acik Mira nak letak semua dalam cerita tu. haha. Terlebih-lebih patah perkataannya. Bukanlah bermakna idea banyak, tetapi mengarut je lebih. hahaha.

Tapi, alhamdulillah, satunya diterima dan terjadilah proses penyuntingan dengan tuan editor. Fuhh, memang serammm dan mencabar. haha. Acik Mira terima banyak teguran membangun daripadanya. Acik Mira sedar cerpen tu banyak kurangnya dan style Acik Mira yang suka hasilkan cerita tergantung dalam cerpen. haha. Tuan editor ajar dan terang satu per satu dengan sabarnya. 

1 lagi cerpen Acik Mira akan dikembangkan menjadi novelet, insya-Allah. Acik Mira masih menukang yang itu. Masih lagi...ha ha ha ha =.='

Baiklah, berbalik kepada cerita asal, tajuk Antologi ini adalah : PUAKA PEJABAT. Pertama kali Acik Mira menulis cerita hantu. haha. 


Penulis-penulis kali ini juga hebat-hebat belaka. Mereka jauh berpengalaman daripada Acik Mira dalam bidang ini. Syukur dipertemukan lagi dengan insan-insan istimewa bakatnya ini. Kepada tuan editor, banyak-banyak terima kasih kerana dek teguran itulah Acik Mira dapat meningkatkan skil lagi. Lagi faham macam mana nak hasilkan sesuatu yang lebih menarik penulisannya. Alhamdulillah.

Buat pembaca semua, siri PUAKA ni ada banyak; Puaka Jambatan, Puaka Media Sosial, Puaka Asrama, Puaka Terowong, Puaka Lebuh Raya, Puaka Basikal, Puaka Pejabat, dan Puaka Tasik (dalam proses). Semua ini di bawah terbitan Penerbit X. Menarik kan?

Kepada semua, versi "online" telah ada di website Penerbit X. Bukunya belum lagi keluar. Siap sepenuhnya, Acik Mira akan update lagi, insya-Allah :D


Worait! Tolong doakan ya kawan-kawan! :D Pada yang baca nanti kisah ni, berikanlah komen kalian. Boleh Acik Mira lebih perbaiki diri ini :D. Sayang korang semua! 


😘 

Oh ya, kalau nak lihat-lihat antologi pertama Acik Mira, boleh klik Cerpen Perak dan Reviu Cerpen Perak ini.

Till then, 
Much love,
Acik Mira

😘 

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design