Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
💫Juru bekam💫Penulis & penterjemah💫Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee 💫Kaki Travel (◕‿◕✿)

Tuesday, January 16, 2018

Celoteh Acik Mira 2018

Image result for bismillah

Entri kedua untuk hari ini. 

Kali ini, Acik Mira nak kongsi sesuatu tentang entri Fynn Jamal di Instagramnya. Siapa sahaja yang tak kenal dengan Fynn Jamal ni? Ibundanya Juna. 😘 

Acik Mira follow Fynn Jamal ni sejak Juna masih bayi. Jadi setiap perkembangan Juna dari kecil hinggalah kini, sudah ada Sakti, semuanya Acik Mira tahu. hahaha. Kebanyakan entri Fynn Jamal mempunyai nilai ilmiahnya tersendiri. Selain berkaitan dengan autisme, Acik Mira suka dengan perkongsian Fynn Jamal ke Masjidil Aqsa. Allah. Kalian patut tengok IG dia dan baca perkongsian tersebut. Terasa nak pergi sana juga. Beruntunglah mereka yang telah dipanggil oleh Allah ke sana. Moga satu hari nanti, Allah akan panggil juga diri ini. 

Baik, bukan perihal Masjidil Aqsa yang Acik Mira mahu berceloteh, tetapi workshop penulisan kreatif Fynn Jamal :).



Kali terakhir workshop diadakan pada Ogos 2017 di Bangi. Mega Glory Hall rasanya tempat itu. Acik Mira suka dengan seminar/kursus sebegini. Bukan kerana Acik Mira suka menulis, tetapi Acik Mira suka dengar perkongsian orang lain tentang penulisan mereka, tentang karya mereka dan bagaimana mereka sudah berada sejauh ini. Apa faktornya? Acik Mira memang suka bab-bab begini. Malah, bukan sahaja tentang dunia penulisan, apa-apa sahaja yang melibatkan sharing session, Acik Mira akan sentiasa teruja nak sertai. 

Tahun ini, Fynn Jamal melebarkan sayapnya ke Johor Bahru untuk sesi penulisan kreatif ini.



😁😁

Yurannya RM200 (promosi RM180 - telah tamat), dan untuk pelajar RM150. Acik Mira nak sangat pergi. Pertamanya, nak jumpa Fynn Jamal. Keduanya, nak menuntut ilmu daripadanya. Tapi, belum lagi ada rezeki Acik Mira untuk ini. Acik Mira perlu banyak-banyak bersabar dan berusaha lebih sikit untuk kumpul modal belajar. hahaha.

Dulu, Acik Mira makan gaji, tapi kini tidak lagi. Acik Mira freelancer data, menulis dan berbekam. Tetapi, belum mencukupi lagi untuk Acik Mira hadiri semua ini. Nak beli barang peribadi pun telan air liur je. hahaha. 

Ikutkan hasrat hati ni, semua kursus Acik Mira nak sertai, seperti minggu lepas, perkongsian penulisan skrip TV. Dan, kursus akupuntur (Tahap 1 & Tahap 2) sabtu dan ahad ini. Belum lagi boleh nak sertai.  Tak apa, jangan putus asa!

Jadi, pada pembaca blog Acik Mira ni, jika ada bajet dan rezeki lebih, pergilah tuntut ilmu. Belajarlah selagi boleh. Kita tidak tahu bila kita akan guna ilmu yang kita belajar ni dalam hidup kita. Jadi, marilah sama-sama sertai workshop Fynn Jamal ni. Nanti kongsikan pada Acik Mira pula.. huahahahahahahahahahah.

Entah kenapalah Acik Mira up kan entri ni. Satu lagi pesanan Acik Mira, jangan lupa simpan duit yang ada tu. Allocate kan sedikit portion gaji/elaun/keuntungan yang kita dapat tu untuk hal-hal begini. Jika nak pergi travel tu, Acik Mira sarankan, pergi dahulu umrah. Seriously, waktu Acik Mira kerja dulu, Acik Mira tak simpan pun duit untuk umrah sebab Acik Mira yakin akan ada sahaja waktunya Acik Mira akan mulakan simpanan tu. Yalah, tengah kerja kan, duit gaji bila-bila leh simpan. Tapi, untuk pergi Haji, Acik Mira potong KWSP siap-siap. haha.

Negara last Acik Mira pergi dulu adalah Jepun. Lepas dari tu, abah cakap, pergi umrah dahulu, baharu pergi tempat lain.

Cuba bayangkan, Acik Mira sudah ke Korea, Perth dan Jepun, tapi tidak buat simpanan untuk umrah? hahaha. rasa cam bengong sangat. Dan, menyesal gila T_T. Jika kumpul semua duit travel ke negara-negara tu, lebih dari cukup nak buat umrah.

Siapa tahu apa yang akan berlaku dalam hidup kita, kan? Bila dah jatuh sakit dan tak bekerja, rasa "hampeh" sangat. Dengan komitmen kereta dan bayaran balik biasiswa lagi, rasa cam looser gila. Hahaha. Tapi itu dulu. Dulu. 

Sekarang, insya-Allah, hati ni dah sedikit kuat untuk terus bangun. Perlahan-lahan mula bekerja/bisnes dan kumpul modal semula. Rezeki itu Allah yang punya kan? Jadi kena minta pada DIA. 

Pada adik-adik Acik Mira yang dah mula bekerja, plan sebaiknya kewangan kalian. Jangan lupa doa minta pada Tuhan untuk bantu adik-adik urus duit tu. 

Akhir kata, marilah beramai-ramai kita sertai workshop Fynn Jamal. Tulislah sesuatu yang bermanfaat buat ummah. Semoga sentiasa berada dalam jagaan Allah.

Till then,
Much love,
Acik Mira.

p/s : Jangan tanya lagi dah soalan bila nak kahwin. Ye, 28 tahun dah. Tunggulah kejap. Acik Mira belum stabil banyak benda lagi. Masih jauh lagi jalan ni. Jika nak kahwin tu semata-mata nak seronok-seronok, carilah orang lain. Bila dengan Acik Mira, kena tahan sikit yang Acik Mira ni bukan normal sangat seperti orang lain di luar sana. Acik Mira seorang yang special. Sangat special. Hinggakan, hati ni rasa, akan ada yang tidak boleh terima ke-special-an diri ini. Tapi kalau benar nak kenal, datang Ipoh, jumpa. Kita sembang baik-baik. hahaha. 

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design