Followers

My Wattpad

16 Jan 2018

Celoteh Acik Mira 2018


Entri kedua untuk hari ini. 

Kali ini, Acik Mira nak kongsi sesuatu tentang entri Fynn Jamal di Instagramnya. Siapa sahaja yang tak kenal dengan Fynn Jamal ni? Ibundanya Juna. 😘 

Acik Mira follow Fynn Jamal ni sejak Juna masih bayi. Jadi setiap perkembangan Juna dari kecil hinggalah kini, sudah ada Sakti, semuanya Acik Mira tahu. hahaha. Kebanyakan entri Fynn Jamal mempunyai nilai ilmiahnya tersendiri. Selain berkaitan dengan autisme, Acik Mira suka dengan perkongsian Fynn Jamal ke Masjidil Aqsa. Allah. Kalian patut tengok IG dia dan baca perkongsian tersebut. Terasa nak pergi sana juga. Beruntunglah mereka yang telah dipanggil oleh Allah ke sana. Moga satu hari nanti, Allah akan panggil juga diri ini. 

Baik, bukan perihal Masjidil Aqsa yang Acik Mira mahu berceloteh, tetapi workshop penulisan kreatif Fynn Jamal :).

Karya Iluvislam : Disember 2017 & 2018


Alhamdulillah bi-iznillah. Diberikan kudrat da kesihatan oleh Yang Maha Kuasa untuk meneruskan hidup ini. Selamat tahun baru 2018 buat pembaca dan sahabat-sahabat. 😃

Just a quick update, artikel iLuvislam untuk bulan Disember yang lepas dan bulan ini juga. Acik Mira hantar 5 artikel. And, insya-Allah, akan terus usaha konsistenkan hantaran artikel sebanyak 5 setiap bulan. Doakan ya. :)

Baiklah, berikut merupakan artikel Acik Mira (boleh klik gambar untuk ke laman karya) :
 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design