Followers

My Wattpad

31 May 2018

Kisah pekerja GM


Alhamdulillah bi-iznillah. Marilah kita sentiasa panjatkan kesyukuran kita kepada Allah, Yang Maha Segala.

Hari ni telah seminggu lebih Acik Mira kerja di Manjoi sini. Percayalah cakap Acik Mira, dalam seminggu lepas, Acik Mira memang nak berhenti kerja sangat-sangat. Bukan setakat bebanan kerja sampingan tetapi kebajikan pekerja pun terasa...ya Allah T_T. Haaa gitu.

Tapi, insya-Allah, Acik Mira cuba kuatkan diri Acik Mira dan Acik Mira terinspirasi dari kisah-kisah pekerja Ground Maintenance (GM) syarikat sini. 

26 May 2018

Selamat berpuasa dan bekerja!


Alhamdulillah bi-iznillah, syukur kepada Allah atas nikmat yang masih dikurniakan-Nya hingga kini. Masih dikurniakan kesempatan lagi untuk menaip di sini.

Dan, tidak terlambat juga lagi Acik Mira nak ucapkan SELAMAT BERPUASA buat semua. Semoga Ramadan tahun ini lebih baik dari sebelumnya. Kita pun dah masuk 10 Ramadan hari ini, sekejap je sudah lepas fasa pertama (10 hari) dalam bulan mulia ini.

Masih boleh membuat pecutan lagi ni. Jangan lupa tu. Jangan sia-siakan masa yang ada.

Baik......... apa Acik Mira nak celoteh hari ini ya?

11 Mar 2018

Antologi baharu : Puaka Pejabat


Salam hari Ahad buat semua pembaca :D.
Kabare? Wes mangan?
Alhamdulillah bi-iznillah, Acik Mira sihat sejahtera dan baik-baik sahaja. Adalah juga waktunya turun naik itu terjadi, tapi tetap perlu hadapinya juga dan terus bersemangat semula.

Buat apa hujung minggu begini? :D
Minggu ni Acik Mira lebih masanya buat keluarga. Sama-sama doakan kakak ipar Acik Mira dikurniakan kesembuhan yang pantas. Kakak ipar baharu lepas operation dan sekarang ni diberi rehat selama 3 minggu untuk pulih. Semoga yang baik-baik sahaja buatnya sekeluarga, aaminn allahumma aaminn.

Baiklah, kali ini, Acik Mira nak update tentang antologi terbaharu Acik Mira yang dibukukan. Ini yang kedua. Alhamdulillah.

16 Jan 2018

Celoteh Acik Mira 2018


Entri kedua untuk hari ini. 

Kali ini, Acik Mira nak kongsi sesuatu tentang entri Fynn Jamal di Instagramnya. Siapa sahaja yang tak kenal dengan Fynn Jamal ni? Ibundanya Juna. 😘 

Acik Mira follow Fynn Jamal ni sejak Juna masih bayi. Jadi setiap perkembangan Juna dari kecil hinggalah kini, sudah ada Sakti, semuanya Acik Mira tahu. hahaha. Kebanyakan entri Fynn Jamal mempunyai nilai ilmiahnya tersendiri. Selain berkaitan dengan autisme, Acik Mira suka dengan perkongsian Fynn Jamal ke Masjidil Aqsa. Allah. Kalian patut tengok IG dia dan baca perkongsian tersebut. Terasa nak pergi sana juga. Beruntunglah mereka yang telah dipanggil oleh Allah ke sana. Moga satu hari nanti, Allah akan panggil juga diri ini. 

Baik, bukan perihal Masjidil Aqsa yang Acik Mira mahu berceloteh, tetapi workshop penulisan kreatif Fynn Jamal :).

Karya Iluvislam : Disember 2017 & 2018


Alhamdulillah bi-iznillah. Diberikan kudrat da kesihatan oleh Yang Maha Kuasa untuk meneruskan hidup ini. Selamat tahun baru 2018 buat pembaca dan sahabat-sahabat. 😃

Just a quick update, artikel iLuvislam untuk bulan Disember yang lepas dan bulan ini juga. Acik Mira hantar 5 artikel. And, insya-Allah, akan terus usaha konsistenkan hantaran artikel sebanyak 5 setiap bulan. Doakan ya. :)

Baiklah, berikut merupakan artikel Acik Mira (boleh klik gambar untuk ke laman karya) :
 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design