Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
💫Juru bekam💫Penulis & penterjemah💫Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee 💫Kaki Travel (◕‿◕✿)

Monday, November 20, 2017

Karya Acik Mira di iLuvislam

Image result for bismillah

Assalamualaikum wbt. 
Kabare? Wes makan? ( ͡° ͜ʖ ͡°)
Sekali sekala speaking Jowo menarik juga, kan? Nama sahaja keturunan Jowo, tetapi nak cakap, ke laut China Selatan. Pagi ini Acik Mira nak update tentang karya-karya yang telah Acik Mira hantar ke iLuvislam. 

Image result for iluvislam



Dalam entri yang lepas, ada Acik Mira beritahu yang Acik Mira merupakan salah seorang penulis tetap iLuvislam. Malunya la nak mengaku sebagai penulis, rasa kerdilnya dibandingkan dengan sahabat-sahabat penulis lain. Pengalaman Acik Mira ciput sangat.

Acik Mira suka menulis berdasarkan pengalaman Acik Mira sendiri, diolah sedikit sebelum dijadikan karya. Tapi bila sudah datang penyakit 'M', memang tak boleh nak buat apa. Itu belum lagi menyalahkan 'writer's block' yang hadir. 

Penulis buku 'A writer's journey' oleh Gina Yap Lai Yoong maklumkan, tidak ada langsung istilah writer's block dalam diri seorang penulis. Sebagai seorang penulis, semua perkara boleh dijadikan bahan dan isu writer's block itu tidak wujud. Yang ada hanyalah malas. Haaa, ambil kau! Sentap nok! ⊂(◉‿◉)つ

Walaupun karya Acik Mira macam =.=', tapi, Acik Mira benar harap setiap karya yang dihasilkan mampu memberikan manfaat buat pembaca, kerana inilah saham akhirat Acik Mira. Seperti yang dinukilkan oleh Saidina Ali r.a :


Terima kasih juga buat semua pembaca dan sahabat-sahabat penulis yang banyak memberikan dorongan dan tunjuk ajar. Juga pihak iLuvislam sendiri yang menyediakan ruang untuk kami-kami penulis ini berkarya. Baiklah, mari Acik Mira kongsikan semua karya yang telah disiarkan oleh pihak iLuvislam (yang terkini dan terkemudian). Boleh klik gambar untuk ke laman karyanya. 

1. Suka membesarkan keburukan sehingga terlupa segala kebaikannya (November 2017)
    Kisah yang diinspirasikan oleh adik Acik Mira. Dia suka randomly cakap tentang soal kehidupan ni. Tiba-tiba, ada sahaja idea yang datang daripadanya. Hahaha.


2. Dua 'S' (Oktober 2017)
    Kisah ini pula adalah kisah benar yang dialami oleh sahabat Acik Mira sendiri. :)

3. Jaga hak Allah, Allah akan jaga kita (Oktober 2017)
    Cerpen ini rantaian kisah Nur Inas dan rakan-rakan. Jika yang mengikuti karya Acik Mira, Acik Mira suka guna nama Inas, Amani, dan Saif. Mereka ini adalah watak kawan imaginari Acik Mira dalam bercerpen. haha. Seram tak dengar? haha. ✌(-‿-)✌ . Insya-Allah, satu hari nanti, semua kisah Inas ini, Acik Mira bukukan. Gituh! Kisah Inas dan rakan-rakan ini ada juga dipetik daripada pengalaman peribadi :)

4. Optimis saja! Jangan gentar untuk ukir impian (Oktober 2017)
    Artikel ini juga diinspirasikan oleh adik. Dia kemurungan beberapa hari. haha. Matilanak kalau dia baca entri kali ini. Maaf dik. Gurau sahaja. Optimis saja kawan-kawan, insya-Allah, akan rasa aura yang hebat!

5. Kau dan aku, jangan patah harapan (September 2017)
    Acik Mira suka artikel yang ini. Sendiri olah, sendiri suka. haha. Betapa kita perlu sentiasa jangan salah faham dengan Allah. Teruskan usaha menggapai keampunannya. 

6. Kita tidak tahu apa yang mereka telah lalui (September 2017)
    Sekali lagi Acik Mira menampilkan Inas. Kebanyakan kita melalui apa yang Inas lalui ini, termasuk Acik Mira sekali. Sebab tertekan, Acik Mira menulis karya ini. Hahaha. (•‾̑⌣‾̑•). Hormati orang lain, insya-Allah, Allah akan hadirkan mereka yang sentiasa hormat diri kita.

7. Teruskan, Aku ada (Ogos 2017)
    Sesusah dan sesukar mana pun keperitan yang kita hadapi, jangan pernah kita lupa, kita ada Allah. Kita sememangnya tidak punya apa-apa, tetapi dengan Allah, kita punyai segala.

8. Macam biasa ya, Az. Berikan.. (Februari 2017)
   Cerita pendek ini Acik Mira karang dan hantar sempena pertandingan penulisan islamik 1.0 anjuran iLuvislam. Acik Mira hantar 3 karya. Ini juga merupakan kisah benar yang dilalui oleh seorang sahabat Acik Mira. Melihat sisi hidupnya, banyak memberi impak dalam diri Acik Mira. Jadi, Acik Mira kongsikan semoga kita semua beroleh kebaikan daripadanya.

9. Kunci Tiga Pagar (Februari 2017)
   Ini karya kedua bagi pertandingan yang disebutkan tadi. Cerpen ini Acik Mira mula tulis ketika kelas '500 Patah Perkataan' anjuran Cik Puan Rahmah Mokhtar di FB. Suruh tulis 500 patah perkataan, Acik Mira bedal lebih. Dan cerpen ini juga telah disemak oleh beliau. Komen yang positif Acik Mira terima daripadanya yang menyebabkan Acik Mira makin semangat mahu menulis dan belajar. Lebih-lebih lagi, daripada orang-orang yang hebat.

Kisah benar ke Acik Mira? Rasa-rasa? hehehe. Biarlah rahsia untuk cerpen ini {´◕ ◡ ◕`}

10. Kerana sehelai kertas (Februari 2017)
   Perkongsian artikel ini juga digarap daripada kisah benar. haha. Kisah siapa? Acik Mira sendiri. Jika tak silap, sewaktu tahun akhir belajar dulu. Acik Mira pegang satu jawatan dan diuji kertas itu hilang dalam jagaan Acik Mira. Meroyanlah kejap. Tapi, Allah itu Maha Hebat, Allah temukan semula kertas itu. Dari situ, Acik Mira belajar sesuatu yang hingga ke hari ini, diaplikasikan dalam kehidupan. Semoga terus istiqomah, aaminn.

Itulah dia. Semoga benar ada manfaat buat semua. Sebarang soalan/pertanyaan serta komen sangatlah dialu-alukan. Nanti ada lagi Acik Mira pinkan di sisi tepi blog ini, Insya-Allah :)

Serta, doakan juga ya, dua cerpen puaka yang sedang Acik Mira usahakan.

Till then
Much love
ヽ(⌐■_■)ノ♪♬ヽ(⌐■_■)ノ♪♬ 

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design