Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Friday, October 06, 2017

Mungkin bukan yang terbaik


Alhamdulillah bi-iznillah, terima kasih atas segala nikmat yang telah KAU kurniakan pada diri ini. Apa khabar sahabat-sahabat Acik Mira?

Pagi tadi dalam 3 pagi, Acik Mira saja-saja buka dan baca e-mel. Kebelakangan ni Acik Mira rasa nak buka je e-mel baca tapi tak ada e-mel pun. Kosong. Namun begitu, tetap nak buka dan scroll atas bawah.

Sampailah terdetik di hati Acik Mira, nak tengok folder spam dalam e-mel ni. Saja nak tengok e-mel apa yang ada. hahaha. Berbulan tak pernah buka folder tu.

Bila buka je...... Acik Mira terkedu. Tak tahu nak rasa apa waktu tu. Nak terkejut pun tak juga, nak menjerti atau nangis pun tak juga. Satu rasa yang Acik Mira ada adalah perasaan kosong aje.




E-mel ni dihantar pada 29 September 2017. Acik Mira dipanggil untuk sesi ujian bertulis. Ujian tu berlangsung pada 4 Oktober 2017. 

Ya, 4 OKTOBER 2017 (RABU). Acik Mira baca e-mel pada 6 OKTOBER 2017. Dah terlepas dua hari. Acik Mira diam je pagi tadi, tiba-tiba mengalirlah juga air mata ni dalam gelap bilik.

Acik Mira manusia biasa juga, punyai rasa sedih. Acik Mira bangun dari baring dan terus mandi pagi tu. Lepas mandi, solat seperti biasa.

Uwaaaaa T_T. Acik Mira sedih T_T. Mungkin Allah nak beritahu Acik Mira bahawa ada yang lebih baik lagi tu. Dan rajin-rajin tengok folder spam juga.

Sahabat-sahabat, jangan jadi seperti Acik Mira ya :')

Uwaaaa. Acik Mira masih sedih sedikit. T____T

Okey, bai.

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design