Followers

My Wattpad

5 Sep 2017

List to update


Alhamdulillah bi-iznillah, syukur ke hadrat-Nya kerana masih diberi peluang untuk menaip di sini. Wah, sibuk sungguh sehingga lupa nak update di laman ni. 

Masih lagi belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam. Semoga ibadah korban kita (bagi yang melakukan korban) diterima oleh Allah. Tahun ni Acik Mira tidak berkesempatan nak membuat korban, rezeki belum ada lagi. Insya-Allah semoga Allah permudahkan segala niat ini. 

Baik, untuk entri kali ini, Acik Mira nak senaraikan sahaja segala agenda yang Acik Mira telah lalui sebulan dua ini. Selesai senaraikan, barulah Acik Mira boleh tenang-tenang menaip untuk disimpan di sini.


Untuk aktiviti kembara ilmu, Acik Mira telah sertai:
1. Kursus Penterjemahan Am (Intensif) anjuran Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM). 
    Acik Mira suka menetap di ITBM sepanjang kursus. Dengan ini, Acik Mira sudah boleh                     menterjemah secara rasmi. Kursus ini dijalankan pada 17 Julai - 28 Julai 2017.

2. Latihan (Training) dan kelas Takaful Ikhlas (3 Ogos - 5 Ogos 2017)
    Buat pengetahuan semua, Acik Mira menjadi perunding Takaful Ikhlas. Jadi, selepas ini, sesiapa         nak berbincang tentang Takaful, bolehlah hubungi Acik Mira :)

3. Ujian TBE (Takaful)
    Selepas selesai menjalani kelas dan latihan, Acik Mira kena hadapi ujiannya pula. Alhamdulillah         Acik Mira lulus sekali percubaan. Yeay! Alhamdulillah! Tak perlu ulang semula ujian!

4. Penulis iLuvislam
   Acik Mira sudah menjadi penulis tetap iLuvislam. Daoakan juga agar dapat memikul amanat dan        tanggungjawab yang telah diberikan ni. Semoga ada manfaatnya artikel/cerpen yang disiarkan.

5. Pertemuan dengan orang kuat Fufu Terbit 
    Pertama kali bersua dengan mereka yang telah menghidupkan cerpen Rahsia dalam Rahsia bagi          Antologi Cerpen Negeri. Rasa teruja sungguh. haha. Poyo tak? Tapi sungguh, sangat teruja nak           berjumpa mereka. Orang hebatlah katakan. Kena sedut aura mereka! :D

Untuk aktiviti harian:
1. Terapi Bekam Cahaya Fityah
    Dengan rasminya, Acik Mira sudah terjun dalam dunia bekam ini. Cahaya Fityah tu ialah nama           perniagaan Acik Mira. Perkhidmatan yang dijalankan buat masa ini; bekam dan urutan. Acik Mira     dalam usaha nak belajar akupuntur pula. Doakan tau :)

2. Tuntutan bayaran semula biasiswa
     Perkara yang digeruni bila berhenti kerja dengan TM sudah hadir dalam hidup Acik Mira.                    Kemurungan hampir seminggu juga ni. hahaha. Baru nak pulih dari sakit lama, sudah murung pula    jadinya. Tapi tak apa, semuanya Allah akan permudahkan. Doakan juga ya supaya Acik Mira kental     dan dapat bayar komitmen yang ada.

Untuk segmen review buku:
1. Pelukis Jalanan - Teme Abdullah
2. Arkitek Jalanan - Teme Abdullah
3. Suami Dajjal - Aiman Banna
4. A writer's Journey -  Gina Yap Lai Yoong (beli di ITBM)
5. Kumpulan Cerpen GPS - Salina Ibrahim (beli di ITBM)

Haaa, nampak tak betapa banyaknya senarai tu kan? Insya-Allah, Acik Mira update perlahan-lahan. Saja nak kongsi, mana tahu ada yang berguna nanti. 

😆😆😆😆

Rasanya cukuplah setakat ini. Nanti Acik Mira akan sambung kembali. Jazakamulullah khairon kasiro yang membaca dan memberi sokongan dorongan. :) Allah sahaja yang mampu membalasnya. Ada masa kita jumpa lagi.

Till then
Much love,
Acik Mira.
😘😘😘


0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design