Monday, June 05, 2017

Review Buku : Antologi Cerpen Negeri Perak

Image result for bismillah

Alhamdulillah bi-iznillah. Sudah masuknya bulan Ramadhan. Masyaallah tabarakallah. Indah betul berada di bulan yang mulia ni. Terasa sangat pantas masa berlalu. hurm.. hurm..

Semoga segala puasa, amal serta solat kita diterimaNya. Baik, malam ni, Acik Mira nak update ringkas sahaja tentang sebuah buku yang telah habis dibaca. Okey, janji ringkas (ringkas versi Acik Mira...hehe πŸ™Š) 

Terlebih dahulu, terima kasih buat barisan penulis dalam buku ini, kerana telah memberikan komen/review mereka tentang cerpen Acik Mira. Baru nak merangkak menulis ni. Banyak betul nak kena belajar. Juga terima kasih buat mereka yang telah beli dan support Acik Mira serta memberi komennya juga. Ada juga yang minta untuk dijadikan novel cerpen 'Rahsia dalam Rahsia' ini.

Haaa... buat yang belum tahu, cerpen Acik Mira dalam Antologi ni berjudul 'Rahsia dalam Rahsia'. Kisah ini merupakan satu kisah misteri masyarakat negeri Perak (ada yang kata kisah ni betul ooOooo.. bukan mitos). Tapi kalau orang Perak tak tahu tentang kisah ni, bukan Perak le tu. hahaha. Acik Mira ubah story-line dan jadikannya serba sedikit Melayu Lama. haha. Utamanya di sini adalah Acik Mira ingin menyatakan maksudnya 'Rahsia dalam Rahsia' itu sendiri. Bagaimana dalam diri kita ni sebenarnya ada sesuatu rahsia yang kita sendiri tidak tahu. Jadi, dalam mencari tu, perlu dan wajarnya memohon pada Allah. Dalam erti kata ringkasnya, "SIAPA AKU DALAM AKU?" 

Baiklah berbalik pada tajuk asal, Acik Mira nak review sebenarnya karya-karya penulis lain dalam buku ini. Rasa tak layak pun nak review sebab yang lain semuanya hebat-hebat. Tapi kita review jugalah, barulah syiookkk. πŸ™ŠπŸ™ŠπŸ™ŠπŸ™ŠπŸ™ŠπŸ™ŠπŸ™Š




1. Indahnya Kuale oleh Ainaa Basirah
Cerpen ini mengisahkan keindahan dan sejarah Kuala Kangsar. Baca kisah ini membuatkan Acik Mira terimbau saat-saat buat projek kerja sekolah/universiti dulu. Terasa ooOOo.. rasa macam Acik Mira yang kena buat projek ni. Hahaha. Acik Mira pun kampung di Kuale, tapi tidaklah dapat menulis/bercerita terperinci seperti dalam cerpen ini tentang Kuala Kangsar. Sejarah Sultannya, istananya, dan tempat-tempat menarik di Kuale. Kuale kecik je kome, tapi penulis ni berjaya kembangkan dan seakan sudah cover satu Kuale. Paling best dalam cerpen ni, loghat Perak tu memang pure. Suke awok baca. haha. Benar kata penulis yang lain, nak bawa cerpen ni ke Kementerian Pelancongan, silakan, awok setuju sangat-sangat. πŸ‘πŸ‘

2. Berdagang di Bumi Tempoyak oleh Farah Yahyuddin
Cerpen ini unik sedikit dan boleh juga buat pening. hahaha. Yang menariknya cerpen ini adalah bagaimana penulis membawa kisah seorang lelaki asing berhijrah ke Negeri Perak dikaitkan sekali dengan kisah nusantara 'Bota'. Awok pun tak tahu apa di sebalik 'Bota' tu weyh. haha. Lawak weyhh mula-mula tu. haha. Pandai penulis berjenaka. Mesej yang baik dalam cerpen ini adalah kaji dahulu sesuatu berita sama ada sahih atau tidak, serta sudah-sudahlah membuat kerosakan dengan berhasad dengki dengan orang lain ini. Tapi, itulah realiti sebenarnya dalam kehidupan kita seharian kan? Siapa yang baca mesti faham apa yang cuba Acik Mira sampaikan. Cumanya, still impress dengan kisah 'Bota' tu. πŸ˜ŠπŸ˜Š

3. Tak Kenal Maka Tak Cinta oleh Shaza Baharudin
Jika tadi sejarahnya Kuale kan? Kali ni hampir menyeluruh sejarahnya adat Negeri Perak. Paling best dalam kisah ni adalah kisah pertabalan Sultan dan juga hantaran perkahwinan. πŸ’πŸ’ Best oOoo. Ilmu baru buat Acik Mira juga sebenarnya. Kisah pertabalan Sultan tu, ibu Acik Mira ada kabo sebelum ni, tapi rasa cam 'eh, betul ke?'. Tapi bila baca cerpen ni, barulah rasa lebih yakin dengan cerita ibu. Hahaha. Acik Mira suka cerita mistik adat macam ni. Jadi, tahniah penulis, Acik Mira suka! :). Banyak kali terkeluarnya "Eh.. betul ke?", "Ada eh adat gini". Haa nampak sangat macam Acik Mira ni Perak celup. haha πŸ˜±πŸ˜±

4. Hadiah oleh Rann
Cerpen ni paling santai. Gaya bahasa memang santai habis. Acik Mira banyak gelak weyh baca cerpen ni. Tidak lupa juga cara penyampaian tentang Felcra Changkat Lada pun terbaik sebenarnya. Terasa macam Acik Mira pun duduk kat sana. Best ooOo. Jangan terkejut dengan pengakhiran cerita ni.  haha. Rasa nak minta penulis ni tolonglah buat sambungan! Geram pula bila baca habis gitu je! haha. Walaupun gaya bahasa yang santai ni ada sesetengah tak berapa nak suka, tapi untuk generasi muda, Acik Mira rasa tak rugilah baca. Tahniah penulis. Acik Mira suka dan terbahak-bahak baca. haha Dan awok pun suka dengan loghat yang diketengahkan dalam cerpen ini.

5. Impian Istiqamah oleh Fajar Islam
Pernah rasa kecewa dan putus asa apabila orang memperlekehkan kita? Cerpen ni mengupaskan bagaimana Istiqamah melalui hidupnya dari bawah hingga berjaya. Dan bagaimana dia sendiri membuat liputan tentang negerinya, semestinya Perak lah kan. Penulis memperkenalkan banyak tempat dalam cerpen ni, dah ghope tourist guide dah bila bacanya, sebagai contoh pengenalan adat dan budaya Negeri Perak (tarian, alatan muzik, dan pakaian), serta tak lupa juga Perak Man. Itu pun ada sekali. Memang sarat dengan maklumat dalam cerpen ni :). Tak rugi baca. Acik Mira tak boleh nak fokus seperti penulis ni fokus. Kalau Acik Mira tulis versi yang sama, rasanya ke laut lah cerpen tu. haha. Bukan kepakaran Acik Mira lagi.πŸ™ŠπŸ™Š

6. Larut oleh Ady
Bila baca tajuk ni, terlintas kat Acik Mira adalah Bukit Larut. Aje betoi weyhh. haha. Menariknya cerpen ni semestinya kisah mistik Bukit Larut yang Acik Mira pun terkebil-kebil juga, betul ke? Haha. Kan dah beritahu, Acik Mira suka kisah-kisah mitos/mistik ni semua. Ada diceritakan sejarahnya sekali. Nak tahu? Silalah baca. Sekali lagi, ilmu baru untuk Acik Mira tentang Bukit Larut. hehe πŸ™Š

7. Erti Terima Kasih oleh Amirah Fahim
Pada siapa yang hatinya tak berapa kental dan mudah terusik, dinasihatkan baca cerpen ni akhir sekali. Sedih weyhh cerpen ni T_T. Acik Mira memang cepat terusik orangnya. Acik Mira menangis kot baca. Uwaaaa kenapa terjadi macam tu kat watak utama T_T. Kalau Acik Mira berada di tempatnya, Acik Mira tak kuat nak teruskan hidup ni. Memang akan berlarutanlah dukanya. Allah. Hebat penulis ni sebab telah berjaya buat Acik Mira menangis. Tentang negeri Perak? Eh.. ada, cerpen ni ada mengisahkan daerah Bagan Dato. Banyak info yang diberikan. Tak rugi baca, dan sila sediakan tisu T_T.

8. Ya Abu Bakar Nasiddiq oleh Ismie Puadovich
Cerpen ni pun unik. Serius unik. haha. Baca tajuk pun dah unik. Ingatkan nama watak, cari tak jumpa Abu Bakarnya.. haha.πŸ™ˆ Acik Mira yang tak tahu apa-apa tentang rebana, bila baca cerpen ni rasa minat pula dengan rebana. Acik Mira ada gitar je kat rumah. Jadi darah sukakan alat muzik tu ada mengalir. haha. poyo. Cerpen ni sarat dengan sejarah dan info tentang rebana, pakej liriknya sekali. Hebat tak hebat? πŸ™Š Terasa macam nak menyanyi sekali bila baca lirik. Okey, gaya bahasa untuk cerpen ni, Acik Mira bagi 4 thumbs up, sebab sangat best baca gaya penulisannya. Nak berguru boleh? hahaha. Dan pengakhiran cerita pun alaaaa manissss sangat. hehe πŸ™Š. Harapan Acik Mira moga adalah generasi muda yang masih mahu berkecimpung dalam dunia rebana ini. Rasa sayang pula kalau hilang macam tu sahaja warisan ini. Tung-tang-tunggg.

9. Di Bawah Menara Condong oleh Muhamad Fazrin
Orait, bila Acik Mira baca cerpen ni, Acik Mira teringat waktu Acik Mira sertai geng Cerpen Indie dulu. Jalan cerita untuk cerpen ni memang sains fiksyen betul. Dahsyat! Tapi mungkin sedikit keliru namun masih sedap dan enak dibaca. Disebabkan Acik Mira pernah menulis genre seperti ini, jadi, tidaklah terasa terkejut sangat dengan jalan ceritanya. Unik juga weyh. Cuba bayangkan sekiranya perkara yang dalam cerpen ini terjadi betul-betul di tengah bandar Teluk Intan tu, tak ke naya? hahaa. Scary weyh. Lagi best jika penulis boleh buat sambungan bagi cerpen ni. Ewaahhh. Baru boleh nampak jalan cerita dengan lebih jelas. Unsur suspen dah ada. Unsur lawak pun dah ada. Kalau kembangkan cerpen ni, memang best kot. Acik Mira nak tahu sangat tentang virus tu. Perghh, unsur thriller pun boleh ada ni. Mantop. Loghat Peraknya pun sedap aje. Acik Mira baca bukan guna suara hati tau, guna kotak suara ni hah, terasa dekatnya kat kampung sendiri loghat ni. Tahniah penulis. Sila kembangkan cerita pliss.. πŸ˜ŒπŸ˜Œ

Acik Mira harap Acik Mira review seringkasnya. haha. Nak tahu lagi kenalah baca. :). Acik Mira baca ni pun bukan nak review semata, tetapi nak belajar corak penulisan setiap penulis ni. Setiap deme ada kelebihan tersendiri. Di samping dapat tambahkan kosa kata, Acik Mira dapat belajar gaya bahasa/penulisan yang digunakan. Dengan membaca sahaja, banyak perkara boleh belajar. Kalau belajar berdepan, jangan cakaplah, lagi banyak boleh tahu. :)

Cukuplah rasanya untuk entri kali ni. Acik Mira rajin nanti, Acik Mira update blog ni lagi. Terima kasih semua.

Jujur menaip,
Acik Mira 
😌😍

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law