Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
💫Juru bekam💫Penulis & penterjemah💫Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee 💫Kaki Travel (◕‿◕✿)

Monday, June 05, 2017

Review Buku : Antologi Cerpen Negeri Perak


Alhamdulillah bi-iznillah. Sudah masuknya bulan Ramadhan. Masyaallah tabarakallah. Indah betul berada di bulan yang mulia ni. Terasa sangat pantas masa berlalu. hurm.. hurm..

Semoga segala puasa, amal serta solat kita diterimaNya. Baik, malam ni, Acik Mira nak update ringkas sahaja tentang sebuah buku yang telah habis dibaca. Okey, janji ringkas (ringkas versi Acik Mira...hehe 🙊) 

Terlebih dahulu, terima kasih buat barisan penulis dalam buku ini, kerana telah memberikan komen/review mereka tentang cerpen Acik Mira. Baru nak merangkak menulis ni. Banyak betul nak kena belajar. Juga terima kasih buat mereka yang telah beli dan support Acik Mira serta memberi komennya juga. Ada juga yang minta untuk dijadikan novel cerpen 'Rahsia dalam Rahsia' ini.

Haaa... buat yang belum tahu, cerpen Acik Mira dalam Antologi ni berjudul 'Rahsia dalam Rahsia'. Kisah ini merupakan satu kisah misteri masyarakat negeri Perak (ada yang kata kisah ni betul ooOooo.. bukan mitos). Tapi kalau orang Perak tak tahu tentang kisah ni, bukan Perak le tu. hahaha. Acik Mira ubah story-line dan jadikannya serba sedikit Melayu Lama. haha. Utamanya di sini adalah Acik Mira ingin menyatakan maksudnya 'Rahsia dalam Rahsia' itu sendiri. Bagaimana dalam diri kita ni sebenarnya ada sesuatu rahsia yang kita sendiri tidak tahu. Jadi, dalam mencari tu, perlu dan wajarnya memohon pada Allah. Dalam erti kata ringkasnya, "SIAPA AKU DALAM AKU?" 

Baiklah berbalik pada tajuk asal, Acik Mira nak review sebenarnya karya-karya penulis lain dalam buku ini. Rasa tak layak pun nak review sebab yang lain semuanya hebat-hebat. Tapi kita review jugalah, barulah syiookkk. 🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊


 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design