Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
💫Juru bekam💫Penulis & penterjemah💫Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee 💫Kaki Travel (◕‿◕✿)

Thursday, May 11, 2017

Review Buku : Budak Kelas Belakang (Kaizan Nazlan)

Image result for bismillah

Alhamdulillah, bi-iznillah. Syukur ke hadratNya kerna masih diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk meneruskan hidup ini. Sahabat-sahabat apa khabar? Semoga semuanya berada dalam keadaan terbaik dan sentiasa dalam jagaanNya, 

😻😻😻

Petang yang nyaman ini, Acik Mira mahu update sesuatu tentang sebuah buku yang telah Acik Mira baca kelmarin. Amazing nya, Acik Mira boleh habiskan baca tidak sampai 3 jam pembacaan. Acik Mira ni kalau nak mula baca tu memang liat, tapi kalau isi bukunya menarik, insyaallah, tak akan berganjak selagi tak habis. 

Buku apa tu? Haaaaa... inilah bukunya :


Budak Kelas Belakang
Langkahnya Panjang
oleh : Kaizan Nazlan
#budakkelasbelakang


Kenapa tiba-tiba Acik Mira nak buat review? Pertamanya kerana Acik Mira sudah lama tak buat review buku, asyik review wayang saja. Keduanya, Acik Mira mahu abadikan karya sahabat Acik Mira ni dalam blog peribadi (walaupun kadang-kadang seperti berkurun tidak update apa-apa blog ni). Ketiganya, Acik Mira mahu berkongsi kebaikan isi buku ini pada yang lain dan kemudiannya boleh beli serta baca sendiri. Bak kata orang, alami sendiri auranya. hahaha. Gituhhh.

Penulis buku ini namanya Kaizan Nazlan, merupakan salah seorang sahabat FB Acik Mira. Di belakang buku ni, ada gambar penulisnya. Yang buat Acik Mira nak sangat beli buku ini sebab tajuk buku ni macam gempak bila baca. Uishhh...lain macam tajuk. Haaaa, itulah sebabnya tajuk buku memainkan peranan yang sangat penting bagi sesebuah buku.  Ya, Acik Mira juga ada beli buku pertama Tuan Kaizan ni, pun Acik Mira nak sangat beli sebab tajuknya "Travelog Usahawan Muda : Kuasai Aliran Wang Tunai". Nak-nak pula waktu tu Acik Mira tengah down, berada "di bawah". Bila baca tajuk buku, terus macam, eh, nak belilah! hahaha

👸 👸 👸 

Bila dah beli dan baca, rasa tak rugilah, sebab isinya sangat bagus, Buku ini, ada banyak cerita-cerita  motivasi yang Acik Mira sangat "wooow, tak pernah pun tahu cerita ni". Contohnya eksperimen kepalan nasi yang dilakukan oleh guru serta murid-muridnya. Ya, Acik Mira ada terbaca sebelum ini tentang eksperimen Dr Masaru berkenaan "Water Crystal", tapi eksperimen kepalan nasi tu lagi membuka mata Acik Mira. Rasa macam.... power sungguh kata-kata yang kita ucapkan ini. Bak kata Tuan Kaizan dalam bukunya ini, "Kata-kata itu boleh membina dan boleh meruntuhkan sesuatu. Berkata-katalah dengan berhati-hati"

Penulis ingin mengenegahkan kehidupan dirinya yang menjadi antara budak kelas belakang. Bagaimana dari kelas belakang, beliau bangun dan bina hidup yang baru. Dalam buku yang pertama, Acik Mira ada terbaca kisah penulis yang berniaga di gerai kecil menjual buah-buahan, tetapi tidak menyangka penulis menghadapi krisis hidup yang sangat mencabar. Bila baca buku ni, ya, Acik Mira setuju dengan tulisannya mengenai persepsi sekolah, cikgu dan yang lain tentang budak kelas belakang serta budak kelas depan. Acik Mira akui, ada juga yang beri layanan yang sangat berbeza. Sangat berbeza, seperti pilih kasih. Ya, Acik Mira sendiri lalui benda tu bila bersembang-sembang dengan rakan kelas yang lain. Siap mereka cakap, "Budak pandai kelas depan tu, cikgu selalu buat kem, kelaslah, apalah. Kami ni tak ada apa pun yang nak dibuat. Macam tidak adil pula."

Dan sekali lagi Acik Mira terkejut dengan kisah pertukaran tidak sengaja nama pelajar dalam buku ini. Seriously, boleh jadi sampai tahap begitu bila kita membandingkan manusia ini. Nak tahu apa jadi? Kena bacalah. Mesti kalian juga terkejut sama seperti mana Acik Mira terkejut.

Kisah arwah Ustazah Siti Mariam dalam buku ini amat menyentuh jiwa Acik Mira. Teringat pada arwah mak Acik Mira, yang merupakan seorang guru. Semua orang boleh jadi guru, tetapi tidak semua boleh benar-benar mengajar serta membentuk jiwa anak muridnya. Bagi Acik Mira, itulah definisi guru sebenar. Mengajar dengan sebenar-benarnya mengajar. Dan, alhamdulillah, Acik Mira dipertemukan dengan cikgu-cikgu sepertinya arwah Ustazah Siti Mariam ini sepanjang Acik Mira menuntut ilmu. Rindunya cikgu-cikgu dan pensyarah! T_T. Serius rindu mereka! 

😢😢😢😢


Tuan Kaizan ni bukan sahaja aktif menulis, tetapi beliau aktif dengan charity work. Acik Mira tabik spring dengan Tuan Kaizan. Dia menggunakan kudrat kurniaan Allah untuk menyumbang semula kepada masyarakat yang memerlukan. Semoga Allah membalasi segalanya kebaikan Tuan Kaizan dan team. Teringat juga salah satu kisah yang diselitkan dalam buku ini, perihal Jutawan yang ada di muka bumi ini. Meskipun bergelar jutawan, tetapi hatinya rendah dan tidak membongkak. Allah. Zuuppppp, diceritakan juga kisah saidina Uthman yang dermawan tetapi sangat sangat zuhud menyerahkan hartanya di jalan Allah. Allah.... nampak tak? Cerita dan kisah pengalaman hidup dalam buku ini saling berkait, disusun cantik dan ada kalanya sangat menusuk jiwa. 

Kita tak tahu apa yang dihadapi oleh seseorang itu, jadi, kawallah diri kita dari berkata atau berbuat sesuatu yang akan menyakitkan hati mereka. Mungkin ada di antara mereka yang benar-benar struggle untuk bangun dari jatuh. Jangan kerna kata-kata kita, mereka terus jatuh. 

Kepada Tuan Kaizan, tahniah Acik Mira ucapkan atas kelahiran buku kedua ini. Semoga aset ini dapat memberi manfaat kepada jutaan pembaca yang lain serta menjadi saham di akhirat nanti. :)
Acik Mira tak nyesal beli sebab buku ni best bagi Acik Mira, sama sepertinya buku sebelum ini. :)

Cumaaaaa..... boleh diperbaiki lagi cara penghantarannya kot. Sebab buku dah terpeleeot (maafkan perkataan Acik Mira ini) macam dilipat dua T_T. Udah tidak cantik bukunya. Uwaaaaa. Itu sahaja yang Acik Mira mahu komen. Selainnya, setakat ini sangat baik buat Acik Mira.


Review ringkas buku pertamanya. Ya, Acik Mira lebih suka review di Ig dan juga FB, padanlah blog berhabuk. hahaha.

Dan, Acik Mira menantikan buku ketiga pula. Apa pula coretan motivasinya kali ini? hehe..

Till then,
Much love,
Acik Mira
😘 😘 😘 

2 comments:

Hasrul Hassan said...

Best buku ni, saya ada, dan dah baca. Banyak kisah dalam buku ni ada kena mengena dengan diri saya sendiri.

cahayanurish said...

Masyaallah tabarakallah.

Bagi saya, buku ini sangat menarik. Santai tetapi sarat dengan maklumat, bukan tulis kosong. Adakah Tuan Hasrul mengenali Tuan Kaizan? Bolehlah nanti berceloteh dengannya. Dua-dua orang yang hebat ni, masyaallah.

Akan saya khabarkan pada Tuan Kaizan, dan sebagai salah seorang kenalannya, saya ucapkan tahniah dan terima kasih kerana telah membaca buku tersebut. :). Semoga terus sukses buat Tuan Hasrul.

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design