Monday, May 01, 2017

cahayanurish : Antologi Cerpen Negeri Perak

Image result for bismillah

Alhamdulillah bi-iznillah, masih diberikan kekuatan oleh Allah untuk menikmati kehidupan ini. Syukur. Lama juga ya, sudah tidak update blog ini. Ya, lama, haha. Ada sahaja halangan, dan yang paling utamanya halangan tersebut adalah MALAS. T_T.

Acik Mira baru sahaja pulang dari Kuala Lumpur. Ada urusan kenduri pada hari Sabtu yang lepas, kemudian ada program (sebab dah alang-alang di sana) pada hari Ahadnya. Hari ni baru balik. Alhamdulillah juga tidak menghadapi kesesakan lalu lintas sebabnya dari Utara nak ke Selatan, kereta berlambak okey. Hahaha. Syukur benar.


Disebabkan Allah kurniakan Acik Mira tenaga dan semangat yang lebih sedikit petang ni, kita update tentang Antologi Cerpen Negeri Perak. Apa yang menarik benda ni? Ingat tak Acik Mira pernah update blog ni tentang Pencarian Cerpen? Haaaaaaa, cerpen Acik Mira tu sudah terpilih dan dibukukan dalam buku Antologi Cerpen Negeri Perak 
😍😍😍
Alhamdulillah bi-iznillah, syukur sangat pada Allah. Acik Mira bukanlah hebat sangat, tapi syukur sangat sebab terpilih. Buku ini mengumpulkan 10 penulis dengan karya tersendiri berkenaan negeri Perak. Kalau nak tahu, penulis-penulis yang lain hebat tau. Mereka sudah hasilkan 3-4 buku, ada juga yang sudah boleh dikira otai. Uwaaaaa, kerdilnya rasa diri ni. Malu dan terasa kecil sungguh diri ini. Semoga ini juga menjadi titik permulaan yang baik untuk Acik Mira. Banyak kena belajar dengan mereka-mereka yang hebat ni. huuuuu
😍😍😍

 Jadi, pada pembaca blog Acik Mira sekalian, jika kalian semua berminat nak baca cerpen Acik Mira dan sahabat-sahabat yang lain, boleh sahaja tinggalkan komen :). Dan Acik Mira ada sediakan sedikit gift bagi yang tempah melalui Acik Mira :)

Acik Mira nak buat teaser, tapi takut tercerita satu cerpen Acik Mira terus. Bahaya. hahaha. Yang bestnya, kesemua penulis dalam Antologi ni menceritakan tentang negeri Perak, lahirnya mereka di negeri ini. Jadi, banyak benda boleh tahu tentang negeri Perak yang kita sendiri tidak ketahui.



Setahu Acik Mira, ada juga Antologi Cerpen Negeri Kelantan dan Terengganu. Haaaaa.. menarik kan? Cerpen mengikut negeri. Acik Mira sangat teruja nak tunggu buku sampai di rumah ini. Penerbit bagitahu sudah ada di PBAKL 2017. Alhamdulillah.

Apa lagi tunggu tu? Dapatkan sebuah ya :). Dan... jangan lupa juga.....doakan Acik Mira agar dapat terus berkarya dan menghasilkan karya yang bermanfaat buat semua :)

Till then,
Much love
Acik Mira
😘 

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law