Monday, December 05, 2016

KAP : Hari Kesepuluh

Image result for bismillah

Alhamdulillah biiznillah. Orait, kita teruskan pula dengan kelas KAP hari kesepuluh ni. Tup tap tup tap sekejap je kursus ni nanti. hahhaa. Dah nak dekat dengan waktu praktikum dah. Cuaknya. haha

KAP - 4 Disember 2016
Kami belajar tentang "Pembelajaran Pemakanan Seimbang & Perancangan Menu". Topik ni sangat penting dan RPA untuk topik ni WAJIB dilakukan waktu praktikum nanti. Dalam kelas ni, kami diajar kelas/kumpulan makanan, piramid makanan, dan perancangan menu yang sesuai untuk kanak-kanak 0-4 tahun. Buat pengasuh/pendidik yang bekerja di taska, wajib ikuti satu kursus khas, iaitu pengendalian makanan. Kursus yang memang WAJIB ada sijilnya. Nampak tak betapa pentingnya bab pemakanan ni untuk tumbesaran kanak-kanak.
1. Kumpulan Makanan
Kami diperkenalkan semula 4 kumpulan makanan iaitu Karbohidrat, Protein, Vitamin, Lemak. Miss Tan (pengajar kami) membuat aktiviti pengelasan makanan ikut kumpulan. Memang macam budak-budak kami ni. Duduk kerumun kat bawah selepas susun gambar makanan tu. Haha, Seperti sesi halaqah TV9 sahaja.






2. Piramid Makanan
Again, dari kumpulan makanan itu, kami membuat pengelasan untuk piramid makanan pula. Berapa kuantiti yang sepatutnya kanak-kanak ambil untuk setiap tingkat piramid itu. Dalam piramid makanan ada Lemak, Protein (haiwan dan tumbuhan), Vitamin, Karbohidrat, Air kosong. hahaha. Miss Tan punya piramid ada 5 tingkat. haha. Kami belajar juga setiap fungsi dan kebaikan setiap tingkat piramid ni. Semua tu wajib tahu kot. Fuhhhhh. haha


Acik Mira nak candid, sekali member ni perasan dan senyum pula diaaaaa =.='


3. Perancangan Menu
Mengikut kumpulan, hasilkan seminggu punya menu di taska untuk kanak-kanak 3-4 tahun.  Kanak -kanak ini sudah boleh makan yang keras, jadi tidak punyai masalah sangat nak buat menu. Kumpulan pertama tu kena buat perancangan menu untuk bayi 6-12 bulan, jadi makanannya mostly kena lenyek, itu pun kena tulis dalam menu. DETAILS.

Kumpulan Acik Mira pula telah berjaya menghasilkan menu 1 Malaysia, dan makanannya sangat best serta berkhasiat. Taska KAYA lah katakan, hahaha. Tapi realitinya, sukar untuk taska nak hasilkan menu sebegitu asbab peruntukan yang diberikan tidak mencukupi. Kerna ikut bajet taska masing-masinglah ye.

Candid group sebelah. Tengok menu apa deme buat, kot boleh tiru ke kan..haha

Inilah menu taska Acik Mira dan rakan-rakan (kanak-kanak 3-4 tahun). Best kan. hahaha


4. RPA Kumpulan dan RPA individu
Bab ni pening habis. RPA individu kena buat elok-elok, sebab WAJIB ni kena buat time praktikum. Kalau buat RPA yang susah, susahlah time praktikum nanti. Balik lewat juga kami hari tu, nak siapkan RPA punya pasal. hahaha. RPA adalah nightmare bagi sesiapa yang mula-mula nak jadi pengasuh/pendidik. Tapi lama-lama kan, RPA ni akan jadi macam diari je. Sekejap je dah boleh siap RPA nyaaaa.

Untuk kelas KAP Ahad ni, itu sahajalah kami belajar. Nak cerita panjang, banyak dalam buku. hahah. Bab makanan kan, suppose kena expert dah ni. Jangan semberono je bagi makan kat kanak-kanak. 

Sesi RPA Kumpulan. Khusyuk sangatlah tu tengok Acik Mira menulis. =.='

Struggle habissss. Stress habisssss
 Till then
Much love,
Acik Mira.

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law