Monday, December 05, 2016

KAP : Hari Kesembilan

Image result for bismillah

Alhamdulillah, biiznillah. Again, a new day for a new week. Tak berapalah nak new lah, sebab dah malam kan. Hahaha. Forgive me, as Acik Mira just have MOOD to update. Lots of things want to share, but suddenly, all gone, dont know where they go. haha.

Orait, Acik Mira try to make it as simple and quick enough, okey? Promise that every week Acik Mira made, end up long long long story just like it will be no ending at all. hahaha.

KAP : 3rd December 2016. 
In this week class, we did learnt about 'Perkembangan Kreativiti & Estetika : Seni Lukisan & Kraf Tangan'. Why did Acik Mira used this symbol ':' ?, It is because, in 'Perkembangan Kreativiti & Estetika', we do have two (2) sections, which are the first one 'Seni Lukisan & Kraf Tangan' and the second is 'Seni Muzik & Pergerakan kreatif (tarian)'. We learnt only the first part, the second part will be learn on 10 December, insyaallah,

Kreativiti adalah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baru. Kreativiti ini memerlukan daya imaginasi yang tinggi. Yalah, kalau kita nak something extraordinary, harulah berimaginasi dan berfikir di luar kotak. Acik Mira kalau berimaginasi memang hebat, tapi berfikir di luar kotak tu lemah sedikit, sebab kadang-kadang idea ditolak mentah-mentah. hahaha.

😁😁😁
Estetika pula membawa maksud penghayatan atau appreciation terhadap keindahan, kecantikan, keunikan sesuatu benda atau cipataan. Basically, setiap kita ada benda ni. Kita tengok sesuatu ciptaan tu, kita selalu sebut 'Cantik, menarik, tertarik', 'Gelas ni bukan semata gelas, bahan dan ukirannya sungguh unik'. Ewah... itu adalah dialog yang sengaja direka bagi memanjangkan entri ini. hahaha.

Haaaaa, jadi faham tak apa yang dimaksudkan dengan kreativiti dan estetika? Itu ayat buku tau. Kena hafal, nanti maksud exam. Kalau tak nak hafal, asalkan faham dan tahu poin utama, itu sudah terbaikkkkk!
😄😄😄

Seperti teori yang diberikan oleh Piaget, beliau sangat menyarankan pembelajaran melalui penemuan (discovery learning) untuk membantu kanak-kanak meneroka idea baru dalam mencari makna tentang dunia persekitarannya. Sebab itu, kanak-kanak digalakkan melakukan nature walk. Pernah dengar nature walk? Haaa, cari sendiri. hahaha. Kanak-kanak belajar melalui 3E (Explore, Experiment, Experience). Jadi bagi kanak-kanak explore and discover ikut kreativiti mereka, di bawah pengawasan kita. Tang inilah, Vygotsky menyarankan betapa pentingnya bimbingan (scaffolding) oleh pengasuh/pendidik untuk membantu pembelajaran mereka. Bukan membabi buta sahaja biar mereka discover, kita bimbing tapi jangan sekat. Haaaaaa.....hahaha.

Banyak lagi sebenarnya yang perlu tahu dalam perkembangan ini, contohnya seperti Milestone kanak-kanak bila merujuk pada perkembangan kreativiti ini. Apa yang mereka sudah boleh lakukan pada usia begini begini, dan peralatan apa yang mereka sudah boleh pegang atau guna pada usia itu. Apa nilai-nilai estetika yang ada? Kreativiti yang macam mana kita nak develop pada kanak-kanak? Dan akhir sekali berapa banyak jenis yang ada dalam Seni Lukisan dan Seni Kraf Tangan. Haha. Part ni, kami semua kena sediakan 20 contoh Seni Lukisan dan 20 contoh Seni Kraf Tangan.

Kesemua 40 jenis tu unutk kegunaan kami juga nanti. Yalah, katakan di taska, nak buat aktiviti perkembangan kreativiti, buka saja 40 jenis tu, dan boleh buat dah bersama kanak-kanak. Maklumlah, kita kan mudah lupa. Kalau tak buat macam ni, senang sahaja hilang ilmu tu. hahhaa.

Ada beberapa jenis aktiviti Seni Lukisan untuk kanak-kanak ni. Mari Acik Mira list kan:
1. Lukisan Easel (guna berus, krayon. Ini lukisan biasa)
2. Lukisan kanji (menggunakan gam kanji. Yang ini tak sempat buat dalam kelas.)
3. Lukisan Berus Gigi
4. Blow Painting (guna straw)
5. Lukisan Lelehan
6. Lukisan Lipatan (yang ni letak warna air atas kertas, dan kertas tu dilipat. Cantik ooo)
7. Lukisan Tekstur
8. Lukisan Span
9. Lukisan Tali

Untuk Seni Kraf pula :
1. Lipatan origami (biasanya lipatan ini menggunakan kertas segi empat sama)
2. Lipatan biasa (lipatan seperti ini, tak wajib guna kertas segi empat sama pun)
3. Guntingan
4. Pintalan
5. Stain glass
6. Topeng
7. Anyaman
8. Kolaj kain
9. Kolaj tisu
10. Kolaj surat khabar/majalah
11. Kolaj guntingan/koyakan
12. Kolaj daun/bunga

Memang tak sempat pun nak buat semua 40 tu dalam kelas yang beberapa jam sahaja waktu yang diperuntukkan. Sebabnya, selepas lunch break, kami semua kena buat RPA Perkembangan Kreativiti & Estetika ni. Mana nak sempat. hahaha. Sambung kat rumah sahajalah jawabnya. Untuk RPA kali ini, Acik Mira pilih Seni Kraf : Topeng. Hahaha. Topeng Sailormoon lah of course! haha. Kanak-kanak pilihan Acik Mira adalah berumur 2 tahun. Haaaa, tengoklah apa akan jadi nanti. wakakaka.

As usual, GROUP ACTIVITY!!
We been divided into three groups (thank to Allah because stick as a HOST team, haha, malas sungguh nak ubah tempat buat kumpulan baru sebenarnya..hehe), then, we have to complete the task, we need to list out all the milestone of the children according to the age respectively. Acik Mira's group have to do for the age 1-2 years old. Walllaaaaaaaa. We did this task as we all are in the Art Gallery, walking to each angle of the Gallery (to see others' group task), we gave our own comments on what they written for their task. I really have fun this time. Hahaha, suka sangat conteng kertas kerja orang, lepas tu bagi komen merepek-merepek. Hopefully, that 'merepek' comments have some inputs ya. hahaha

😁😁

Dalam group activity ini juga, kami dibenarkan bermain doh!!! Doh dibuat menggunakan tepung gandum, garam, dan pewarna masakan. Doh seperti ini lebih selamat digunakan/dimain oleh kanak-kanak semasa melakukan aktiviti. Tak adalah bahan toksid semua kan, dan doh seperti ini juga tahan seminggu, letak dalam peti ais ya lepas guna. hahhaa.

KREATIF tak meja kami? hahahahaha

Fokus dan khusyuk yang amat waktu ni semua




Nampak tak ada bola bola cinta empat warna tu? Itulah doh nya. hahaha. Meja kelam kabut sungguh time ni. Dah macam kanak-kanak dah, bukan pendidik. wahahaha

Yang ni sewaktu nak buat doh. Okey, Acik Mira sahajalah yang selalu tak nampak dalam gambar =.='

Yang di bawah ini, adalah hasil seni lukisan yang kawan-kawan Acik Mira buat. Seorang kena buat 20 contoh, jadi memang tak cukup tempat nak bagi kering lukisan tu, dah jadi ART GALLERY sungguh hari tu.





Yang bawah ini pula, hasil Acik Mira punya. Hahaha. Tolong jangan gelak. Seriously, Acik Mira pun jeles tengok kawan-kawan lain yang lagi kreatif hasilnya. Rasa macam............. =.=' 



1.Teknik Percikan
2. Teknik capan batang pisang
3. Teknik capan bendi
4. Teknik Blow Painting (straw)
5. Teknik Tali (salah sebenarnya ni. hahaha. kena buat lain.). Teknik ni, letak tali yang dah dicelup pewarna, letak dalam kertas dilipat dua, kemudian tarik tali tu keluar. Corak tali tu sangat awesome weyhh. Tak jadi pula Acik Mira buat. haihh
6. Teknik garfu. Ada satu lagi, Teknik belakang sudu. Yang guna sudu ni sumpah lawa. Group lain buat, cantik gila. Nanti Acik Mira nak buat juga. hahah
7. Hand Printing (ni tangan kawan Acik Mira. Dah alang-alang dia buat kat kertas dia, Acik Mira minta dia cop sekali kat kertas Acik Mira. hehehe)
8. Yang ni Seni Kraf : Guntingan dan Stain glass


9. Teknik Lukisan Lipatan. Lawa kan? Letak dot dot warna lepas tu lipat kertas tu. Suppose jadi rama-rama, tapi Acik Mira punya macam Alien pula. haih..
10. Teknik capan span
11. Teknik Lorekan (guna putik kapas). Teknik lorekan ni boleh guna batu/guli, cantik. Nanti nak buatlah guna guli pula. haha
12. Teknik Bunga api. Teknik ni guna kotak tissue roll je.


Yang atas ni adalah Lukisan Easel, guna berus. Idea asal, Acik Mira nak lukis Sailormoon, tapi tak jadi. Jadi macam menakutkan. haha, Akhirnya Acik Mira warna je buat macam permandangan tepi laut, dalam laut ada raksasa (nampak tak yang merah ada dua ekor tu? Itu rambut sailormoon tak jadi) Kesian, jadi raksasa terus. haha. Hilang stress Acik Mira buat benda ni. hehe



Atas ni adalah Seni Kraf Tangan : Teknik Lipatan biasa dan satu origami. Topi hari jadi , mulut itik dan musang. Comel tak? hahaha.

Itulah aktiviti kami pada kelas yang lepas. Seronok memang seronok, tension tu jangan cakap sebab banyak pula kena buat ni. haha. Nanges lah nak beli bahan lagi. haha.


Last but not least, group photo with Pn Mastorah (tenaga pengajar) selepas selesai RPA semua. So sweet kami ni kan. hahaha. Terima kasih Puan. Halalkan segala ilmu dan doakan kami berjaya hingga habis kursus nanti!!!!

Till then,
Much love
Acik Mira.

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law