Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
💫Juru bekam💫Penulis & penterjemah💫Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee 💫Kaki Travel (◕‿◕✿)

Monday, December 05, 2016

Aktiviti bersama anak sedara

Image result for bismillah

Entri kali ni, Acik Mira nak share apa yang Acik Mira lakukan bersama anak sedara pada 27 November yang lepas. Cadangnya, Acik Mira nak buat sedikit aktiviti dengan budak kecik sorang ni, tapi tak dapat nak buat semua, haha. Walaupun begitu, objektif Acik Mira nak tengok perkembangan fizikal dia ni menjadi. hehehe..

Buat pengetahuan semua, umur Arissa ni 2 tahun. Jadi boleh buka buku tengok Milestone kanak-kanak 2 tahun ya. hahaha



Ini adalah plan yang asal. Yang menajdinya hanyalah kucing itu sahaja. hahaha.
Aktiviti ni lebih kepada motor halus di mana Arissa akan lekat kertas warna tu pada badan kucing tersebut. Macam mana gayanya Arissa lekat, warna apa di mana, itu Acik Mira serahkan pada Arissa sambil sambil tanya itu ini, sembang dengan dia. Abang dia pun join sekaki buat benda ni. hahaha. Haru Acik Mira. Sebab apa? Sebab sorang umur 5 tahun, sorang pula 2 tahun. haha. Mana boleh kita nak samakan tahap mereka yang berbeza umur ini. Aktiviti yang dilakukan should separate. Tapi nak buat macam mana, layankan aje. hahaha

Dalam milestone perkembangan fizikal, kanak-kanak usia 2 tahun ni memang dah start suka kutip barang masuk dalam beg, buka tutup laci/drawer, susun-susun barang, suka benda cantik(hias diri mereka. sebab tu mereka suka main alat makeup tika usia begini).

Jadi, ibu Arissa ni dah sediakan alatan mainan sendiri, so, Acik Mira just bagi pada Arissa, minta dia susun ikut kreativiti dia. Sambil-sambil tu Acik Mira akan tanya sembang tentang bentuk, warna, dan nombor. Kanak-kanak usia ini mungkin tak dapat nak tangkap nombor sampai 10, mungkin. Jadi, kita ulang acap kali dari 1-10 waktu dia susun barang tu. hahaha. Aktitviti menyusun ni meningkatkan motor halus kanak-kanak. Warna, bentuk, nombor sedikit sebanyak meningkatkan perkembangan awal matematik & pemikiran logik mereka. Jadi, okey lah tu, sambil bermain, sambil belajar.

Susun barang dari satu beg ke satu beg yang lain. Waktu ni, Acik Mira keep counting 1-5. Ulang-ulang kira sama Arissa. hahaha



Permainan ni set khas dari Anmum. Ada 4 set comel : Charley the doctor, Fireman, Teacher, Policemen. Yang ada waktu main tu hanya : Doctor and Firemen. Lagi dua set tu kena beli susu Essential Anmum la kalau nak dapat free ni. hahaha.

 

Yang ni Acik Mira susun selepas Arissa tidur berehat. hahaha.


Lihatlah kucingku. hahahahahha. Comel tak? 

Waktu tampal kucing ni, Acik Mira nyanyi lagu Pak Atan Ada Kucing. haha. Actually, lagu asal adalah Pak Atan Ada Ladang. Acik Mira tukar, sebut kucing ja. Nyanyi bersama Arissa dan Ahmad. hahaha. Layan jelah korang Acik Mira tukar lirik. wakakakaka.

😺 😸😺 😸😺 😸


Gambar atas ni, kakak Acik Mira macam pelik tanya, "Arissa ke yang susun patung tu, lepas tu baring tengah-tengah?"

Acik Mira cakap ya. Dia buat sendiri dan baring tengah-tengah tu. Tak pasti apa maknanya pada kakak, cumanya pertanyaan tu macam satu achievement buat Arissa je? hurmmmm. haha. 

Kanak-kanak 2 tahun ni juga, mereka suka main olok-olok, atau main peranan. Contohnya, main masak-masak, main anak patung dsb. Sebab tu waktu usia begini, anak-anak biasanya lebih suka main anak patung. "Syhhhhhhhhh, baby tido. Syhhhhhhh, baby nak minum susu". Ni contoh dialog yang Arissa sebut sendiri. Benda ni memang naturally develop dalam perkembangan kanak-kanak, thats why juga, they can copy-cat us really GOOD. hahaha

Yang ni sebab Acik Mira dah bosan tak tahu nak buat apa dek anak sedara tak layan Acik Mira. haha

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design