Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
💫Juru bekam💫Penulis & penterjemah💫Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee 💫Kaki Travel (◕‿◕✿)

Wednesday, November 30, 2016

Zoffy : Servis wajib dari Perodua

Image result for bismillah

Alhamdulillah biiznillah. Kabare semua? Hari Rabu sudah yep. Selalunya kalau tahun-tahun yang lepas, blogger-blogger pasti akan update satu entri tentang 'Wordless Wednesday'. Haaaa, Acik Mira pun seorang kaki blogger walaupun tak aktif, tenggelam timbul juga kan, tetapi dapatlah merasa fenomena 'Wordless Wednesday' ni suatu masa dulu. Actually, Acik Mira sendiri tidak tahu mana datangnya entri seperti ini. Haha, tengok blogger lain update, Acik Mira pun update sama.
😜😜😜

Rasanya kini masih ada fenomena ni kan? Tak pelah, nanti ada kelapangan Acik Mira kaji asal usul 'Wordless Wednesday' ni. But today, Acik Mira's entry does not related to any of that topic. Nope, tak ada kaitan pun. haha. Saja teringat, tu yang taip ni. 

Calling all the MyVi (Perodua) that get the same letter as Acik Mira, please raise up your hand (bajet Acik Mira nampaklah kan).hahah. Acik Mira ingat, Acik Mira seorang je yang dapat surat tu, rupanya geng-geng MyVi kat FB group yang lain pun dapat sama. Tidak keseoranganlah Acik Mira rupanya, hahah.

Surat apa? haaa kejap, nak upload. hak hak hak.. 👼 👼 


Ihsan gambar : geng MyVi. Acik Mira lupa nak snap surat Acik Mira. hahaha.
Haaaaa, itulah dia suratnya. Acik Mira malas sebenarnya nak pergi, tapi bila abah nasihat pergi juga, so Acik Mira pergilah. Yalah, soal brake kan, macam-macam boleh jadi. Even kita kata kereta ni ok, tak ada apa-apa pun, but just go, okey? Abah cakap, mungkin tahun keluaran kereta ini system ada detect something ke, atau ada aduan dari pengguna-pengguna yang lain, jadi pihak Perodua keluarkan surat ni. Lagipun, free untuk servis yang ini. 

Dalam kerajinan yang tenggelam timbul, Acik Mira pun pergi tadi. Semangat ni. hahaha. Bila duduk sembang dengan Abe Perodua kat Jalan Tun Razak, Ipoh tu,

"Oh, yang ni. Masa yang available untuk buat servis ni bulan Disember, 20 lebih ke atas. Dah fully booked dah buat masa sekarang."

Terkedu Acik Mira mendengarnya. Hurm.. hurm.. hurm... "Semua tempat macam tu ke encik? Awat lama sangat ni?"

"Tempat lain saya tak pasti, tapi kami di sini memang dah penuh. Sehari kami ambil dua sesi je tuk servis ini. Satu sesi makan masa 4 jam setengah, kalau tak nanti, terhenti-henti pulak kereta nanti. Lagi banyak masalah. Tapi, jangan risau, servis ni free."

Hurmm.. hurmmm.. lagi Acik Mira. Bila free nya? Hahaha, setelah beberapa kali terdiam dan berfikir secara kritis on the spot, Acik Mira pun buat janjitemu pada 27 Disember 2016, selepas Krismas.

"23 Disember tak nak cik? Ke cik kerja time tu?" Kalau ikutkan hati nak, tapi ada kelas kursus la pula kan. Selepas buat appointment, Acik Mira bawa Zoffy jalan-jalan Manjoi cari tadika/taska, lepas tu balik. hahaha. Saja cari tadika./taska yang ada, mana tahu ada kerja kosong kan? hahaha

👼 👼 👼 👼 
Pada sahabat-shabat MyVi yang ada juga terima surat ni, pergi jangan tak pergi tau. Rugi. Nanti kalau apa-apa jadi, dah kena bayar pula untuk servis lain. haha. 

Pusat servis Perodua di Jalan Tun Razak, Ipoh ni adalah yang pusat servis kedua selama Acik Mira ada Zoffy ni. Sebelum ni Acik Mira hanya tumpu pada pusat servis di Wangsa Maju, yalah kerja di KL la katakan. Teringat mula-mula nak cari pusat servis. haha, ramai orang Acik Mira tanya dan carian di blogger-blogger ni. Yelah, bukan semua pusat servis jujur dan komited melakukan servis kereta. Alhamdulillah, Allah ketemukan juga yang bagi Acik Mira, servisnya sangat best.

Sebelum pergi, semasa, dan selepas servis kereta, mereka berikan layanan yang terbaik. Follow up sentiasa. Acik Mira bagi rating tinggi waktu di-survey hari tu. Cumanya tempat servis kalau boleh tukar tempat lain. Tersorok sangat tu, betul-betul sebelah NSK Wangsa Maju. hahah. Dan Acik Mira harap pusat servis di Jalan Kuala Kangsar ni pun begitulah ye. Baru kali kedua pergi, walaupun tidak sepenuhnya berpuas hati, but Acik Mira yakin uolss boleh berikan yang lebih baik kelak. Pasanglah home theater please. hahaha. Tempat tu kecil sangat. hahah. dan tempat menunggu sangat-sangat tak sesuai, panas dek non menghadap terik. hahahaha. Hopefully dapat up kan lagi servis ini. huahahhaa.

Image result for home theater
Haaa gituh sekali imaginasi Ruang Menunggu servis kereta Acik Mira ni. hahaha. Ihsan gambar : Pak cik Google lah

Haaaa cukuplah kot rasanya menaip. Lupa pula. Acik Mira dah hantar penyertaan cerpen anjuran FuFu Terbit, yang Acik Mira ada update sebelum ni tu. Doakan yep hasil karya Acik Mira itu diterima. Hahahaha. Banyak ranjaunya sewaktu mengarang cerpen tu. Hahaha. Terima kasih pada yang support, dan terima kasih pada 'tetamu' yang sama-sama membaca cerpen Acik Mira ni. hahahaha.

Emel yang diterima.

Till then
Much love
Acik Mira
😘 😘 

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design