Monday, November 28, 2016

Mak dan Ibu : Bidadari

Image result for bismillah

Alhamdulillah biiznillah. Waaaaaaaa, hujan! hahaha. Sejuk kemain dan sedap menghirup kopi panas waktu begini. Alhamdulillah nikmat hujan hari ini, dan semoga Allah berikan hujan ni seribu hikmah kebaikan buat diri Acik Mira dan seluruh manusia di setiap pelusuk bumiNya ini.

Haaaaaaaaa, kawan-kawan apa khabar? Sihatkah? Acik Mira masih maintain sihat, cantik, dan awesome, gituhhhhh. hahaha. Alhamdulillah dengan nikmat kesihatan ini. Semoga kawan-kawan pun diberikan nikmat kesihatan yang terbaik oleh Allah.

Baik, petang senja yang menawan ini Acik Mira nak cerita tentang "MAK" atau in english we can call it "MOTHER MUMMY" or in arabic we used to call "Ummiiiiiiieeeee" 
👧
Acik Mira punyai seorang mak yang sangat awesome. Alhamdulillah kerna Allah hadirkan Acik Mira di muka bumi ini dari perut seorang ibu yang sangat awesome. Acik Mira rindukannya. Tahun 2006, seminggu sebelum Ramadhan, Allah menjemput mak Acik Mira kembali menemuiNya. Waktu tu, Acik Mira 16 tahun, form 4. Hahaha. Muda sangat gitu, jiwa memberontak (jika dilihat dari aspek psikologi perkembangan dunia remaja).

Image result for teacher muslimah
Ihsan gambar : oleh didihime on DeviantArt

Mak merupakan seorang guru sekolah rendah. Acik Mira lupa mak mengajar subjek apa tapi, salah satu yang ingat adalah Bahasa Malaysia. Acik Mira selalu ikut mak ke kelas dan menjadi pengawal kelas supaya mereka tidak bising sampaikan anak-anak murid mak takut dengan Acik Mira. Katanya Acik Mira ni garang gila. Mengadu bagai kat mak deme ni. Tapi, anak-anak murid mak ni lah yang menjadi mata-mata Acik Mira sewaktu Acik Mira sekolah menengah dulu. Mereka kan junior Acik Mira. Dan Acik Mira suka kawan dengan adik-adik junior dari berkawan rapat dengan senior. Hahaha. Jadi, merekalah informer Acik Mira. Amacam, taiko tak Acik Mira? hehe
👸👸👸

Thats why juga kot Acik Mira suka mengajar, Terasa darah cikgu mak tu mengalir dalam diri. Ewahhh. Mak disyaki menghidap kanser payudara pada tahun 2002 (waktu tu Acik Mira 12 tahun). Mak dulu pernah ditugaskan mengajar di sekolah Trong. Acik Mira pun dah lupa sekolah tu di mana tapi atas lagi dari Taiping (jika tak silap). Ceruk betul kawasan tu. Mak tinggal di rumah sewa bersama dengan kawan mak. Kami adik beradik tinggal di rumah Ipoh dengan abah. Haaaa.

Bila habis UPSR, dapat keputusan semua, Acik Mira sempat bersekolah di SMK Jati Ipoh dan kemudiannya di sekolah Trong sana (Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Wan Ahmad Rasdi; SMKDAR), sama-sama ikut mak pindah kami satu famili, selepas tahu mak sakit. Acik Mira ingat lagi cikgu sana tegur Acik Mira pakai tudung labuh. wakakaka. Maklumlah, dulu ingat nak masuk sekolah agama sebab abang-abang kakak-kakak semuanya sekolah agama. Sampai ke Acik Mira, buat rayuan pun tak lepas nak masuk sekolah agama. Bila kaji balik, Acik Mira faham dan nampak hikmahnya kenapa tak dapat masuk. haha.

Acik Mira pergi dan balik sekolah naik bas. Kawan dengan kawan-kawan yang sangat best. Kena ejek, buli, semuanyalah rasa. Tawaf sekolah time maulidur rasul (Acik Mira sorang je plak tu, no geng bak kata Omputih). Kami satu famili sewa rumah di situ. Ada taman depan rumah. Masih ingat lagi semua tu. One day, mak abah datang sekolah dengan kereta penuh barang. Acik Mira pelik, apa dah jadi? Rupanya Acik Mira kena balik Ipoh sebab mak kena refer hospital Ipoh sebab kena buat operation. Acik Mira blur betoi waktu tu. Ikutkan aja dan balik Ipoh. Say goodbye pun tidak pada kawan-kawan. wakakaka.

Image result for MUM
Di Ipoh, Acik Mira bersekolah semula di sekolah yang sama(SMK Jati). Mak lalui pembedahan buang ketulan kanser, dan doktor beritahu "no need to do for the chemotherapy. Mak Cik punya ni kecil sahaja mak cik. Thank God masih di peringkat awal". Owh, Acik Mira ingat lagi kata-katanya. Kami pelik, biar betul tak payah buat? Ikutkan ajalah, doktor dah nasihat. haha. Selang beberapa bulan after that, akar kanser kembali aktif. Dan kali ni, mak terpaksa lalui chemotherapy. Doktor ketika itu asked we all, why tak buat chemotherapy lepas operation dulu? That time, my brother memang nak saman doktor dulu tu, tapi mak halang. Mak kata, tak apa, dah takdir. Lembut je hati mak. Yup, mak memang seorang yang sangat lembut orangnya. Semua orang suka dengan mak. Di sekolah even ada puak pagi dan petang, mak neutral, boleh masuk ke dalam geng dua dua puak ini. Allah, aura mak hebat! 

Sejak dari tu, kesihatan mak turun naik. Mak buat kemo di HUKL. Waktu tu, abah akan bawa Acik Mira dan adik ke KL. Tidur di Chowkit, dan paginya kami akan lawat mak. Kemudian transfer pula ke Ipoh. Begitulah rutinnya. Ingat lagi, abah cari kotak kecil kemo untuk diletakkan dalam badan mak sebab badan mak dah tak mampu untuk terima suntikan. Alternatif lain, letak kotak kemo dalam badan. Dah lupa dah macam mana rupanya tapi nampaklah kotak tu di dada mak. Sebelah buah dada mak dibuang, dan menjalani beberapa kali pembedahan sehingga perlu ambil kulit peha tampal di bahagian dada. Kalau mak dan abah ke HUKL, Acik Mira dan adik sahajalah duduk di Ipoh ni sebab kami sekolah kan.

Acik Mira pernah ke MRSM Berseri pada waktu form 4, abah dan kawan abah yang tolong hantar. Mak tak ikut. Dapat pula panggilan kedua. Hahaha, drama sungguh sepanjang waktu di MRSM. Dalam kelas AddMath Acik Mira memang tidur. Cikgu-cikgu yang ajar seriously Acik Mira tak faham langsung. Acik Mira tak bertahan lama kat sekolah ni. Pujuklah abah suruh ambil Acik Mira balik. Abah datang naik bas, Acik Mira keluar MRSM bawa beg baju je. Baldi, hanger, segala macam kelengkapan lain Acik Mira tinggalkan je. Abah cakap, sedekah bagi kawan.

Bila orang tanya kenapa balik sekolah lama balik? Kenapa lari MRSM? Acik mira just cakap rindu mak, nak jaga adik sama. Yalah, kalau abah dan mak ke HUKL, adik akan tinggal sorang-sorang. Hahaha, tapi bila mak tanya, kenapa lari MRSM? Acik Mira senyapkan je. hahaha.  

Acik Mira dan adiklah jaga mak. Bergilir-gilir kami, sebabnya abang dan kakak semuanya di luar Ipoh belajar. Kami berdua sahaja yang ada di Ipoh. Kadang-kadang, Acik Mira masakkan untuk mak kalau mak tak larat. Jadi cikgu mengaji mak lepas Maghrib.  Jaga mak di wad. Awal pagi ada orang datang ambil balik sebab nak siap-siap pergi sekolah. Naik basikal relaks je ke sekolah. haha. kenangan sungguh. 

Start tahun 2006, mak makin tidak sihat sehinggalah ke akhir hayatnya. Last aktiviti Acik Mira dengan mak adalah mengaji surah Yassin. Acik Mira tengok dan jadi guru mengaji. Itu surah terakhir yang mak boleh baca. Selepas dari itu, mak tak boleh nak bangun dan nak lakukan apa-apa pun sangat. Detik-detik akhir sebelum mak dibawa dalam ambulan kecemasan, Acik Mira dari pagi dibawa ke petang, dibawa ke malam, asyik tidur sahaja di sebelah mak. Tanya mak nak minum ke? makan ke? Mak pandang je tak cakap apa. Kak ikin kejutkan Acik Mira malam tu suruh Acik Mira masuk bilik sebab ambulans datang nak bawa mak ke hospital. Acik Mira mamai waktu tu memang blur dan capai telefon bimbit telefon kawan baik Acik Mira, menangis-nangis. Lepas tu dapat call dari abah, kata mak tak boleh balik, kena tahan wad.

Esoknya lepas sekolah, pergi lawat mak di hospital, mak tengok ja muka Acik Mira, tanpa cakap apa-apa. Mata mak tu macam nak beritahu sesuatu pada Acik Mira, tapi Acik Mira tak tahu apa-apa. hahah. Malam tu, mak ditempatkan ke NICU; wad yang mana pesakit-pesakit teramat tenat, tunggu masa je. Kami adik beradik tidur di wad tersebut. Ingat lagi, Acik Mira tidur di bahagian depan wad atas sofa, tempat orang menunggu. Sejuk betul malam tu. Sebelum Subuh tu, kami adik beradik kumpul di katil mak, sembang-sembang dan siap-siap nak solat. Sunyi sangat wad tu. Sangat sunyi dan sejuk. 

Waktu solat Subuh tu, kakak Acik Mira ada bagithu, "Mira, doalah. Jika ditakdirkan sampai masa mak, Allah ambil nyawa mak selembut-lembutnya.". Acik Mira masih ingat lagi. Dan Subuh tu, memang Acik Mira doa seikhlasnya, benar-benar ikhlas. Menangis-nangis. Lepas solat semua, kami berkumpul lagi di katil. Nurse datang buat check pada mak. Nak tahu nurse cakap apa?

"Mak ni dah tak lama ni. Doa banyak-banyak untuk mak". Time tu kami semua dah menangis habis. Kedudukan setiap adik beradik Acik Mira ingat lagi, siapa duduk sebelah siapa.  Abah datang sisi mak, sayang cium mak, halalkan semuanya, maafkan semuanya. Lepas tu satu suara keluar dari mulut mak setelah dua/tiga hari mak tak boleh bercakap apa-apa, "MAK!". Mak panggil opah. 

Opah (mak kepada mak), cium sayang mak..halalkan makan minum mak. Lepas dari tu, mak nampak lemah sangat. Abang dan kakak tak henti ucap syahadah di telinga mak. Nurse datang bagitahu, "Sikit lagi nadi ni.". Selang beberapa minit, nurse confirm kan yang mak sudah tiada. Mudah sangat Allah ambil mak :(.

Time tu Acik Mira memang tak tahu nak cakap apa. Menangis sambil peluk Angah (Abang kedua). Kenangan dari Acik Mira tidur dengan mak pagi dibawa ke malam adalah permulaan kesihatan mak semakin merundum. Dan Allah beri peluang pada Acik Mira untuk tidur sebelah mak buat kali terakhir. Surah Yassin adalah surah terakhir telinga Acik Mira ni dengar waktu sesi mengaji lepas Maghrib. Pernah Acik Mira ngelat tak nak ajar mak. Allah... jika boleh diputarkan semula masa, tidak mahu sesaat pun Acik Mira berenggang dengan mak. Lepas mak dah tiada, baru Acik Mira sedar apa itu tanggungjawab anak kepada ibunya. Betapa Acik Mira sudah lepaskan peluang untuk berbakti sepenuhnya pada mak.

Alhamdulillah, kami adik beradik ditunjuk ajar oleh ustazah untuk memandikan jenazah mak. Kami lihat sendiri sesuatu ajaib berlaku time tu. Allah, tak tergambar wajah tenang mak yang jelas nampak. Angah pula mengimamkan solat jenazah. Allah.... mak, semoga kami ini akan menjadi saham akhirat buat mak, abah, dan ibu.

Macam-macam Acik Mira dah lalui sepanjang 2002-2007 selepas pemergian mak. Kematian, sedara-mara, sihir, keluarga baru dan terlalu banyak lagi yang tidak mungkin Acik Mira mampu tuliskan di sini. Setiap yang berlaku masih Acik Mira ingat satu per satu. Acik Mira develop sifat berdikari, semua kerja buat sendiri adalah atas pengalaman hidup Acik Mira sendiri. Acik Mira pernah kena tegur sebab terlalu independent. Pengalaman mengajar Acik Mira erti hidup kerna dari pengalamanlah Acik Mira akan belajar hikmah yang Allah mahu beritahu pada Acik Mira.

Acik Mira harap pada kawan-kawan di luar sana, hargailah ibu masing-masing. Perginya mereka, tertutuplah satu pintu doa buat kita kerna doa ibu antara doa yang paling makbul, tiada hijab. Alhamdulillah, syukur dan pujian hanya pada Allah. Selepas mak pergi, Allah hadiah seseorang yang bergelar ibu dalam hidup kami adik beradik. Walau ada ranjau duri di awalnya, Allah jua Maha Berkuasa. 

Entah mengapa, Acik Mira terdetik mahu menulis semua ini. Mira rindukan mak. Maafkan Mira mak sebab Mira jarang ungkapkan "I Love You" di telinga mak. Jasad mak sudah tiada tetapi kenangan mak tetap hidup dalam jiwa Mira. Dan ibu, Mira sayangkan ibu. Terima kasih kerna terima kami dalam hidup ibu :)

Till then.
Much Love,
Anak Mak. 


No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law