Tuesday, November 08, 2016

KAP 2016 : Lagu PERMATA

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Malam ni, Acik Mira nak update tentang Lagu PERMATA.
Benda ni merupakan perkara wajib hafal tau. 
Dan wajib dinyanyikan sewaktu Circle Time.
Haaa... apa pula tu Circle Time?
😲😲😲😲


Circle Time ni macam Morning talk. 
Kalau macam Acik Mira yang pernah kerja di TMpoint dulu, kami ada morning talk ni pagi-pagi. Dah nama MORNING kan, tak kan malam pula ye dak? haha
Kami kena menyanyi lagu NEGARAKU, baca doa, Lagu KRISTAL, dan sedikit pesanan dari ketua jabatan.

Jadi, konsepnya sama juga dalam Circle Time ni, cumanya kali ni bersama kanak-kanak. 
Yang akan mengetuai Circle Time adalah Acik Mira dan kawan-kawan kerna kami pengasuh/pendidik. hahaha.

So, dengan ilmu yang ada ni, Circle Time perlu :
1. Lagu Negaraku
2. Lagu PERMATA
3. Rukun Negara
4. Bacaan doa
5. Senaman pagi

Dalam kurikulum PERMATA, lagu PERMATA ni wajib hafal dan dinyanyikan bersama-sama anak-anak di taska nanti. Kalau dulu Acik Mira kerja TM kena hafal lagu Kristal (lagu tema TM), sekarang lagu PERMATA. 

First time tau. Tengok member-member ada yang dah lancar. Mesti selalu menyanyi tu kat taska. haha
  😌😌

Jika menyanyi sahaja tidak mengapa, Acik Mira boleh hafal sekejap je. Tapi lagu ni kerna ada gayanya sendiri. haha. Jenuhnya Acik Mira terkapai-kapai ikut gerak tari tempoh hari. Tibai ajalah. Kena hafal lagu ni, Sabtu Ahad ni kena menyanyi lagi. haha

Lepas menyanyi, kerna lafazkan pula Rukun Negara.
Ini bagi memupuk semangat cintakan negara dalam jiwa anak-anak.
Juga, jiwa pendidik. haha. Kalau pendidik pun niat dan berazam nak lari tinggalkan negara, tiada gunanya juga ikrar dilafazkan, hehee
😌😌

Jadi, di sini, Acik Mira nak tempekkan lagu PERMATA buat rujukan sendiri.
Susah nak cari yang ada gerak tari, mujur jumpa yang dua tahun lepas punya. haha

LAGU : PERMATA
CIPTAAN : PAK NGAH
LIRIK : HABSAH HASSAN

Yang ni full lagu, cepat betul orang ni menyanyi. haha. Berbeza sungguh dengan video yang Cikgu Acik Mira tunjukkan dalam kelas tempoh hari


Video ni yang ada gerak tari sekali. Jadilah, at least dapat ingat dan hafal. haha


Dan yang ini pula, salah satu contoh Circle Time. Acik Mira kena buat gini ke nanti. Cuak nyeeeeee..haha

Haaaaaaaa.. nak share tentang lagu je.

Macam mana nak menyanyi dengan kanak-kanak lagu ni? 
Bagi Acik Mira lagu ni macam heavy bagi kanak-kanak even ada gerak tari.
Budak-budak kan perlu lagu yang cukup energetic dan mudah diikut.
hurmm, sampai sekarang masih berfikir, tapi, tak pe lah. haha

Harapnya, Acik Mira dapat lalui semua ini dengan awesome nya.
Dan semoga Allah redha. Itu yang penting.

Marilah kita hafal sama-sama lagu ni yep. hehehe

Till then...
Much love,
Acik Mira.

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law