Sunday, November 06, 2016

KAP 2016 : Minggu pertama

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah biiznillah.

Cepat sungguh masa berlalu. Sudah hari ahad dah. Beberapa minit lagi akan masuknya Isnin. 
Fuhhhhhhh.

Alhamdulillah, Acik Mira sudah mula kursus KAP (Kursus Asuhan & Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA). Kursus ni selama 28 hari; kelas setiap Sabtu dan Ahad, bermula awal pagi hingga lewat petang. 
Semalam (Sabtu 5 November 2016) merupakan kelas pertama bagi Acik Mira. Alhamdulillah tempat kursus tak jauh mana dan sudah survey tempat beberapa hari sebelum Sabtu semalam. Cuak, jangan cakap. Perasaan tu memang sentiasa ada. Benda baru kan? Layankan je.

So far, untuk hari pertama, alhamdulillah, semuanya berjalan baik. Walaupun ada seperkara dua yang Acik Mira macam blur yang amat. Yalah, yang hadir situ majoriti semuanya ada pengalaman jadi pengasuh. Hanya 2 orang ja yang memang kosong, macam Acik Mira. Bila ada term yang macam pening sikit tu, Acik Mira hanya mampu senyum memandang fasilitator. Acik Mira hanya ada pengalaman bersama anak sedara aja tau. haha.

Pada pengusaha taska, pengasuh, mesti WAJIB ambil kursus ni. Taska ada modul pembelajaran mereka, yang digelar kurikulum PERMATA (bab ni baru belajar hari ni). haha

Besar sungguhnya jasa dan tanggungjawab mereka yang mengendalikan taska ni, termasuklah pengusaha, pendidik dan pengasuh; subject to mereka benar-benar faham peranan mereka mengasuh anak-anak. Kita sendiri kena tahu apa itu taska. Apa bezanya dengan Tadika. Mana datangnya sejarah PERMATA tu? Apa kebendanya modul tu? Perlu ke?

For me, memang wajib PERLU tahu dan BELAJAR. Acik Mira bukanlah aim utama nak buka taska pun, just nak timba ilmu dunia kanak-kanak ni. Ini passion Acik Mira waktu sambung Master yang tak kesampaian dulu-dulu tu kan. So memang niat nak belajar, 

Taska ni adalah tempat asuhan kanak-kanak bawah 4 tahun, lebih dari empat orang dengan menerima bayaran upah. Gitu, ayat exam ni. hahaha. Acik Mira bersyukur sangat-sangat bilamana ayah Acik Mira heret diri ini ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Kinta Perak untuk tahu apa itu taska, transit, dan tadika. Kalau tak, Acik Mira pun tak tahu sangat. Jadi sebelum hadir kursus ni, Acik Mira dah ada basic knowledge tentang tugas setiap yang disebut tu.

PERMATA ni wujud tahun 2008, jika tak silap, tapi kajian bermula pada tahun 2006, oleh Datin Seri Rosmah (harap betullah ejaannya). Memang ada modul tersendiri macam mana nak asuh anak-anak bawah 4 tahun ni. 

Semuanya diajar dalam kursus ini hatta mengurut bayi sekalipun. Harapan negara adalah dengan adanya PERMATA ni, anak-anak yang lahir dan diasuh akan menjadi sesuatu yang sangat berharga buat negara; anak-anak yang hebat dan awesome. Haaa gitulah lebih kurang aim PERMATA ni. sebab tu moto PERMATA adalah; setiap anak PERMATA negara

Setiap kelas ada modul yang perlu dipelajari. Ada kerja kumpulan, dan akan ada praktikum pada akhir-akhir nanti, juga ujian bertulis. Seminggu ditempatkan di taska.

Kebanyakan peserta muda-muda tau. Kagum dengan pengalaman mereka, jika dibandingkan dengan diri ni, Allah, kerdil sungguh. Tapi tak pe, saling melengkapilah katakan. hehe

Ni beg PTP. Acik Mira kursus di sinilah, anjuran PTP yang berdaftar dengan JKM.

Ni tebal modul tu. Tebal kan? uwaaaaaaa T_T

Ni muka depan buku. hehe




Teringat waktu Acik Mira dalam kelas Master dulu, selalu dan banyak betul presentation dan kerja kumpulan. Lepas tu kena cakap kat depan (presentation la ni kan namanya? haha). Acik Mira jugalah selalu jadi mangsa kawan-kawan kelas dulu suruh present bagi kumpulan. Dari background IT, melompat ambil Psikologi, memang meloponglah bila suruh cakap sal teori-teori bagai. Kawan-kawan yang lain ada background. Cam tak adik sungguh rasanya time tu.

Tapi bila masuk kursus ni, Acik Mira lalui benda yang sama. Benda baru bagi Acik Mira, tapi apa yang telah dilalui dalam kelas Master walaupun sekerat jalan je, Acik Mira praktikkan dalam kursus. Contohnya, kerja dalam kumpulan dan presentation. Melukis, menyanyi, itu sudah biasa bagi Acik Mira. haha. Dan kita dulu volunteer nak cakap. Acik Mira tengok, kalau tak ada yang nak cakap, sampai ke sudahlah semua tolak tolak 'kau kamu awak' dulu. Jadi biar kita mulakan, ala...Acik Mira cakap sepatah dua je, lepas tu beria ahli yang lain sambung. Haaa time tu kita senyaplah. hahaha.

Time by time, jika Allah izinkan, Acik Mira akan update tulis sini sesi belajar kursus tu. Mana yang baik ambil, mana yang tak baik, jangan ambil. Segala ilmu ni boleh praktik bila dah kahwin nanti. haha. Berangan lagiiii Acik Mira nih. haha

Minggu depan, dah start kelas untuk buat rekod rancangan pelaksanaan aktiviti (RPA). RPA ni sangat penting untuk pengasuh. Kena fikir nak buat apa aktiviti yang sesuai. Belajar teori je dulu. Satu demi satu kelas, akan ada belajar setiap fasa umur kanak-kanak. Waktu tu, baru lagi senang nak buat rekod ni semua sebab dah boleh praktikkan. Bab ni bestlah, boleh selit study psikologi sikit-sikit. 

Dan dapatlah harapnya Acik Mira atasi perasaan cuak nak pegang baby baru lahir. huaaaaaa.

Insyaallah, jika diizinkanNya jua, Acik Mira nak further study dalam Didikan Awal kanak-kanak ni. Ambil Diploma ke kan. Sebab KAP sahaja memang tidak mencukupi. Kerna belajar lagi. Insyaallah. Mohon doa semua agar jalan rezeki dan belajar ini dipermudahkanNya. :)

Fuhhh banyak pula celotehnya. Acik Mira kah ini? haha

Baiklah, insyaallah ketemu lain entri ya.

Till then.....
Much love,
Acik Mira.
^_^


No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law