Monday, November 14, 2016

KAP 2016 : Minggu kedua (day 3)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah biiznillah.

Barulah dapat didik diri ni menghadap laptop dan mula menulis. Apa khabar teman-teman? Ewah, macam berjuta pula yang baca ye. hehe.. Malam ni juga ada fenomena 'Supermoon' kan? Teman-teman dapat tengok ke bulan tu? Jika dapat tengok, lihatlah kebesaran Allah padanya. Bukan selalu dapat tengok sebesar itu ye dak. Acik Mira tak tengok pun, hanya tengok update kawan-kawan lain di facebook aja. Ada yang update tentang Sailormoon pun ye juga. Macam-macam sungguh kreatif minda kawan-kawan ni. Tu belum kira yang edit gambar bulan tu, diletaknya gambar orang lain. haha. Macam-macam sungguh.

Malam ni, Acik Mira nak update tentang kelas KAP hari sabtu yang lepas (12 November 2016). Tapi sebelum tu, kita buat revision sikit kelas KAP pada 5-6 November yang lepas. Seingat Acik Mira, kelas 5 Nov (Sabtu) lepas, kami diajar serta didedahkan tentang akta/undang-undang kanak-kanak dan peratuan taska, disampaikan oleh pegawai JKM. Kelas sehari tu memang hadap akta dan peraturan. Naik tepu otak, tapi menarik. Sebab apa menarik? Sebab tenaga pengajar yang berikan kuliah tu pandai tackle kami ni. Gaya penyampaian dia tak bosan dan best. Suka betul dengar dia bercerita. haha.  Kami diajar mengenal satu persatu undang-undang yang ada dalam Akta kanak-kanak. Sebagai pengusaha, pengasuh, pendidik, wajib tahu. Kalau tidak, silalah bersedia untuk disaman. haha. 

Pada hari ahadnya pula (6 Nov), kami didedahkan pula pada Kurikulum PERMATA. Apa itu PERMATA? Apa elemen dalam PERMATA? Berapa jenis perkembangan kanak-kanak yang ada. Berapa jenis teori psikologi yang terlibat dalam perkembangan kana-kanak. Apa tafsiran kanak-kanak dari tafsiran UNESCO? Apa itu lagu PERMATA? Dan banyak lagi. Basically, pendedahan ini lebih kepada modul menyeluruh yang akan kami pelajari selama 28 hari ni. Dua hari yang teori sungguh buat kami. haha. Dah lama tak masuk kelas kan, macam ni lah jadinya. 
😏😏😏😏
Sekarang masuklah hari ketiga pula. Apa pula yang diketengahkan pada hari tu? hehe... Lagi tepu otak. Jujur sungguh pengakuan Acik Mira ni. 
😁😁😁😁😁

Hari ketiga ni, kami diajar tentang Pedagogi PERMATA. Haaaaaa, pernah dengar tak apa itu 'pedagogi'? πŸ˜‰. Acik Mira pernah dengar tapi nak tahu apa maknanya memang ke laut je la. Pedagogi ni maksudnya elemen/cara pembelajaran yang sesuai disampaikan bagi mengikut objektif yang ditetapkan. Directly ingin mengajar kami-kami ni, bagaimana nak beraktiviti dengan kanak-kanak di samping nak capai objektif aktiviti itu. Dan objektif di sini harus melibatkan perkembangan kanak-kanak tersebut (berpandukan 8 perkembangan yang ada). Bunyi tajuk ni pun dah berat kan? haha.


Tenaga pengajar untuk subjek Pedagogi ni adalah Puan Jameyah Sheriff, penggiat dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak ni sudah 37 tahun. Aktif Puan ni. Acik Mira pun suka tengok muka dia, sebab macam pernah nampak kat somewhere, but can't remember. Begitulah faktor usia Acik Mira sampai susah nak ingat.

Image result for Jameyah Sheriff
Gambar : ihsan Google. Berita/kisah Puan Jameyah ni pernah disiarkan di surat khabar juga.
Bolehlah buat kajian sendiri ya kalau nak tahu tentang Puan ni. Jujurnya, Puan ni ajar memang best. Subjek memang 200% teori tapi penyampaian dia tak bosan dan tak sepenuhnya berpandukan slide. Dia banyak buat aktiviti dengan kami agar kami faham subjek yang diajar tu. Dan bila nak tengok slide tu, dia akan berkongsi pengalaman dan cerita sejajar dengan point yang disampaikan. Acik Mira rasa gila-gila puas hati. Puan Jameyah ni juga ada buat modul pendidikan awal kanak-kanak untuk luar negara. InsyaAllah, satu masa nanti Acik Mira nak menuntut ilmu dengannya, jadi salah seorang protege dia. InsyaAllah. 
animated-hamster-image-0032
Awal mula kelas kami ada ice breaking berupa games. Memang kerja kami hari tu main ja. Puan Jameyah beri kami panduan bagaimana nak buat games dan aktiviti, memang bestlah. haha. Kalau cerita tentang setiap sub-topik Pedagogi dalam buku modul, baik Acik Mira tempekkan aja buku tu dalam blog ni kan? Lepas tu lulus terus ujian bertulis. haha. Jadi, Acik Mira tunjuk gambar ja. hahaha. 



Dua gambar di atas ni adalah sesi Ice breaking kedua. Yang pertama tu, kami main games dalam bulatan. Tak silap nama games tu "DO YOU LIKE ME?". Games ni boleh main sama kanak-kanak di taska. Hasil pembelajaran dari aktiviti ni, kanak-kanak dilatih fokus, peka, dan mengenali apa yang ada di sekitar/pada kawan-kawan mereka. Menarik betul games ni. Mungkin ada di antara teman-teman yang pernah main games ni kan, tapi Acik Mira tak pernah main. hahaa.. jadi keterujaan tu terlebih sikit.

Ice breaking kedua pula, kami main dan diperkenalkan dengan games in, out, big, small. Bagi kanak-kanak, perkembangan ini dinamakan awal matematik dan logik, di mana kanak-kanak mula mengenal aras dan kedudukan. Sesi belajar dengan bermain!! haha. Kami sempat bermain dua tiga games lagi lepas dari sesi 'pecah ais' ni. Semuanya ada kait dengan 8 perkembangan tu. Tak pernah terfikir pun, tahu main ja! haha
 πŸ‘€ πŸ‘€ πŸ‘€





Yang di atas ni pula merupakan hasil kerja kami. Kami diberi masa 5 minit untuk kutip apa yang ada di luar kelas. Dan dalam kumpulan, kami disuruh susun barang-barang tu ikut saiz, ketinggian, jenis dan warna. Lepas susun, kami diminta buat sesuatu dengan bahan-bahan tersebut. Selepas itu kami diminta hasilkan satu cerita berkaitan 'sesuatu' yang kami hasilkan itu. 

Jika aktiviti ni dilakukan dengan kanak-kanak, mereka akan belajar explore, experiment, and experience (3E). Mereka akan explore sekitar mereka, dengan bahan tu mereka akan buat experiment dan akan beroleh experience hasil dari aktiviti tu. Semasa buat aktiviti ni, pandai-pandailah tanya dan bermesra dengan kanak-kanak. Tanya dan bagi mereka rasa tekstur setiap barang. Beri mereka cuba meneka dan menyusun. Kita hanya guide dan bantu. Kalau salah tegur, kalau betul, beri pujian (teori Imam Ghazali). Lepas siap experiment, minta mereka cerita apa yang mereka dah buat. Kadang-kadang, kanak-kanak ni bina sesuatu yang kita sendiri tak tahu apa dia, tapi sebenarnya dia sedang bina rumah istana katanya. Haa.. imaginasi tinggi sangat lah katakan. hahaha. 






Aktiviti yang atas ni pula, kami diberi satu set permainan. Kami perlu menjadi kanak-kanak, pendidik/pengasuh, dan pemerhati. Pendidik/pengasuh perlu bina satu aktiviti dari set permainan tu. Buatlah apa pun tapi mesti libatkan elemen perkembangan kanak-kanak dalam aktiviti tersebut. Perasan tak ada yang duduk atas kerusi tu? itu adalah pemerhati. Tugas pemerhati ni adalah memerhati dan mencatit apa sahaja sepanjang proses aktiviti dijalankan. 

Acik Mira lah yang jadi pemerhati. Awalnya tak nak, sebab suka jadi kanak-kanak lagi, tapi tolong member group punya pasal (sayang sesama kawan kan,hehe), Acik Mira jadi jugalah. So, kerja Acik Mira adalah memerhati apa sahaja yang pendidik/pengasuh lakukan, dan catit respon kanak-kanak yang ada. Selesai aktiviti, pemerhati kena bentangkan apa yang telah berlaku dan apa yang dia catit tu. haha.  



Gambar di atas adalah kerja kumpulan yang terakhir buat hari tu. Waktu ni, memang dah tepu dah otak kami. Masing-masing dah blur tahap maksimum. hahhaa. Kami dibahagikan kepada beberapa HOST team. Team inilah yang sama-sama akan lalui praktikum di tempat yang sama. Host team Acik Mira ada 7 orang (yang kat atas tu), jadi kami 7 orang akan satu tempat taska nanti. Sama-sama susah dan senang, bak kata filem omputih 'I jump, you jump'. haha.
πŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ

Berakhirnyalah. Masing-masing lega sebab kelas dah habis. haha. Balik rumah, rehat. Tak sempat nak buka buku sebab terasa minda penat sangat. Tidur awal malam tu. Prepare untuk kelas seterusnya, yang lagi teori. haha.

Till then.....

Much love,
Acik Mira. πŸ˜πŸ˜πŸ˜πŸ˜

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law