Monday, November 14, 2016

KAP 2016 : Miggu kedua (day 4)

Image result for bismillah

Haaaaaaaaaaaa, jumpa lagi kita ye? hehe. Kali ni, Acik Mira nak update pula hari keempat kursus KAP. Sementara rajin ni, update je la. Sebagai kenangan Acik Mira dan juga rujukan mereka-mereka di luar sana (kononnya). 

Apa pula yang Acik Mira belajar hari keempat ni? Hari minggu (Ahad) ni, kelas Acik Mira 300% teori. Haaaaa, hari ketiga 200% je kan, hari seterusnya naik lagi seratus. Begitulah tahap teorinya buat Acik Mira. haha.

Nak dijadikan cerita, Acik Mira hampir tidak hadir ke kelas, gara-gara lupa hari tu adalah Ahad, ingatkan hari Isnin. Bangun ja tidur, kepala fikir, 'owhhh hari ni kelas tak ada, boleh rehat lebih sikit'. Bangun pergi ke bilik air, Acik Mira macam blur, patah balik masuk bilik, tengok ada jubah tergantung elok ja. Kemudian, Acik Mira angguk kepala beberapa kali, "Owh... jubah tu masih tergantung. Hari apa hari ni? Ahad ke Isnin?" 

Acik Mira kembali ke bilik air setelah sedar sepenuhnya. Bukan lagi mamai. 😪😪😪😪

Masuk kelas je, ramai kawan-kawan lemau je tengok. hahahaha. Nampak jelas masing-masing penat. Ada juga yang demam. Kesian mereka. Isnin-Jumaat kerja taska, Sabtu-Ahad pula kelas. Besar pengorbanan mereka. Acik Mira exceptional lah, sebab boleh rehat lagi Isnin, al-maklumlah tak bekerja kan. Syukur. hahaha.

Berbalik pda objektif cerita, hari keempat ni, kami mulakan kelas pagi kami mengenai Konvesyen Kanak-Kanak (CRC), perlindungan kanak-kanak dan rekod taska. Pengajar kami adalah pegawai JKM (yang tempoh hari tu). Nama pegawai ni Cik Shikin. Kami diajar berkaitan isi kandungan CRC, negara mana yang tidak menandatangi CRC, apa hak kanak-kanak yang sepatutnya, dan bermacam lagi. Yang ni memag tak de lah games bagai, tapi kerja kumpulan tu wajiblah. hahaha. 

Kemudian, kami didedahkan pula cara-cara nak buat rekod taska. Setiap taska wajib ada rekod masing-masing. Ada tiga (3) rekod; rekod kanak-kanak, rekod pengasuh/pekerja, rekod taska. Setiap rekod tu ada sub-rekod yang pelbagai, sebagai contoh, rekod kehadiran, rekod peribadi, rekod aset rekod kewangan, rekod lawatan, dan sebagainya. Detail se-detail nya. 

Bila pegawai JKM datang buat spotcheck nanti, janganlah menggelabah pula ya. Cik Shikin banyak cerita pada kami perangai-perangai pengusaha taska ni. Risau pula andai kata diri ni akan jadi macam tu, nauzubillah. Harapnya dapatlah diri ni bertanggungjawab sebaiknya. Berat tau amanah buka taska ni. Bukan macam buka kedai baju. fuhhhh. Dalam sub-topik ni, kami ditugaskan untuk buat rekod berdasarkan arahan Cik Shikin. Kemudian bentangkan di depan. hahaha.





Lepas lunch, kami belajar tentang perlindungan kanak-kanak pula. Masuk topik ni, lagi tak sampai hati dengar. Cik Shikin ni pakar dalam kes-kes perlindungan kanak-kanak. Banyak kes yang dia kemukakan pada kami. Sebab tu tak sampai hati dengar, berlambak kes dia cerita. Mujurlah dia tak tunjuk slide (sebab teknikal), kalau tak mesti tak lalu nak makan. Sampai tika ini pun, manusia masih melayan kanak-kanak seperti anak patung ja. Allah... di manakah sifat ehsan  dan belas kasihan mereka? Tu belum Cik Shikin cerita kes buang anak. Lagilah rasa cam 😰😰😰😰😰😰

Selepas kelas Cik Shikin, kami sambung kelas RPA pula (Rancangan Pelaksanaan Aktiviti). RPA ni WAJIB dibuat oleh setiap pengasuh/pendidik. Inilah merupakan perancangan kita dalam melaksanakan aktiviti bersama kanak-kanak. Kami perlu sediakan beberapa (jumlah terpaksa dirahsiakan) RPA, bentangkan dan makesure lulus sebelum kami guna RPA tersebut sewaktu sesi praktikum. Time praktikum tu, akan ada pemerhati dilantik khas untuk menilai kita mengikut RPA yang kita sediakan tu. Fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Acik Mira memang kena kaw-kaw research pasal ni lah nanti, sebabnya Acik Mira tak de pengalaman di taska, tak tahu banyak pun tentang aktiviti yang ada. Aktiviti tu pula kena berkait dengan perkembangan kanak-kanak yang kami belajar. Fuhh.. memang subjek berat RPA ni. Kalau waktu kat MMU dulu, subjek RPA ni diibaratkan sebagai subjek yang Acik Mira pernah 'drop' tu. 😰😰😰😰😰😰. Insyaallah, semoga semuanya berjalan lancar hendaknya. 



Kami pulang jam 6 petang. Acik Mira drive pun melayang je rasanya. hahaha. Alhamdulillah biiznillah, tamat kelas buat minggu kedua ni. Rasa lega sungguh. Dan syukur juga dapat kawan-kawan yang supportive. Banyak belajar dari pengalaman dan cerita mereka. Fuhh....


Ada masa ni before next class, harapnya Acik Mira dapatlah study lebih sikit. Kena buang sifat malas yang menebal ni. hahaha. Insyaallah, lain masa nanti Acik Mira update lagi. hahaha. Sama-sama doakan perjalanan menuntut ilmu ini dipermudahkan olehNya. dan yang penting, DIA redha.

Image result for ilahi anta maqsudi

Till then...

Much love,
Acik Mira.

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law