Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
๐Ÿ’ซJuru bekam๐Ÿ’ซPenulis & penterjemah๐Ÿ’ซPerunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee ๐Ÿ’ซKaki Travel (◕‿◕✿)

Monday, November 28, 2016

Jodoh : Wow!


Image result for bismillah

Alhamdulillah biiznillah atas segala nikmat hingga ke detik ini. Untuk entri kali ni, Acik Mira terdetik nak bercerita tentang saudara Ubaidullah Jaafar. Haaaaa siapa pula saudara ni yek? Hahaha.

Mesti tak asing lagi anak muda ni. Kes viral dia nak mencari jodoh di FB tu. Alhamdulillah tak lama lagi, beliau akan mendirikan mahligainya dengan gadis istimewa, satu dari yang ramai PM dia selepas diviral beberapa bulan lalu.

Sebelum tu, mari baca blog dia dulu nak? Then, baru Acik Mira akan cerita pula apa yang Acik Mira rasa nak tulis. hahaha.



Haaaaa, dah baca? So, macam mana? Bersemangat tak nak jadi seperti saudara Ubaidullah ni? Acik Mira respect dengan tindakan anak muda ni. Acik Mira yakin dia seorang student yang hebat, dan juga seorang trainer yang hebat. Mula-mula Acik Mira tengok viral ni di FB, Acik Mira komen kot tag kawan-kawan Acik Mira. hahaha. Rasa cam..perghhh berani betul mamat ni.

Acik Mira kagum dengan azam tekad dia ni. Bagaimana dia betul-betul determined with his mission/vision/aim in his life. Jika A dia nak, A insyaallah dia akan dapat dan usaha untuk itu. Dan betapa dia tekad sehabisnya untuk berkahwin dalam usia yang bagi Acik Mira muda jugalah. hahaha.

Yelah, kahwin tu kahwin juga, usaha kena ada kan? Sudah tertulis ikhtiar anak muda ini sebegini dan dari situ jumpalah ratu hati. Kalau ikut cerita di blog nya, juga di Page FB peribadinya, bakal isteri dia ni yang dahulu PM nak berkenalan. Dan cara dia sangat straight forward. Berani! Acik Mira respect juga pada saudari. 

Acik Mira pun berani juga orangnya, tapi malu-malu sikit. Pernah je daftar laman cari jodoh sebagai salah satu ikhtiar untuk cari jodoh. Tapi sampai satu tahap tu, Acik Mira rasa seperti, belum lagi sampainya waktu tu. Bila Acik Mira sakit pula, lagilah Acik Mira kecilkan lagi skop ciri-ciri bakal suami Acik Mira. hahaha. Yalah, bukan mudah nak pilih imam seumur hidup ni. 

Sejak dari tu, Acik Mira dah macam semakin tidak mahu lagi daftar mana-mana. Mungkin rasa nak menjadi suri hati seseorang itu belum ada lagi. Seperti ada sesuatu yang perlu Acik Mira lakukan dulu. Atau mungkin jodoh Acik Mira tiada pun di bumi ni. hahaha. Apalah Acik Mira ni. haha

๐Ÿ‘€ ๐Ÿ‘€ ๐Ÿ‘€ 

Insyaallah, bila masa tu sudah sampai, akan Allah mudahkan. Itu Acik Mira yakin. Nanti bila dah jumpa nanti. Acik Mira pun jenis straight forward orangnya. Sila jumpa abah dulu. Sembang dengan ibu abah, then baru kita sembang panjang. Lepas tu, hajat di hati Acik Mira, Acik Mira mahu 'beliau' itu jumpa abang-abang Acik Mira, Ustaz Kamal, Ustaz KJ, dan Ustaz Kilan. Dia wajib mengenali mereka ni semua selain ahli keluarga Acik Mira sebabnya, mereka adalah sebahagian dari hidup Acik Mira. Dengan izin Allah, Allah pertemukan Acik Mira dengan mereka sewaktu sakit dulu.

Owh ya, Acik Mira ada terbaca di FB saudara Ubaidullah, saudara ada buat sesi cari jodoh untuk kenalan-kenalan lain kan? Jadi pada sesiapa yang berminat, boleh PM saudara Ubaidullah, sebagai salah satu usaha untuk cari jodoh. Jangan risau, saudara Ubaidullah ni tak kenakana apa-apa bayaran, dia sudi menolong seadanya. Jika tertulis di langit Allah, jodoh saudara saudari ada melalui usaha sebegini, insyaallah Allah akan mudah gerakkan hati kalian semua dan lancar selancar-lancarnya. Acik Mira tidak mahu dah, cukuplah Acik Mira nak fokus bangunkan diri dulu. hahaha. Nanti kalau terbuka lagi pintu hati ni, kita PM saudara Ubaidullah tu. hehehe.

Haa......... itulah dia. Buat saudara Ubaidullah, semoga Allah permudahkan segala urusan saudara. Selamat menjalani kehidupan baru bersama suri hati yang telah menjadi pilihan. Jaga amanah itu sebaiknya. :)

๐Ÿ‘€ ๐Ÿ‘€ ๐Ÿ‘€ 

Buat kawan-kawan sekalian, bertabahlah bagi yang single dan kerap menerima FB Invitation untuk majlis kahwin kawan-kawan korang. Hahaha. Acik Mira faham rasa tu. hahaha.

Okeylah.

Till then,
Much love,
Acik Mira
๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

3 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design