Wednesday, November 02, 2016

Diari : nota lama (impian)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Hari ni, Acik Mira duk lah cari sijil-sijil lama semata-mata nak isi borang jawatan kosong kat sini ni. 
Dalam tak larat, paksakan juga diri dan alih-alih jumpa pula diari lama. Sebahagian isi diari ni dah buang dulu, koyakkan dan bakar. hahaha. Kadang-kadang, ada sesetengah perkara tu kita kena just let it go. haha

Bila baca balik isi diari yang masih berbaki, satu nota ni, buatkan diri termenangis kejap. Orang lembut hati memang macam ni selalu, mudah menitiskan air mata.




Dalam nota ni Acik Mira tulis :

22-23 tahun --> dapatkan/habiskan degree

24-25 tahun --> kerja dengan TM

25-27 tahun --> Master dan apply untuk Lecturer

27 tahun - ke akhir usia --> Happy kerja dan hidup dengan famili

Nampak tak? Acik Mira sendiri tak sedar pernah tulis semua ni. Indah aturan Allah. Yup.. memang 24-25 tahun Acik Mira kerja dengan TM, kemudian berhenti kerja. haha.

Acik Mira pernah ambil Master dan pernah menjadi lecturer. Semuanya Allah makbulkan. haha.
Jadi sekarang ni, kena happy dengan apa yang Acik Mira buat. haha..

Aturan Allah cantik, kita je yang tak perasan.
Acik Mira menangis tadi sebab terasa sayu, dan entah. haha.

Sebab tu, pakar motivasi ada beritahu, kena tulis apa visi, misi dan impian kita. 
Tengok hari-hari, insyaallah Allah akan makbulkan kerna itu juga merupakan doa kita.

Jadi selepas ni, jangan tinggalkan rutin tulis semua ni ya. 
Semoga Allah berikan keberkatan dalam kita menulis cita-cita kita.

Till then,
love uoolllsss

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law