Thursday, October 27, 2016

Teacher Ambika : I love you

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

27 Oktober 2016.

Alhamdulillah di atas nikmat kesihatan dan segala setiap nikmat yang dikurniakanNya.
Empat hari lagi Oktober akan tutup tirai dan November pula datang buka lembaran baru.

Hampir genap dua bulan menganggur. Hahaha. 
Result dari interview tempoh hari masih belum dapat lagi. 
Result dari interview beberapa minggu lepas di dewan ILP, anjuran PEKA, juga masih belum dapat.
Semalam ada lagi Karnival Kerjaya di Amanjaya, tapi tidak berkesempatan nak pergi.
Tidak mengapa, masih ada lagi pada 5 November dan juga 3 November ni nanti. 
Insyaallah, jika ada kelapangan kita pergi.

Kelmarin Semenanjung dikejutkan dengan kebakaran Hospital Sultanah Aminah di Johor. Kebakaran yang memakan masa berjam-jam untuk dipadamkan. Allah... 
Hukum alam, yang hidup pasti akan menemui Tuhannya, bila sudah sampai saat itu.
Takziah buat semua keluarga mangsa. Semoga Allah permudahkan setiap urusan pesakit2, staff2, dan semuanya. Doa sentiasa buat kalian.

Pagi tadi pula, Acik Mira menerima berita pemergian seorang guru yang telah mendidik Acik Mira sewaktu sekolah menengah, bagi subjek AddMath.

Teacher Ambika.

"Once a teacher, will be always a teacher"

Teacher Ambika salah seorang guru yang sangat sangat awesome. Jujur. Sesiapa yang mengenali teacher ni, mereka pasti akan setuju dengan statement Acik Mira. She just...special. Seorang guru yang tidak pernah kenal erti penat, mengalah, bosan, dan terlalu concern dengan students. Dia selalu akan guide kami, selalu nasihati kami, tegur kami, dan beri tips pada kami. Bukan sahaja dalam subjek AddMaths, tapi beliau akan selalu nasihat kami untuk kami lalui hidup kami. Macam seorang ibu.

Lepas habis exam, dia pasti akan tanya, macam mana exam kami? Boleh buat ke tidak?
Acik Mira dengan member baik pula selalu buat formula baru dalam kelas dia. Dia ajar, bagi kami latihan, dan kami dapat jawapan. Tapi bila dia semak jalan kerja kami, dia pening, sebab tak pernah jumpa formula begitu. Hahaha. Teringat kata-kata dia, bebelan dia. 

Pernah juga dia rasa terlalu kecewa dengan kami sebab kami ni macam main-main. Yalah, dapat cikgu baik, kami naik lemak pula. Nampak sangat dia kecewa dan merajuk. Bila pujuk, katanya dia sengaja buat gitu. hahaha. Comel. Dia selalu buat kelas tambahan untuk kami. Sanggup korbankan masa rehat hujung minggu hanya untuk kami sahaja. Walaupun hanya tak sampai 10 orang datang kelas tuisyen dia, dia tetap ajar. Katanya, jika seorang sekali pun anak murid saya yang datang, saya akan tetap mengajar.

Lama sungguh tak jumpa teacher, and will not see you anymore. T_T
 Adik Acik Mira pun teacher ajar. Terima kasih atas segala ilmu yang diberikan. Tak kan cemerlang AddMaths Acik Mira jika teacher tak ada. 
Acik Mira pernah masuk MRSM. Time AddMaths, satu apa pun Acik Mira tak faham. Bila kembali ke sekolah lama, rasa macam bersyukur sangat-sangat kembali ke kelas teacher. 

Teacher, once again, thank you. Only Allah can repay all your good deeds. I love you teacher, and really miss you. You are the best memory that Allah give to me. Because of you, during my service as a lecturer (2 months ago), I always say to myself, be a good teacher as you had a very great teacher, and that is you, Teacher Ambika.

p/s: Acik Mira tak tahan tadi, terlalu ramai mendoakan teacher, air mata ini mengalir deras.

2 comments:

Noor Maizan said...

Cikgu yang baik akan sentiasa dalam kenangan kita kan.

Awak kenapa tak boleh follow sini? Salah perkenalan ya, comel blog ni...

cahayanurish said...

betul... cikgu yang baik, sampai bila bila pun akan diingat.

haha.. baru letak follow tu..
salam perkenalan juga :D
p/s : blog awak lagi comel 😄

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law