Friday, October 14, 2016

Onilne Test

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, atas nikmat yang diberikan hingga ke hari ini.

.:


Itu reaction Acik Mira setelah selesai Online test sekejap tadi. Baru je tadi. 
Dapat panggilan dari satu company ni, Acik Mira apply that job on May/June hari tu. Hari Isnin haritu baru HR call nak inform Acik Mira terpilih untuk menduduki Online Test. Jika lulus test tersebut, then, baru akan dipanggil untuk sesi interview.

Pada mulanya berbelah bagi juga nak buat test ni. Antara dilema, nak fokus KAP ke atau cari kerja lain dulu. Haaaa apa pula KAP ya? Itu lain entri Acik Mira bagitahu, insyaallah.

Jadinya setelah bincang-bincang dan Acik Mira ambil kata putus tak nak join. Siap draf emel untuk maklumkan penarikan diri. Tapi entah kenapa, bila tengok latest list candidate, terasa tercabar pula. Tak kan nak mengaku kalah pula kan? Terus Acik Mira padam draf emel tu dan terus bagitahu sesi yang Acik Mira nak ambil untuk Online Test tersebut.

Online test ni ada dua sections, satu Numerical, satu lagi Verbal. Setiap section diberikan masa 30 minit. Satu section ada dalam 30-44 soalan. 

.:

Again, tu reaksi Acik Mira bila Acik Mira buat latihan yang mereka berikan. Soalan senang, tapi  fikir complicated dan banyak gila salah. Ditambah pula dengan soalan yang berbelit yang amat, terasa cam "Apa ni?" hahaha.

Gigihkan juga buat latihan and ready for the day, which is today. hahaha

Emoticons - Google+

Acik Mira jadi macam emoticon ni bila salah seorang candidate bagitau kat skype,
"Saya sudah complete test ni"

Acik Mira macam.... what? Dah siap? Cepat siot. Kenapa cepat sangat dah siap? Acik Mira masih terkapai-kapai menyiapkan sampai down kejap Acik Mira rasa tadi. haha.. memang down pun T_T

Tak pelah, habiskan juga test berbaki. Tak baik bazirkan masa ye dak. Biarlah tinggal sorang pun, asalkan Acik Mira siapkan soalan. And yes, the test using Skype. Application ni digunakan untuk contact in group all the candidates yang ada untuk that particular session. Waktu sesi Acik Mira tadi, ada dua orang ja candidates, tu yang cuak lebih bila dia dah siap awal. haha.

Rasa cam...uwaaaaaaaa... korang ada sample jawapan ke pun. Sedih plus kuciwa...
Tapi steady.. insyaallah, jika ada rezeki, adalah, kalau tak ada, kita cari benda lain tuk kerja.
hahaha

And yessss...
Acik Mira tingal banyak gila soalan numerical. Serius berpinar kepala fikir soalan ni nak apa sebenarnya. Kalau yang section Verbal lagilah, berpusing-pusing kepala nak fikir apa summary dan apa yang nak diperkatakan statement semua ni. Tapi dapatlah jawab semua soalan. Itu pun cukup-cukup masa sahaja.

Perkara yang lepas usah dikenang lagi. haha. T_T

minions // despicable me

Bolehlah kiranya Acik Mira fikir plan B. Hahaha. 

Frankly speaking, pada yang lulus dengan jayanya test ni, Acik Mira memang salute habis-habisan. Genius kepala otak dia. Tahniah. hahaha.

Jika ada rezeki adalah tu. Dah jom tolong ibu masak.

.Everyone loves a nerd emoticon!

Till next time... insyaallah :)


Ni lah screenshot skype tadi.  crop mana yang confidential. sempat senyum sebab Acik Mira nak snap pic.wakaka

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law