Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Saturday, October 22, 2016

Interview : Selesai

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah biiznillah.

Syukur kerna telah selesai interview tengah hari tadi. Ini merupakan interview keempat yang Acik Mira dapat setelah tolak dua interview sebelum ini, dan gagal satu interview lagi. hahaha.

Tengah hari tadi interview di salah sebuah KinderKaizen di Ipoh ni. 
First time ever interview sebagai cikgu budak-budak ni. Macam-macam ujian kena buat tadi, tapi alhamdulillah Acik Mira pakai bedal je demo test tu. Success atau tidak, itu tolak tepi. haha

KinderKaizen ni pun Acik Mira baru tahu. Ia bukan taska, mahupun tadika, apatah lagi daycare. Ia sebuah pusat pembangunan kanak-kanak. Acik Mira research sikit sebelum hantar application tempoh hari, dan semalam buat fully research. Menarik kinderkaizen ni. Acik Mira je lah kena kental dan bertukar menjadi kanak-kanak mestinya. Sebab whole day akan bermain dengan mereka, biar mereka explore everything. With all the activities itulah mereka akan belajar sesuatu. Nice. Banyak libatkan unsur-unsur psikologi di sini. Uolllss boleh buat research sendiri juga, sebab Acik Mira malas nak taip panjang-panjang explain.

Dan insyaallah, Acik Mira akan teruskan hajat dan wawasan hati dengan apa yang telah dibualkan dalam entri sebelumnya. Semoga Allah redha hendaknya.

Cuak sangat tau interview tadi, sampaikan nak makan pagi pun tak lalu siap sakit perut lagi banyak kali ke toilet. Guguplah katakan. 

Lepas habis interview, rasa Ya Allah....leganya!!!!! Love you Allah! Satu beban dah lepas. Boleh balik rehat dengan amannya.

Doalah moga-moga ada rezeki Acik Mira nak menambah pengalaman dan ilmu di KinderKaizen tu. huahaha. Cuak pula bila fikir.
.
.
.
Memecut Zoffy ke kenduri member dan lepak-lepak dengan member lepas kenduri. Dapatlah ziarah sahabat yang baru bersalin; sahabat yang kenal sejak sekolah rendah lagi dan merupakan anak murid arwah Mak pun. Kecil je dia ni, perangai pun terasa cam budak-budak tapi sedar-sedar dah beranak sorang. hahaha. Tak percaya sungguh.

Then, sorang lagi sahabat yang bakal mendirikan bahtera juga. Pun rasa macam tak percaya. Biar betul dia nak kahwin. Bila renung diri sendiri, umur dah 26 tahun, wajarlah berkahwin pun.

Acik Mira? 
hahaha.
Belum lagi kot. Kerja pun tak ada lagi. Diri baru nak bangun semula. 
Insyaallah, jodoh itu akan datang tepat pada masanya. 
Once Acik Mira dah ready, jodoh tu pun ada kat sebelah.
hahaha

Berangan.



Thank you dear for your time today.
I love you all.

ha ha ha ha

Till then...
^_^


0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design