Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Tuesday, October 11, 2016

Bangkit semula

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

11 Oktober 2016

Masih ada lagi ke orang yang duk aktif di blog ni? Dulunya, blog adalah medium yang paling popular sekali, sehingga kan bermacam-macam aktiviti berduit boleh dibuat dengan blog ni. Dan, tak dinafikan pada masa kini, lagilah boleh berduit-duit dengan blog kan? Cumanya, blog sebegini tidak lagi menjadi gah seperti dahulu.

Agak payah juga ya nak pulihkan kembali semangat waja dalam diri. Nak kembali bangun serta bangkit bersemangat waja untuk terus lalui hidup ni.


 Sejak tahu Acik Mira sakit pada Disember 2015, perkara pertama selepas Acik Mira pindah duduk dengan abang di Shah Alam, adalah berhenti kerja. Selama dua tahun lebih hasrat nak keluar unit ditahan dan dihalang, akhirnya terus keputusan keluar terus dari syarikat. Acik Mira mahu keluar serta jauhkan diri dari anasir-anasir yang jadikan Acik Mira sakit begitu. Setiap hari diserang, setiap detik diserang, nak buat presentation tak boleh, nak bangun dalam meeting juga tak boleh. Badan sakit yang amat di surau, menangis bagai nak gila. Hampir setiap malam abang merawat. Ibu abah tiap masa risau. Kasihan pada mereka. Hanya Allah sahaja yang bisa membalas segala jasa keluarga. 

Kadang-kadang hingga sekarang ni Acik Mira benar sukar nak faham kenapa perlu adanya rasa iri hati terhadap orang lain? Kenapa perlunya sakitkan manusia yang lain? Kenapa perlunya wujud orang sedemikian? Kenapa ya? Apa salahnya kami-kami ini? Ya, Acik Mira ingat lagi semangat waja selepas habis belajar, tak sabar untuk dipanggil OJT (On-Job-Training), kemudian tidak sabar pula dipanggil interview secara official-nya. Betapa semangatnya Acik Mira bersama ibu dan abah mencari rumah sewa dan mereka temani Acik Mira hingga selesai interview. Semuanya keep bermain dalam fikiran. Dan semua itu hanyalah cerita lama.

Selepas berhenti, Acik Mira dapat rasakan diri ni sangat positif. Alhamdulillah, Allah berikan  pengalaman bekerja di kolej sebagai tenaga pengajar. Selepas sebulan di situ, Acik Mira sakit semula. Hahaha. Dan kini, Acik Mira kembali ke kampung duduk menenangkan diri. 

Acik Mira tak pernah salahkan sesiapa atas apa yang telah lalui ini, malah sedikit sebanyak Acik Mira nampak hikmah dari rentetan ini. Acik Mira bersyukur dengan nikmat kesihatan yang baik, yang masih Allah berikan. Acik Mira sangat bersyukur untuk itu. Biarlah orang buat Acik Mira macam mana sekalipun, Acik Mira tahu Acik Mira ada Allah.

Tapi yalah, hati ini kadang-kadang ada lemahnya juga. Lemah bila mana melihat kawan-kawan di tempat kerja lama seronok dengan hidup kerja mereka, bahagia dengan apa yang mereka lakukan, terjentik di naluri Acik Mirasedih. Terlintas di jiwa, "Kalaulah aku tak sakit dia buat, mesti aku ada kat team ni lagi, melunaskan segala hutang komitment aku.". Terusan Acik Mira istighfar. Tiap kali air mata ini mahu mengalir, hati dikuatkan dengan selawat dan istighfar.

Kata abang Acik Mira, "Jangan pernah kecewa dengan ujian Allah".

Acik Mira pernah talk heart to heart dengan abang walaupun hanya di whatsapp, kata Acik MiraAcik Mira boleh jadi gila jika tak kuat. sering teringat-ingat kali pertama benda tu ada dalam badan, setiap rentetan yang berlaku segar macam semalam je baru terjadi. Sukar nak lupakan meskipun sudah memaafkan mereka semua.

Selepas berhenti dari kolej, semangat Acik Mira makin jatuh. Lemah dan tidak sepositif dulu. Hingga pada saat Acik Mira menaip ini, Acik Mira masih belum pulih sepenuhnya. Orang nampak Acik Mira normal sihat, tapi tidak semangat Acik Mira. Perlahan-lahan nak bangun semula. Acik Mira nak hidupkan semula impian dan cita-cita yang telah tertanam dulu. Acik Mira perlukan doanya dari semua, semoga Allah permudahkan segala urusan dan kuatkan Acik Mira

Acik Mira yakin, memang ada bahagiannya untuk Acik Mira yang Allah simpankan. Cuma, bahagian itu masih belum sampai ke Acik Mira. InsyaAllah, ia akan sampai juga satu masa nanti. 

Terima kasih buat keluarga (semuanya) yang bersusah payah merawat, melayan, menemani, yang sentiasa ada untuk Acik Mira. Buat ustaz-ustaz dan jemaah2 famili IR yang sama-sama berjuang serta memberi ilmu serta merawat Acik Mira tidak kenal erti penat, terima kasih atas ilmu dan tenaga yang diberikan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa Acik Mira lebih tenang selepas bertemu dengan kalian, dan hanya DIA sahaja yang tahu betapa Acik Mira sayang kalian.

Melalui #celotehcahayanurish ini, Acik Mira akan bangkit kembali.

"Akak baca yaasin tiap-tiap hari Mira, akak doakan sebagaimana kamu sakit, seribu kali orang yang buat kamu tu sakit"

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design