Thursday, October 20, 2016

Another interview

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah biiznillah.

Hari ini, ada satu emel masuk ke dalam akaun Acik Mira. Bila buka emel tersebut, baca, lafaz syukur spontan kedengaran di bibir ni. Alhamdulillah, ada panggilan interview this coming Saturday! 😄

Apa? Yang Online test tu ke?

Owh, tidak, bukan yang itu. Online test bukannya rezeki Acik Mira. hahaha. Rezekiku di tempat lain rasanya. Dengan confident, diri ini tidak lulus test tersebut dan secara tidak langsungnya, tidak dipanggil untuk interview. hahhaa.

Lepas heart broken, Acik Mira cari semula conversation Acik Mira dengan seorang kakak manis ni berkaitan dengan dunia taska. Acik Mira ada bagitahu tak sebelum ni yang Acik Mira nak hadiri KAP? Belum lagi ek?

Okey, KAP tu stands for Kursus Asuhan Permata, yang dahulunya dikenali sebagai Kursus Asuhan Kanak-kanak. Selepas Acik Mira berhenti menjadi tenaga pengajar di kolej di kotaraya, ayah Acik Mira ada cadangkan untuk Acik Mira buka taska atau transit (ini juga hasil perbincangan kakak serta abang ipar). Mereka mahu Acik Mira dapatkan maklumat dari JKM, bagaimana prosedurnya.

Image result for transit icon
Pak Cik Google
Dan kejadian tersebut berlaku, dan hampir sebulan juga Acik Mira menunggu respon dari JKM bila KAP akan dijalankan. Dengan KAP ini, sijil yang dapat nanti valid untuk buka taska dan JKM akan guide kita sampai kita ada taska sendiri. Jadi kiranya Acik Mira just follow the flow, sambil-sambil tu minta kerja sana sini. Bila dah mula fikir nak serius dengan KAP ni, Acik Mira nak lah kerja di taska atau tadika, tapi masih belum ada ruang dan rezekinya. Susah bangat nak cari ya. hahaha.

Dijadikan cerita, waktu semak kembali conversation dengan kakak manis dan baca segala kata-kata semangat jua pengalaman dia dalam dunia kanak-kanak ni semua, Acik Mira perasan ada satu pusat kanak-kanak yang dia sebut. Oleh itu, Acik Mira google dan buat sedikit research adakah pusat tersebut ada di Ipoh ni? 

Alhamdulillah ada, dan Acik Mira pun stalk FB Page pusat tersebut. Kebetulan, mereka sedang mencari pekerja di pusat mereka. Pusat ni bukannya Day Care, tetapi lebih kepada pusat pembangunan minda kanak-kanak. 

Well, Acik Mira memang merendah diri orangnya walaupun sedia maklum ketinggian tidak tinggi mana, jujur, memang tak ada langsung ilmu ECE (early childhood education), tebalkan diri menaip emel dan cuba nasib untuk mohon isi kekosongan tersebut. Plan Acik Mira, jika ada rezeki dapat bekerja di situ, Acik Mira mahu luaskan study Acik Mira tentang psikologi kanak-kanak. Maklumlah Acik Mira pernah masuk kelas master Pengajian Psikologi, tapi separuh jalan sahaja. hahaha. Jadi ada baiknya Acik Mira sambung semula mana yang tergendala tu.

Jika weekdays kerja di pusat tu, sabtu ahad kelas KAP pula. KAP ini selama 3 bulan. Jadi, selama 3 bulanlah Acik Mira tidak akan ada life sangat. hahaha. Insyaallah, Acik Mira akan happy dengan life tu nanti. Ini antara apa yang Acik Mira nak lakukan.

Mana tahu, satu hari nanti, akan nampak Acik Mira di kaca TV berbicara tentang isu psikologi kanak-kanak ke kan. hahaha berangan lagi.

Belum interview dah berangan macam-macam. Sahabat-sahabat semua tolong doakan ya. Moga apa yang datang pada Acik Mira adalah yang terbaik dariNya. Jika bukan yang terbaik, minta Allah tarik cepat-cepat. Sungguh Acik Mira sememangnya tak punyai apa-apa di muka bumi ni.

Niat Acik Mira, nak bantu ibu bapa di luar sana. Nak bantu diri Acik Mira dan nak cari kepuasan serta kegembiraan dalam apa yang Acik Mira akan sumbangkan pada masyarakat nanti. Semoga Allah redha.

Image result for ilahiantamaksudi
Pak Cik Google

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law