Wednesday, January 13, 2016

Tahun 2016

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Syukur masih diberi kekuatan untuk melalui hari hari dalam kehidupan ni. 
Setelah melalui seminggu dua yang paling mencabar dalam hidup ini, Alhamdulillah, benar bersyukur kerna Allah masih sayangkan dan izinkan Acik Mira menempuh segalanya hidup ni.

Acik Mira nak menulis semula ni sebab Acik Mira terbaca satu blog yang selalu follow selama sebulan dua ni. Acik Mira suka baca blog dia dan terinspirasi untuk menulis semula. Inshaallah.

Perkembangan penulisan?
Alhamdulillah, setakat ni Acik Mira sedang usahakan cerpen pendek di page Facebook sendiri. Search sahaja Cahaya Nurish, nanti adalah Acik Mira punya page :). Tidaklah sampai tahap nak terbitkan buku sendiri, tapi Acik Mira harapkan cerpen-cerpen Acik Mira mampu memberikan impak pada pembaca dan mereka suka. Apa yang Acik Mira tulis, mahu ia ada kesan yang  baik pada pembaca. Karya-karya ini jugalah yang akan menjadi saham untuk Acik Mira di akhirat nanti.

Travel?
Inshaallah seminggu lagi, Acik Mira akan berangkat ke negara ketiga pilihan Acik Mira dan negara pertama untuk tahun 2016. Ke mana? Itu Acik Mira akan update kemudian. Tak berapa nak prepare pun tapi tak apa, sampai masanya Acik Mira akan prepare juga. Inshaallah Acik Mira akan kongsikan apa-apa yang patut berkenaan travel ini di sini nanti. Buat masa sekarang ni, steady je kemas barang sikit-sikit. Musim sejuk tau nak pergi ni.Cuak sangat rasanya.

Azam?
Banyak azam Acik Mira sebenarnya tapi tak apa, kita usahakan satu per satu. Azam ni pun campur sekali azam tahun lepas. wakakaka. Just want to be much better and better and awesome than last year, inshaallah.

Cukuplah kiranya untuk entri kali ni. 
Doakanlah diri Acik Mira ni sembuh sepenuhnya. Alhamdulillah, memang Acik Mira sedang sembuh, cuma harapnya doa kalian dapat membantu proses kuat rohani dan fizikal Acik Mira.

Jaga diri kome-kome sebaiknya, semoga kita sentiasa berada dalam jagaanNya :)

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law