Tuesday, December 08, 2015

Seminar Self-Publishing by Nurelhikmah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Haluuuuuuuuu. hahaha

credit : Kemi's blog
Just a short update on my activity last Sunday.
Memang tak sah, kalau jadual Sabtu Ahad tak full. Mesti wajib full. Kalau kosong tu dan Acik Mira duduk di rumah sahaja, itu tandanya Acik Mira sakit ataupun Acik Mira perlukan ketenangan dengan tidur. haha

Hari Sabtu Acik Mira dipenuhi dengan lawatan sambil belajar buat buku sendiri. Hari Ahad pula Acik Mira penuhkan dengan benda yang Acik Mira minat : Dunia Buku @ Penulisan.

Asalnya Acik Mira memang tak nak pergi pun sebab kos seorang rm100. Acik Mira kira kira duit tol, minyak, mahu dekat rm140 juga Acik Mira habiskan, belum masuk lagi lunch sendiri di luar. Disebabkan bajet Acik Mira bulan Disember ni sangat tight as Acik Mira betul betul keras hati nak save bajet ke Jepun next year, jadi Acik Mira lupakan je hasrat di hati. Inshaallah, peluang begini akan hadir lagi. Punya positif waktu itu. haha.

1 Dec 2015, Acik Mira terbaca entri Nazri Arshad (Moji) yang dia nak jual seat dia sebab dia ada job lain Ahad tu. Dia offer RM70 sebab dia daftar secara berkumpulan. Lebih jimat. Acik Mira buat bodoh je lagi. Malam tu pula, Moji ni update pula page FB dia dengan iklan yang sama. Jadi Acik Mira pun tengok komen-komen di FB dan page FB dia. Macam tak ada yang berminat je. Oleh yang demikian, Acik Mira pun PM moji.Terus tanya seat ada lagi ke tak. Entah kekuatan dari mana entah datang macam tu.

Time nak buat bayaran, online banking buat hal pula as nombor phone memang problem 2 hari tu. Sistem nak hantar TAC kat Acik Mira pun tak lepas. Gelabahlah sebab Acik Mira dah janji dengan Moji nak bayar. Roger roger sahabat yang Acik Mira ada, Alhamdulillah, deme beri respon yang baik nak bantu. Dunia akhirat demelah sabahat Acik Mira. Lebih 5 tahun kenal, deme lah sahabat Acik Mira.

Malam tu, kiranya, Acik Mira sudah buat keputusan untuk pergi. Asalnya buat bodoh je kan...alih alih pergi juga.

Satu benda je yang Acik Mira dapat agak dari seminar macam ni, mereka yang hadir mesti power power. Memang betul pun. Ada yang datang dah siap manuskrip. Ada yang dah nk printing. Ada yang dah ada buku dan teringin nak terbit sendiri je lepas ni. Ada yang tulisan dia viral kat FB..insta. Allah, Acik Mira apa ada? Rendah je rasa diri, tapi itu tak menghalang Acik Mira untuk timba ilmu dalam seminar ni.

Macam Kursus Penulisan Tuan Zamri tahun lepaslah, Acik Mira sorang sorang juga. Mak cik sebelah Acik Mira ni biasa je. Duduk sebelah Acik Mira senyum manis. Acik Mira ni susah sikit orang senyum senyum. Mulut ni automatik rajin pula nak mulakan perbualan. Sembang baik punya. Mak cik tu smack down Acik Mira dengan persoalan :

"Bawa berapa banyak manuskrip? Tulis genre apa? Nak hantar kat publisher mana nanti ni?"

Sentap beb. Acik Mira segan nak jawab. Acik Mira manuskrip pun tarak. Genre apa pun Acik Mira masih keliru. Publisher? Lagilah ke laut semua itu. Aim Acik Mira just nak tahu dan belajar. hahaha. Mak cik tu siap bagi kad dia sambil cakap kat Acik Mira :

"Nanti dah ada buku nanti jangan lupa roger mak cik na"
T_______T



Berbalik pada Seminar tadi, ada 4 slot semuanya.
Slot 1 : Tuan Syarafuddin Sulaiman, Editor PTS
Slot 2 : Meor, Mr Traveller
Slot 3 : Bicara Santai bersama Heliza Helmi dan Ustaz Syed 
Slot 4 : Sesi bersama Tuan Faris, orang kuat Nurelhikmah

Setiap slot yang ada memang ada kekuatan mereka tersendiri.
Acik Mira suka style Tuan Syarafuddin dalam slot dia. Dan Acik Mira juga beranikan diri bertanya pada dia tidak puas hati Acik Mira dengan dunia buku ni. Serius kaw kaw Acik Mira tanya. hahaha. Banyak juga hujah hujah dia berjaya menampar hati ni. Sentap.hahaha

Acik Mira share satu dua kata-kata Tuan Syarafuddin ni :

"Bukan masalah, ini halangan. Ini cabaran. Ia perlu diatasi, bukan lari"
-Part ni Acik Mira sentap habis. Direct je cam tegur aku-

"Kerang-kerang di tepi pantai, dipijak sakit, dikutip tak laku"

Acik Mira janji satu dua je kan.. hahaha

Slot kedua by Meor a.k.a Mr.Traveller.
Ni kali kedua dah Acik Mira jumpa dia. First time tu waktu Backpackers Day. Time tu dia duk share pengalaman dia mengembara. Kali ni, dia duk share pengalaman dia buat buku sendiri. Alhamdulillah, banyak Acik Mira dapat dalam sesi dia ni. Dia bagitahu satu per satu dan tips sekali. Dia ni bagi Acik Mira memang pandai bercakap, so tak bosan bila dia bagi talk. haha.

Satu quote dari dia : "Kejarlah impian anda selagi masa masih ada..."

Slot ketiga adalah sembang santai. Memang santai pun. Gelak je banyak. Relaks. Kalau dah Heliza Helmi tu ada, expect lah apa akan jadi dalam majlis tu kan. Acik Mira dah banyak kali attend talk Heliza Helmi ni. Banyak kali, sejak zaman MMU lagi. haha. So, memang tak bosan. haha.

Slot keempat, last sekali ni, Acik Mira suka. Lagi banyak info dapat tau.
Tuan Faris ajar macam mana nak printing sendiri. Memang pening tapi alhamdulillah otak Acik Mira masih cerdas dan boleh menerima maklumat dengan baik. Mula mula tu memang tak faham, tapi lama-lama, oOOooo.. begini rupanya. Dan seriously, kalau ada bajet sendiri, better go for terbit buku sendiri. Perlu kerja kuat on marketing side sahaja. :D

Nampak tak betapa ringkasnya Acik Mira update setiap sesi? 
Sebabnya Acik Mira dah mengantuk sangat sangat time macam ni. Baru 9.18 malam, tapi tahap mengantuk dah tak boleh nak kawal dah. hahaha. Cukuplah rasanya kot. Apa apa pun, Acik Mira bersyukur sangat sangat sebab Allah tetap gerakkan rasa hati Acik Mira untuk pergi. Banyak benda Acik Mira dapat. Acik Mira puas hati dengan usaha yang dijalankan oleh penganjur. Doa doalah, moga moga Acik Mira akan ada sendiri ke buku. hahaha.

Oh ya, sebelum terlupa, bagi yang solo single mingle ladies out there, macam Acik Mira, sila jaga diri anda baik-baik tau. Acik Mira shoot ke Masjid taman melawati time Zohor, ada sorang ni approach Acik Mira nak jual buku. Bukan tak nak percaya, tapi zaman sekarang lots of thing can happen. Kau duduk bertapa kat masjid pun benda tak baik boleh berlaku. So, please be extra careful on what you take and you receive from others. okey? 

Sekian dahulu.. adios...

:D

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law