Saturday, November 14, 2015

Pulau Redang, Terengganu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Kali ni, Acik Mira nak update tentang percutian Acik Mira ke Pulau Redang, bulan April yang lepas, sebaik sahaja Acik Mira balik dari bercuti ke Perth, Australia.

Okay, yang bercuti di Perth tu, boleh tak kalau Acik Mira tak update apa-apa?
Kalau ada yang nak tahu details, boleh je email ke Acik Mira, nanti Acik Mira akan reply sekali bagi details.
Dalam 70% tercapailah apa yang dirancang. haha.


Okey, back to the main reason why I wanna update this blog, just nak cerita tentang travel ke pulau. Ini adalah first time Acik Mira rancang sendiri percutian ni. Dengan osmet yang sama pergi Sabah (Kak Nurul dan Kak Aishah), Kak Kiah (juag osmet Acik Mira), dan Kak Ellan (BFF kak nurul dan kak kiah). Kami berlima yang Acik Mira gelar sendiri 'Pulau Gurlz' memulakan percutian kami.

Bertolak ke Terengganu malam Jumaat, lepas balik kerja. Kami semua pakai baju siap untuk berenang dah. haha. Yalah, naik bas buat apa je kan, tidur. Sampai Terengganu dah Subuh. Jangan risau, dekat stesen bas KT, ada satu masjid putih. Seberang jalan ja, masjid kat belakang, dekat dengan satu hotel. Lupa sudah nama hotel tu.

Kami solat berjemaah di masjid.
Selesai solat, kami makan kat situ untuk tenaga, sambil sambil tunggu Kak Ellan yang datang dari arah utara ke Terengganu. Selesai semua bab tu, Kak Kiah hubungi resort yang akan kami menginap nanti, minta hantarkan orang untuk jemput kami di stesen bas. Rezeki. Ada sorang pakcik ni datang jemput kami. Katanya jeti yang akan kami naiki tu jauh sedikit dari Jeti Shah Bandar. Memang jeti terpencil.

Kami sampai di jeti tersebut dalam jam 8 lebih. Kami je yang ada. haha. sempoi. 
Tak lama lepas tu, sampailah owner resort, kami settle kan pembayaran dan ready tuk naik bot.
BOT. SPEEDY BOAT. Bukan FERI!


Kami berlima naik dahulu bot tersebut. Kalau nak tunggu feri, alamatnya jam 11 pagi nanti. Lambat weyh. Dah alang alang travel jauh ni, apa kata try je naik semua ye dak?

Jadi kami pun naiklah speedy boat tu.
Okay, sumpah seronok! Serius seronok walaupun kami berhenti kat tengah tengah laut tu sebab abang pemandu bot tu nak buka spek mata hitam dia. Katanya ombak kuat. haha. Tapi jujur memang gila best, siap basah separuh badan kami. Redha weyhh redha. Dah nama nak main air kan, kena redha basah. haha.

Acik Mira dalam bot tu rasa macam cerita Gerak Khas yang kejar penjenayah lautan. haha. Poyo gila pula >_<

Kami menuju ke Redang Mutiara Resort.
Private Beach.
Tak ada resort lain selain resort yang kami menginap sahaja.

Sampai je kat Jeti pulau tu, Allah je yang tahu. Punyalah cantik weyhh. Cantik.
Kami check in, dan terus makan kat kantin. 
Kat sini, snorkelling 3 kali, makan semua kantin tanggung. Bestlah.

Yang lagi best, kami je batch pertama yang sampai. 
Kami dah siap makan, orang orang yang naik feri kat jeti pagi tadi tu, baru sampai.
hahaha.
Kami naik speedy boat sampai awallah, siap ready dah untuk snorkeling yang pertama.
>_<


Pasir putih weyhhh :D

Snorkeling tiga kali. 
Kali pertama sesampainya kami di situ, kat tengah tengah laut.
Kali kedua dan ketiga esok harinya pula.
Sumpah takut. 
hahahaha.
Tapi Ya Allah, cantiknya.. sangat cantik okey.


Selesai snorkeling, kami rehatkan diri, dan siap sedia untuk makan malam yang disediakan.
Kat Redang Mutiara Resort ni, apa hiburan pun tak ada. Sebabnya private beach. Sesuailah kalau nak ketenangan. haha 

Malam tu tak silap, ada ABPH. Sempatlah kami tengok juga bersama-sama dengan krew-krew yang sedang menjalani shooting satu drama ni. haha. Epic sangat jumpa dengan deme. Epic gila. Siap esok paginya, salah seorang krew yang kami sembang sembang tu minta Acik Mira tulis kat papan slat (yang untuk kata cut..action tu).. Acik Mira pun tulislah. Cantik juga tulisan Acik Mira ni. kah kah kah


Snorkeling kat Marina Park, biasa biasa je Acik Mira rasa, tapi okay lah. dan snorkeling yang ketiga tu, Acik Mira surrender. Kak Kiah dan Kak Nurul je pergi. Yang lain just berehat kat pantai. Letih weyhh.

Lagi satu kenangan best lepas balik dari snorkeling kedua tu, Kak Kiah, Kak Nurul, Kak Ellan beria nak lompat dari jeti ke bawah. Lawak weyhh. Kak Kiah sampai kena tolak dek sorang pakcik tu, barulah jatuh. Kalau pakcik tu tak tolak, rasanya mahu tahun depan pun Kak Kiah tak kan terjun. hahahaha.

Seriously, kalau diberi peluang lagi, Acik Mira nak pergi lagi Redang ni. Dan korang korang pun wajibulghunnah kena pergi :D







View dari bilik kami.

Nak balik dah. tunggu feri datang.

Sebelum Acik Mira lupa, Acik Mira jumpa pakej ni kat FB. Tak silap Acik Mira namanya Redang Mutiara Resort...kot. haha. Acik Mira lupa.

Kos semua untuk penginapan RM339.20/seorang
Kos selebihnya seperti tiket bas, tiket flight (balik naik flight sebab tak nak penat naik bas. haha) tu tak termasuk dalam RM339.20 tau. haha Kira congak congak dalam RM500 seorang :)

Tambahan lagi, pakcik yang jemput kami kat stesen bas haritu, dia juga yang hantar kami ke airport dan dia bawa kami jalan jalan sekitar KT sebelum flight. Dia bawa tempat keropok lekor yang best, tempat lunch yang best..dalam RM90 rasanya pakcik tu ambil. Ok la kan? Lebih kurang sama rate dengan Sabah je. hahaha.

Pakcik tu baik sangat. Terima kasih pakcik :)

Worth it! Seriously worth it!

Okie dokie.. happy traveling you ollssss

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law