Saturday, November 14, 2015

Borneo - Sabah - Kota Kinabalu - Kundasang (4)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Day 3
9 November 2015

Hari ni bangun lagi awal sebabnya sejuk gila. hahaha. Acik Mira je sorang tidur kat luar sebab yang lain dalam bilik masing-masing, sejuk weyhh.



Kul 6 pagi, Acik Mira dah buka pintu rumah dan tengok keadaan sekeliling. Dah terang weyhh. Acik Mira teruja gila bila nampak Gunung Kinabalu terpacak segak. haha.
Semalam mana nak nampak dah diseliputi dengan kabus. Pagi ni, perghhh lawa weyh. Baru kul 6 pagi cerah ibarat kul 7 pagi tu.
Nampak je gunung tu, terus capai DSLR yang Acik Mira pinjam dari member dan snap apa sahaja. haha






Tangkap gambar sikit di guesthouse, terus kami siap siap ke Kinabalu Park.
Start enjin kereta, terus gerak. Rugi kalau tak pergi awal-awal, nanti Gunung Kinabalu dah kena tutup dek kabus.

Bayaran masuk Kinabalu Park : RM3

Tanya orang kat situ, mana best ambil gambar, posing sikit dan start enjin semula, mendaki ke atas...mendaki dengan kereta.



Ni phase yang atas sikit dari gate masuk.


Mendaki lagi sikit sampailah ke Pondok Timpohon.


Dari atas ni, dapat tengok pemandangan yang sangat cantik. Subhanaallah. Cantik sangat. Siap nampak air terjun lagi.

Lautan kabus tuu.. yang putih tu.. cantik weyhh









 Dekat kul 8 tu, kami dah siap siap nak gerak balik dah. Lagi pun waktu tu Gunung Kinabalu dah start berkabus dah sikit sikit. Kami balik ke guesthouse untuk sediakan sarapan pagi, berbekalkan lebihan lauk semalam. Kami goreng jadikan maggi goreng. Dalam jam 10 pagi, baru kami check out dan meneruskan ekspedisi kami.


Lepas checkout, destinasi pertama kami adalah Poring Hot Spring untuk Canopy Walk.
Bayaran masuk Poring Hot Spring : RM3
Bayaran masuk Canopy Walk : RM3
Kamera : RM5

Tak ada apa pun yang best kat Poring Hot Spring ni melainkan kalau kome kome nak mandi picnic bersama keluarga. Kebetulan, terjumpa lagi keluarga yang kami jumpa di Sapi dan Manukan kelmarin. Bukan main semangat lagi makcik tu melambai dari dalam kereta dia nak tegur kami. Bersalam-salamanlah kami duk tanya apa best kat Poring. haha. terbaik kan? Bagus betul. Termakbul doa jumpa di Kundasang. haha.


Canopy Walk yang bagi Acik Mira dah cukup tinggi. Tapi Kak Nurul bagitahu, taklah tinggi mana. haha. Bukit Bendera lagi tinggi. Okey, kalau kat sini Acik Mira rasa tinggi, kalau Bukit Bendera, mahu Acik Mira menangis nak patah balik. Sorry la, Acik Mira ada masalah trauma atau gayat tinggi. Macam kat Perlis dulu, Acik Mira turun balik setelah panjat bukit tu. Rasa gayat nak mati. haha Pening kepala. 
Mujur yang ni Acik Mira kuatkan juga semangat, tak tengok bawah langsung. haha.






Second destination kami adalah : Sungai Tagal.

Kat sini, baca blog mereka yang dah ke Sabah, katanya ada ikan yang gigit gigit kaki kan?
So, kami pun nak merasalah kaki digigit. Kebetulan lagi, makcik yang sama kami jumpa. Sembang hebat tu. Terasa rapat sangat. Acik Mira harap keluarga ni akan sentiasa berada dalam jagaanNya. Baik sangat keluarga makcik ni :)

Okey, berbalik pada Sungai Tagal, bayaran masuk : RM5. Kamera : RM3. Makanan ikan : RM1. Acik Mira lupa sebenarnya harga asal, lebih kuranglah tu kot. Setiap kumpulan yang nak masuk akan diberi nombor, dan nombor akan dipanggil. Masa diberikan bersama-sama dengan ikan adalam maximum 30 minit.


Tengok tu, siap ada ikan keli tu. Mahu tak menjerit kami kami ni? Kena sengat cemana? Acik Mira siap cakap "kalau tangkap ikan keli ni, buat goreng sambal sedap gak". Ada yang dengar, deme gelak. Besar kot ikan tu. kalau sekor tak pe gak, ni sampai tiga ekor datang, yang besar besar.

Bila tanya kat penjaga situ, "ikan ni tak sengat". 
Yelah tu, dibuatnya sengat gak?

Kat sini, kami je yang bising duk jerit jerit. Geli weyhhh. Ada satu jenis ikan yang putih sikit, ikan tu gigit. Dia gigit bukan gigit manja, tapi gigit sungguh sungguh. Sakit gila. Serius sakit. haha. Acik Mira lupa sudah apa kebaikan gigitan ikan ni. Acik Mira tengok kaki mat saleh sorang tu sampai merah merah berdarah kena gigit =.='.

Selesai sesi bersama ikan, kami duk panjat pula jambatan yang ada kat situ. Jambatan lama. Lepas Acik Mira tanya penjaga ikan tagal tu cakap kalau jatuh, tanggung sendiri. Tiada sesiapa yang jaga kat situ. Papan yang ada sebagai laluan jambatan tu pun dah reput, haha, so memang kena hati hati la yep.




Destinasi katiga kami : Jambatan Tamparuli, Rumah Terbalik dan Museum 3D (On the way balik ke KK). Kalau nampak Shell sebelah kanan (dari Kundasang), kalau dari KK Shell sebelah kiri anda. Sebelah Shell, ada signboard Rumah Terbalik.

Bayaran masuk sekali dengan museum tu RM31.80 seorang. Kalau Rumah Terbalik je RM24, tak pun RM21++. Lupa sudah.

Rumah terbalik ini adalah rumah pertama, dibangunkan pada Julai 2011. Tanah yang digunakan adalah tanah persendirian, itulah sebabnya tidak dibenarkan mengambil gambar dalam rumah ni. Barang barang dalam rumah memang terbalik semua; digamkan atau diskru kan. Yang pertama sampai di rumah tersebut tak silap saya TV, peti ais. Boleh jalan atas karpet merah sahaja, atas faktor keselamatan, dibuatnya jatuh, dah maut. haha.

Ada satu bilik tu, diletakkan cermin besar di lantai, bila tengok cermin tu, pantulan barang yang ditampal terbalik, dan nampak bilik full. Ada seorang yang akan terangkan semuanya nanti. Sejarah rumah tersebut. Maaflah, Acik Mira lupa apa yang diceritakan. Yang menarik perhatian Acik Mira adalah Gunung Kinabalu yang nampak jelas dari Rumah Terbalik tu.

"Itu bukan Gunung Kinabalu ke?"
.
"Betul, Gunung Kinabalu," yang jaga Rumah Terbalik tu jawab.
.
"Bukan time petang macam ni susah ke nak nampak Gunung Kinabalu? Macam mana boleh nampak pula?"
.
"Mungkin sana tak hujan kot," jawabnya lagi. Dalam hati Acik Mira, kitaorang dari Kundasang kot, hujan je manjang. haha.

Jom layan dalam museum 3D plak.
Dalam muzium ni, kami diarahkan untuk buka kasut, bagi memelihara kualiti gambar. Setiap gambar ada diberitahu cara nak tangkap dengan cantik. Nak berdiri belah mana dan sebagainya. Ada 24 gambar semuanya, dan tak semua gambar kami berjaya tangkap nampak real. haha













Jambatan Tamparuli dah cat baru! haha. Jambatan ni sebelah pasar je. Waku kami pergi tu, hujan renyai-renyai, jambatan tu hanya untuk pejalan kaki. Yang menunggang motosikal, Acik Mira tak pasti. haha. Serius scary naik jambatan tu. Kat bawah tu deras sungguh air. Sebelah kiri, ada jalan kecil kereta untuk lepas. Jalan kecil okey. Satu kereta sahaja yang boleh lalu at one time, so memang kena beralah ikut turn. Jangan gaduh-gaduh dua-dua hala nak jalan kereta, nanti jatuh dalam deras tu. Kami memang tak nak lalu situ, Rela ikut jalan jauh okey. Jambatan ni free of charge aja.

Settle habis kat sini, kami gerak terus ke bandar KK, untuk isi perut. Malam tu kami melantak Pizza Hut je. haha. sorang RM18. oklah tu, lagi murah dari makan makanan laut sebelum ni. haha.

Selesai makan, kami ke Pasar Filipina sebab member member ada yang nak beli souvenir lagi. So layan. Penat tu tolak tepi je.

Dalam jam 10 malam, kami pulang ke hotel, siap siapkan diri dan rehat. haha. Penat weyhh.


***

1. Bajet sebelumnya : RM598.17
2. Poring & canopy : RM11
3. Sg. Tagal : RM9
4. Rumah Terbalik & Museum 3D: RM31.80
5. Pizza (makan malam) : RM18

Total : RM 667.97

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law