Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Saturday, November 14, 2015

Borneo - Sabah - Kota Kinabalu - Kundasang (3)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Day 2
8 November 2015

Hari Ahad ni, kami bangun cam biasa, 6 lebih dah keluar bilik. Pagi ni ada Pasar Gayatri,
Betul betul dekat dengan hotel kami, keluar je jalan sikit, dah start pasar tu. haha

Orang bagitahu, kalau nak beli T-shirt, sini murah. So kami mulakan pengembaraan kami di pasar pagi ni.













Settle urusan kat sini, kami shoot terus ke Kundasang. Lewat sangat dah kami gerak, dalam 10 pagi lebih. lewat sangat dah tu. haha. Kami tapau siap siap KFC, persiapan kami nak lunch kat sana. Kami lewat bertolak pun sebab kami cari barang-barang basah untuk dibawa ke Kundasang, nak masak untuk makan malam la katakan.

Perjalanan ke Kundasang dalam dua jam jugalah. Kami tak singgah pun Rumah Terbalik semua tu, itu kami singgah on the way balik KK je.














Destinasi kami yang pertama setibanya di Kundasang, adalah Desa Dairy Farm. Yang ni semua cakap cam New Zealand lah. Memang sejuk pun. Tapi jalan nak masuk ke dalam ni, perghhhh ibarat kena guna FordDrive la. Jalan dia teruk gila. Lopak sangat dahsyat okey. Rosaklah tayar kereta yang ada T_T.

Entry Fee masuk sini : RM5/seorang








Dah sampai sini, rugilah kalau tak cuba susu dan juga aiskrim kan. Ramai gila hari tu, maklumlah cuti umum kan, nak cuba punya pasal, gigih beratur panjang. Gigih sangat beratur okey.

Ada 6 kaunter kalau tak silap, setiap kaunter berbeza nak beli apa.
Sebagai contoh : Kaunter 1 & 2 untuk beli susu dan yogurt
Kaunter 3 : cenderahati
Kaunter 4,5,6 : untuk beli askrim, waffle, pizza


Susu paket kecil : RM4++
Susu paket besar : RM6++
Aiskrim : RM5.30 (ada coklat, vanilla)



Lecak. salah langkah T_T. Busuk bak hangg




Lama jugalah bergambar kat sini, kul 2 lebih, kami gerak ke tempat lain. Hajat di hati, nak isi minyak sebab minyak tinggal 1 bar je. Gigihlah waze cari stesen minyak. Jumpalah stesen minyak selepas roundbout yang kedua. Terpencil ke dalam sangat stesen tu tapi sayangnya untuk isi minyak kereta biasa, pam rosak pula. Cuak weyhh. Dahlah hujan. Mana nak cari pam minyak ni?

Tanyalah orang kat stesen tu, katanya ada kat pekan Ranau. Haaaa sudah.. Ranau? Tak masuk dalam jadual travel pun. Tak apalah, waze kasi cari Ranau. Dalam waze adalah nampak Petronas, Petron, Shell. Alhamdulillah, Acik Mira set waze ke Ranau. Dalam 20 minit juga. tawakal. haha.

Sebelum masuk pekan Ranau, sebelah kanan ada Petronas. Kami berhenti di situ untuk isi minyak dan solat. Full tank RM42.80. Semalam kami full tank juga : RM48. Total : RM90.80. Sorang dalam RM18.20

Selesai urusan, kami patah balik semula ke Kundasang. Terus ke Guesthouse kami, Kundasang Guesthouse. Boleh search kat FB : Kundasang Guesthouse.

Baru lagi guesthouse ni, baru operasi Februari 2015. Acik Mira sangat puas hati dengan kondisi rumah. Ada dua bilik tidur, dua bilik air, dan kelengkapan lengkap dapur include sekali peti ais, microwave. Ada TV, iron board, iron. Yang tak ada hanyalah tuala. Extra mattress FREE. hahaha

En.Nazril (owner guesthouse) sangat baik. tapi sayang Acik Mira tak dapat jumpa, entah ke mana lah dia. >_<.

Nasihat Acik Mira, kalau boleh ambil rumah atas tau, baru best. Kami dapat rumah bawah. haha











Acik Mira memang puas hati guesthouse ni. recommended lah :)

Semalam :RM450, tapi kami dapat RM400 : RM80/sorang

Malam tu, Wani dengan Kak Aishah masak sup. Bahan bahan ada sayur, sosej, isi ketam,fish cake, maggi. Kami makan sambil layan ASK. haha.

Kubur sebelah kanan tu. nampak tak? Insaf bakk hanggg >_<

***
1. Bajet sebelumnya : RM558.57
2. Desa Dairy Farm Entry : RM5
3. Susu kecil : RM4.80
4. Susu Besar : RM6.30
5. Aiskrim : RM5.30
6. Minyak kereta : RM18.20
7. Kundasang Guesthouse (semalam) : RM80
8. Kelengkapan groceries : RM20

Total : RM 598.17

2 comments:

Ennor Plenetzurah said...

Salam Dari Sabah....
err... nak betulkan sikit... bukan pasar gayathri... Pasar Gaya Street.. or org local panggil Tamu di Gaya Street...

I follow yer...? ^_^

cahayanurish said...

Salam dari Ipoh :).

Terima kasih @Ennor Plenetzurah kerna membetulkan saya. hik hik hik. Inilah padahnya terlalu confident menaip :P. hehehe..

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design