Saturday, November 14, 2015

Borneo - Sabah - Kota Kinabalu - Kundasang (2)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Officially day 1.
7 November 2015

Yeay!

Subuh di sini awal tau, jam 4 pagi lebih dah masuk Subuh. Lepas Subuh, tidur balik. Dalam 6 lebih kami siap-siap untuk turun dan cari sarapan. Awal ni. Tapi kat Sabah, tak ada maknanya awal weyhh. Ibarat kul 7 dah kat sini walaupun masih jam 6 pagi.


Acik Mira baca review, ada sedia rotilah kat tempat beranda tu, Acik Mira pergi jenguk, tak ada roti pun. Pembakar roti adalah. Bab ni Acik Mira tak puas hati. Sepatutnya sediakanlah biskut setidak tidaknya, ni kosong je.


Turun ke kaunter lobby bawah, Acik Mira sembang dengan tauke tu lagi tanyakan tentang Island Hopping.
Target kami nak ke Sapi, Manukan, Mamutik. Tapi selepas sembang sembang, kami pilih dua pulau je iaitu Sapi dan Manukan.

Tanya juga tempat makan best untuk sarapan. Eh, silap, tempat makan halal. So kami pergi makan kat restoran Azlina, betul betul belakang hotel kami. hhaha.. hotel sangat =.='.


Okay, untuk makluman, makanan kat sini memang susah nak diterima tekak. Sangat tasteless okey. Tapi sebab nak dapatkan energy, gigihkan juga untuk makan. Macam kat Korea lah, tapi kat sana Acik Mira memang boleh telan lagi. Acik Mira pakai telan je, bedal sampai 3 kotak nasi goreng Korea. haha



Nasi goreng + telur goreng + Air mineral botol = RM3.50 
Nasi goreng ni memang kuranglah rasanya, tu yang Acik Mira letak kicap dan sos bagi sedap sikit rasanya.
>_<

Dalam jam 7 lebih sikit, kami patah balik semula ke hotel, dan minta jasa baik untuk deme plan trip island hopping kami. hahaha.



Island hopping :
1. Sapi + Manukan : RM19 + RM13
2. Terminal fee : RM7 lebih.
3. Island entry fee : RM3
4. Snorkelling set : RM 15
5. Seawalking : RM150 ( Ni Kak Nurul je ambil)
6. Parasailing (betul ke pun ejaannya? haha) : RM90 minimum kena 2 orang naik
7. Banana boat (harga tak nampak plak =.=')
8. BBQ kat Pulau Sapi : RM40/seorang (yang ni kami tak ambil.haha)

Total : RM 57 (Sapi&Manukan + terminal fee + Island fee + snorkelling set)

Selesai kat hotel ni, kami jalan kaki ke Jesselton Point. Nampak je Hyatt Regency, dan bulatan ikan Todak, sila ambil kanan dan straight je. Hujung sekali ada Jesselton Point.





Nampak tak ikan todak tu? Ambil kanan nak ke JESSELTON POINT. Ambil kiri kalau nak ke Pasar Filipina dan Pasar Besar KK.
Pasar Filipina & Pasar Besar KK

Macam kami, ambil kiri, terus ke Pasar Besar KK dan Pasar Filipina. So tak jumpa jetinya. haha.
Banyaklah ikan ikan yang jual tiket untuk ke pulau pulau yang ada. Ada yang offer lagi mahal. Siap cakap kami ni silap buat pilihanlah sebab ambil dari hotel. Dia ada lesen menyelamlah.
Kena keras hati sungguhlah time ni. hahaha. Disebabkan dah sesat, kenalah tahan sikit muka ni, untuk ke jalan yang betul. haha







Kami perg under Arapu Holdings Tours, kaunter no.8


Pulau Sapi

Bila sampai di Pulau Sapi, rasanya refresh sangat. haha. 











Lama gila kami kat Pulau Sapi ni, dari kul 8 lebih sampailah kul 1 kot.
Pulau kecil, ramai gila orang. Panas kemain. Tapi tandas sangat bersih okey.
Even ramai orang, tandas bersih sangat. Suka suka.

Pengalaman snorkelling di sini, ikan tak banyak. Kalau boleh buat perbandingan, Redang jauh lagi seronok. hahaha. Testimoni tegar Kak Nurul. Kak Nurul siap cuba Seawalking semata-mata nak jumpa ikan tahu. :)

Keterujaan Redang jauh lagi tinggi dari island island di Sapi.

Rehat rehat, jam 1 tengah hari, kami berangkat ke next pulau; Pulau Manukan.
Pulau besar tapi sunyi..nyaman je. hahaha. Bolehlah kalau nak makan makan kat sini, tapi harganya sangat mahal okey.


Nasi goreng RM4. Sosej RM1.50. Teh o ais juga RM4. Aiskrim aiskrim yang ada pun bapaklah mahal. Tengok ramai makan aiskrim, jadi Acik Mira pun jenguk jenguk kedai yang ada. Tak beli pun, sebab nak jimat punya pasal.

Ni harga aiskrim yang Acik Mira ingatlah :
Magnum RM7.50
Cornetto RM5.50
Solero & Padepop RM3.50
Aiskrim potong RM3
Aiskrim cup RM4






Kami ada jumpa satu famili ni kat Pulau Sapi, duduk semeja dengan kami. Sementara menunggu anak dan menantu dia bermain air, sembang sembang dengan kami. haha. Orang KL, duk Cheras Anak perempuan dia memang suka air, banyak merantau main air. Dapat pula suami yang sekepala, bagus sungguh. Dapat buat hobi sama sama. hahaha.

Hahaha. Banyak kami sembang. Baik orangnya makcik ni. Jumpa juga kat Pulau Manukan. hahaa. Jodoh panjang kita jumpa di Kundasang pula ya? :)

Balik ke KK semula jam 4 lebih, waktu tu hujan rintik rintik dan something terjadi dalam bot time kami balik. Scary gila, tak naklah cerita kat sini, just nasihat Acik Mira, pakai life jacket sentiasa tau. Dan tawakal je hanya pada Allah. hahaha. memang sepanjang balik tu, Acik Mira zikir je dalam hati, punyalah takut >_<

Sampai KK (kami tak turun kat jeti yang kami naik tadi pun), kami turun kat Pasar Filipina je, kat tepi tepi tu, so sini pun, berhati hati tau. licin la hai.. takut jatuh. haha.

Kami jalan jalan kat Pasar tu sekejap walaupun dalam hujan. Kami jalan cari makanan petang, makanan local.

*gambar tak de pula. Tapi sedap jugalah makanan local tu*

Sampai ke hotel, kami rehat, dalam 7 lebih, kami keluar semula untuk makan malam.
Kami ke Gayang Restoran, Tuaran. Tapi kami patah balik sebab kurang keyakinan nak makan kat situ. Kami ke pasar Filipina je. haha. gigih cari parking kat situ. Nak nangis rasa.

Kat sini, ada satu lagi gerai gerai makan banyak kat area bulatan ikan todak tu. Situ lagi banyak makanan laut murah murah. Sila jalan sampai ke sana ek. Kitaorang dah lapar sangat, just duduk je kat pasar tu nak makan. Nasihat Acik Mira, sila jalan kasi habis tau.




Total makan seorang RM33. haha. Mahal jugalah kan? hurm..

Lepas makan, jalan jalan kat pasar malam, beli apa yang patut dan kemudian balik hotel tidur.


***

1. Semalam nye bajet : RM416.57
2. Island hopping : RM57
3. Makan pagi : RM3.50
4. Makan kat Manukan : RM9.50
3. Duit kereta Saga (4 hari) : RM72/seorang
*yang kereta ni Kak Aishah yang uruskan, so Acik Mira tak pasti nombor kereta. kalau nak, habaq mai na*

Total : RM 558.57



No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law