Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Saturday, November 14, 2015

Borneo - Sabah - Kota Kinabalu - Kundasang (1)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Selamat pagi semuaaaaaaa.
Hari ni terasa nak update sikit blog ni setelah sebulan lebih tak update. haha


Disebabkan baru je nak sihat sedikit, as semalam diserang flu+demam dan checkup dengan O&G, hari Sabtu yang lovely ni, bolehlah kiranya update blog sesawang ini. haha.

Okey, kali ni nak update pasal travel Acik Mira dan kawan kawan ke Sabah; Kota Kinabalu dan Kundasang.
Pernah dengar tak lagi Hairul Azreen - Semerah Warna Merah?


Kerna video dan lagu tersebutlah, Acik Mira buat keputusan untuk ke Sabah bercuti. Benda ni disokong kuat oleh salah seorang osmet Acik Mira, Kak Aishah. Hahaha. Kami excited gila kot nak bercuti ni. So, kami mulakan tugasan kaji selidik Kota Kinabalu dan Kundasang. Paling penting, tarikh nak pergi tanpa perlu ambil cuti. haha.

***

Disingkat cerita, Kak Aishah ajak seorang kawan pejabat dia; Kak Wa. Dan Acik Mira sempat berkenalan gitu gitu dengannya sewaktu ziarah rumah terbuka raya bebudak ofis Kak Aishah. Acik Mira memang jenis suka nyibuk kalau bab makan. So, Acik Mira join sahaja walaupun segan nak mati. haha.

Acik Mira ajak Wani, best friend ever Acik Mira. Dan kami ada ajak sorang lagi osmet ku, iaitu Kak Nurul.
Kak Nurul last minit juga setuju nak ikut serta. Acik Mira dah siap nak beli tiket bagai, barulah dia nak ikut. So terpaksa beli tiket asing.

Acik Mira akan share bajet (kos untuk seorang) kat sini, dan tempat tempat yang kitaorang pergi


Tiket flight :
1. Pergi (delay setengah jam) : 6 november 2015. Air Asia (AK5134); 8.25 malam (KLIA 2) --> 11.00 malam (BKI - Terminal 2). Harga tiket tak termasuk luggage extra as tak ambil pun untuk extra, cukup cukup masuk cabin ja; RM90.07

2. Balik (delay sejam) : 10 november 2015. MAS (MH2611); 1.05pm (KKIA-Terminal 1) --> 3.30pm (KLIA). HArga tiket tak termasuk extra luggage as sorang akan dapat extra 30 kg (banyak tu kan ^_^); RM220.50

Kat sini, boleh je kalau nak ambil Air Asia, tapi kitaorang nak rehat lebih dan nak merasalah naik MAS ye dak? Lagi pun, time tu, harga Air Asia sekali dengan luggage extra dekat 200++, jadi ada baiknya ambil MAS terus, dapat free luggage dan free meal. hehe.


Kami tak tahu pun yang flight akan delay malam tu. Gate mana pun kami tak tahu. Jadi nasihat saya kat sini, sila perhatikan screen perlepasan untuk tahu kome kome ni akan ke Gate mana untuk berlepas. Mujurlah kami Gate J, kalau Gate K, bapaklah jauh nak jalan kaki; 20 minit kot. Nak ke Gate J pun dekat 10 minit berjalan. Kelam kabut seyyhhh. Time kami kelam kabut tu la, ada satu kereta ni hon kami dan suruh kami naik. Nak cepatkan kami sampai la tu.


Tapi satu je la bila naik kereta ni, hati kena keras sebab korang akan nampak orang orang yang lebih berkelayakan untuk naik kereta ni daripada korang korang. Acik Mira sampai segan weyyhh. Mak cik pak cik yang jalan terkejar kejar tengok je kami kami yang muda ni naik kereta. Segan weyhh.
T_T
.


Sebaik sahaja landing di Kota Kinabalu, call dari Wong masuk, as Acik Mira buat 'flight mode' sepanjang perjalanan. Kata Wong, dah sejam juga dia tunggu. Maaflah Wong, flight delay, lupa nak inform sama kamu. Actually, Wong ni bukan kawan Acik Mira, bukan sedara juga. Dia adalah yang di-assign untuk jemput Acik Mira dan geng Acik Mira sebaik sahaja tiba di KK. Tugas dia hantar kami ke hotel/backpackers hostel kami. 

Jam 11 malam di Sabah, ibarat 12 tengah malam tau. So, tambang pickup ni mahal sikit. Berbaloi la rasanya dari ambil 2 teksi as kami 5 orang :)

3. Pickup service (van) RM90/sehala. RM90 bahagi 5, RM18/seorang

Kami menginap di X-plorer Backpackers (bolehlah research dulu).
Acik Mira pilih tempat ni based on Trip Advisor dan kesesuaian kami berlima yang perempuan ni. Kalau Acik Mira seorang mungkin Acik Mira akan ambil style hostel je. haha.

Tempat penginapan kami ni terletak di tengah-tengah bandar. Dekat gila dengan pasar Gayatri (hari Ahad sahaja). Dekat juga dengan Pasar Filipina dan Jesselton Point (untuk Island Hopping).

Sebelum masuk tidur, sempatlah Acik Mira sembang sembang dengan tauke X-plorer Backpackers ni. Acik Mira tanya dia pulau apa yang worth kami pergi. Apa pakej yang wajar diambil. Cemana nak pergi ke sana. Makan mana ok. Walaupun dah buat research sehabis baik sebelum pergi, feeling dia sangat lain bila dah sampai tau. At least berbekalkan ilmu basic yang ada, ditambah lagi dengan ilmu yang orang local ada, sangat lain. Mujurlah tauke tu layan je walaupun dah tengah malam gila time tu.

Moji a.k.a Nazri Arshad ada bagitahu,
"Kalau malu bertanya, sesat jalan. Jadi backpacker ni kena rajin rajin mulut bertanya"

Sembang dah habis, masa untuk tidur. 
Sebelum Acik Mira terlupa, bilik yang kami ambil untuk 5 orang with extra mattress, en-suite bathroom. Mencabar nak naik atas loteng untuk tidur. haha. Extreme punya bilik.

4. X-plorer Backpacker - RM110 per night. Total : 4 nights : RM440/5 = RM88/seorang



Ni kat bahagian luar - dari sudut beranda 

Bahagian atas - sudut makan, tengok TV, ambil air etc




Kena buka kasut maaaa


Bahagian luar


Jiran sebelah. Sini banyak hostel dan hotel so buatlah research sebaiknya. 

Sekitar X-plorer backpackers. Tempat nak makan bagai

Luar tempat penginapan kami. parking yang siang hari memang akan full. Cuma malam kat sini sangat meriah sebab sekeliling ada pub/kelab malam




Masa untuk tidur.

***

Bajet kami :

1. Flight pergi balik : RM310.57
2. Pickup service : RM18
3. X-plorer Backpacker (4 malam) : RM88

Total : RM 416.57

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design