Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Saturday, September 05, 2015

5 September : Melaka : Hotel Kobemas

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Alhamdulillah. Segala pujian hanya buatNya.

Taking a deep breath and start a fresh new look here ^^, . 

Now, I'm in Melaka.
hahaha.. Melaka again.
It is good to be back home.
^_^

Malam ni, nak buat review tentang hotel yang aku tidur kat sini.
Buat survey dan research sikit dekat website Trivago dan Booking.com, akhirnya aku memilih Hotel Kobemas Melaka. Banyak je sebenarnya hotel kat Melaka ni. Paling best kalau dapat area Jonker Walk sana.

Tapi aku nak privasi dan tak nak lalui hiruk pikuk bandaraya Melaka itu, aku pilih kawasan berdekatan MITC dan MMU. 

Baiklah, berbalik pada niat aku menaip ni, Hotel Kobemas ni setahu aku masih baru, setahun rasanya. Sebelum ni tak pernah perasan pun Hotel ni. Check in jam 2 petang, tapi aku sampai ke hotel ni jam 3 petang. 


Parking senang (sebab kosong semua tempat >.<) Ada 7 tingkat bangunan ni. Staff yang alhamdulillah friendly. Bilik yang luas tapi.....

haha..
Mula-mula masuk aku sudah ada masalah dengan pintu bilik. Entah kenapa pintu tu asyik berbunyi je "teet teet teet" and its annoying kot. Tried to call the receptionist, but can't reach them =.='. So aku biarkan je bunyi tu. Dekat lima minit juga, last last aku ambil A4 yang senaraikan rules & regulations, aku baca satu per satu, walaupun tak ada kaitan langsung dengan cara nak bagi pintu tu senyap.

Akhirnya, aku buka balik pintu dan tolak kasi kuat sikit. Nak kuncikan pun aku tekan kuat lagi. Baru senyap bunyi tu. Barulah aku faham, pintu barulah katakan. Salah satu ciri-ciri keselamatan juga lah kan? Tapi bahaya jugak, kalau bunyi tu ada, maknanya, pintu bilik tak dikunci sebaiknya, senanglah orang nak  masuk kalau dengar bunyi pintu tu. hurm.... unik tapi...hurm...

Bilik yang aku ambil ni super double/twin room. 


[ Kat hujung cahaya tu dinamakan Common Area. Kat situ disediakan iron board dan iron. So, pada sesiapa yang nak gosok baju bolehlah gosok di situ. ]


[ Sangat luas. Boleh letak tilam extra dan buat makan makan dengan family lagi ni. ]


[ TV dia comel je..hehehe. ]




[ Shower ada kat sebelah kiri, belakang pintu :). ]

Jika nak bandingkan Hotel RosMerah dengan yang ni, aku suka toilet RosMerah lagi. Juga deco bilik RosMerah even bilik dia tak luas mana dan bising sebab bawah tu kedai mamak.
Tapi kalau privasi, tempat ni okey >.<


[ Ni view dari bilik aku. Mujurlah tak dapat view belakang menghadap MITC. haha ]



Lokasi yang strategik, bagus yang design hotel ni. Dekat gila dengan MITC, dan Mydin. Nak ke Batu Berendam pun dekat, apatah lagi MMU, juga dekat.

Cuma kalau nak ke bandaraya tu makan masa sikitlah, sebab jauh dari bandar.

Oh ya, bolehlah korang korang cuba makan kat Qasreena Cafe Melaka di Bukit Katil.
Nak ke sana, aku ikut Jalan Kilang. Betul betul sebelah Kilang Mamee, ambil kiri. Ada jalan nak ke sana. Sunyi dan kereta tak banyak pun ikut jalan tu. Cepat sampai.

Boleh search apa menu yang ada dan yang paling popular adalah Mee Racun.
Aku tak order that one because pedas weyhhhhhh.
Aku dah lah tak boleh nak makan pedas pedas sangat, jadi aku order Chicken Chop & Buttered Rice + air Mango Madness.
[ Aku ambil dari Instagram aku..haha ] 




Deco deco cafe yang memang ala-ala English. Mungkin kalau cafe ni bertahan dan makin popular, bolehlah guna sistem kira duit sendiri (atau Point of Sale a.ka. POS system), supaya ada resit atas nama cafe sendiri. Itu je yang aku nak suggest kan >.< . 

Oh ya.. 1 lagi, susunan meja-meja yang ada. Kalau boleh sediakan juga meja susunan 2 orang. Aku tahu kebanyakan yang datang bawa keluarga atau tunang atau suami atau isteri atau yada yada yada dan amat jarang sekali pelanggannya sorang-sorang gedik gedik makan situ. 
Apabila sorang-sorang gedik gedik itu adalah aku, aku rasa pelik bila makan sorang-sorang di meja yang boleh duduk seramai 4 orang. hahaha. Tebal gila muka.. nampak sangat 'lonely' nya itu >.<

Itu serba sedikit untuk Qasreena Cafe Melaka tu.
Ada satu lagi aku nak cuba, Aida Rich Cafe. Inshaallah moga berkesempatan hendaknya.


Okeylah, end entry for today. Perlu rehat dan nak tidur malaskan diri. 
haha.

Pada yang konvo hari ni, selamat bergraduasi. Maaf tak dapat hadir :).

Inshaallah, ada kelapangan akan aku write up fully about Hatyai, Korea, Perth and Redang ^^,.

5 September 2015,
Melaka.

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design