Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Sunday, March 15, 2015

Entri di hujung minggu

Bismillah.

Pejam celik pejam celik, tinggal 94 hari lagi Ramadhan akan tiba.
Semoga sempat dan dipanjangkan usia untuk ketemu Ramadhan tahun ni.

Sekarang ni musim panas. Hujan pun dah lama tak turun ni.
Air-air di kebanyakan empangan dah makin surut, ada yang dah hampir nak ke paras merbahaya.
Ada juga tempat-tempat yang sudah dicatu air, terutamanya di Johor sana. 
Allah..

Teringat setahun yang lepas, perkara yang sama berlaku tapi rasanya kali ni lagi teruk sikit keadaannya. Tahun lepas kemarau dan dicatu air, time tu ingat lagi punyalah mencabar air tak ada.
Pergi Korea pun mujurlah dapat escape dari kecatuan air ni. Balik dari Korea, terus balik kampung pula. Alhamdulillah, waktu balik tu Malaysia tu, minggu tu kat Vista tak kena catu. Syukur.

Pagi tadi baru je habis event kat Putrajaya Hot Balloon tu. Memang HOT KOT.
Panas bahang muka ni sampai sekarang terasa lagi kot. Siap ber-facial pakai bedak sejuk nak kasi kurang panas ni. Habis burn mukaku T_T
Actually, aku memang suka kerja event ni. Nak nak bila event promote barang yang aku aku suka. Juat one thing is that kena rajin buka mulut. Cuma tadi rasanya tak berapa nak kena sangat eventnya. Orang pun nak dengar pun malas.
hurm... tak dapat aku nak capai KPI sales event aku T_T. Sedih sedikit.

Kerja so far macam biasalah. Banyak sangat politik dan drama nya. Sampai satu masa tu tak tahu nak percaya pada siapa dan nak dengar berita yang mana. Shahih ke tak ni ek?
Haaaa... Allah je yang tahu betapa aku nak keluar sangat. Aku nak bersihkan diri aku.
Environment kerja aku sekarang tak masuk dengan jiwa aku.
Bila nak keluar, aku teringat perjanjian aku dengan YTM plak.
Mana nak cekau duit bayar? Zoffy lagi? T_T. Allah.
Terasa sukar sangat.
Bila banyak peluang ada untuk aku keluar, semua duk halang. Semua duk cari alasan dan drama tak nak kasi aku keluar. Bila satu masa tu, semua nak aku keluar, mana nak dapat dah peluang yang ada?
Stress tahu? Kecewa pun ada. sampai sekarang masih teringat dan nak redha tu mmg makan masa. haha. Biar Allah je yang handle semuanya.

Tahun ni.. bulan ni.. ramai pula kawan2 dan member2 kawin. 
Terasa tercabar sangat dan terasa gak, tak laku ke diri aku ni?
Tapi bila fikir balik, dah bersedia ke aku ni?
Boleh ke orang terima aku ni?
Stress juga nak menjawab soalan2 sedara2 jiran2 yang tanya bila nak kahwin.
Kalau ikut akal pendek ni, lagi cepat jumpa calon, lagilah nak kahwin awal.
Biarlah Allah yang atur terbaik :)
Selagi ada kelapangan dan kesempatan solo ni, ibu abah utama aku.
Kemudian adik beradik aku.

:)

Ok la.. cukuplah kot kali ni.
Nanti-nanti lah update lagi.
Ada kerja kena hantar malam ni.
Esok kerja. hahahahahahaha
T_T

Kbai.

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design