Thursday, December 04, 2014

Message that touch my heart

Bismillah.
Alhamdulillah.

Hari ni, aku terima 1 mesej dari seorang kenalan dan 1 call dari RA Dr. Aniza.
Beberapa hari lepas, Dr. Aniza ada telefon dan mesej aku. 
Dr. Maria pun ada contact aku. Hurm...

Aku ada reply mesej Dr. Aniza tapi aku tak pernah reply Dr. Maria. 
Kenalan aku itulah yang menjadi perantaraan kami.
Walau apa pun, aku terharu dengan jasa baik Prof dan juga semua.
Batch kelas aku ni sangat baik-baik orangnya dan belum tentu lagi aku akan jumpa batch yang semacam mereka. Aku dah mula sayang mereka.
Tapi apakan daya, aku ambil keputusan drastik begini.

Jujur aku cakap, aku sampai tak baca mesej dan tak respon apa sampai dua haribaru aku ada keberanian untuk respon. Aku takut dan aku rasa serba salah. Orang serba salah maknanya orang itu bersalah kan? hahahaha.
Aku bersalah sebab aku menyusahkan banyak orang.
Sebaiknya aku cuba untuk tidak menyusahkan sesiapa.
Semoga Allah ampunkan aku dan berikan seribu kebaikan kepada mereka yang telah banyak membantu aku.

Well, hope to see you soon inshaallah.
Thank you for all your good deeds :)


Kita merancang, Allah jua merancang, namun sebaik-sebaik dan sehebat-hebat perancang adalah Allah.

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law